Saturday, 13 June 2015

Tempat makan best dekat Klang

 pipi sama naik.

OK sebagai anak kelahiran Klang yang zaman kecilnya dimanjakan di Shah Alam akak terasa nak review sebagai akak kawasan selain Jusco Tesco dan Giant yang memang sebati

Pertama Kedai belah kiri simpang tiga dekat Tanjong Harapan
Kedai makan ala seafood kebanggaan abah saya. Sedap dan murah depan dia restoran gambar replika ketam.

Kedua Warung Pak Din
Ate kome penah ke dengo warung Pak Din, warung ni jual kuih muih mewah sangat. Port lunch terbaik dan aku suka mee kari dia power. Time lunch sesak, warung ni terletak area kudrat dekat palm grove.

Restoran Buluh Rantau Panjang
Yehaa ini restoran orang first bawak aku ialah Kak Roziah time aku cikgu sandaran dulu. Lunch banyak goreng goreng macam menu Kelantan vs terengganu. Kira hebatla makan kat sini sedap.

Rahmat Tan dan Lamani
Ini port lunch our time kerja. Sedap dan ringkas. Terletak dekat giant port.

Restoran Apollo
Yang ni nasi kukus ayam goreng rempah. Makan memang kenyang set murah je. Berdepan dengan multimodal bersebelah Southport.

Sahrin Low Harbour Place
Haha yang ini power dan starndard price. Memang sedap sejug fresh Oren RM30 wakaka. Tapi tetap pujaan juga kalo balik keje poket berisi akak berani la singgah.

Port Village dan Muara Ikan Bakar
Dah lama tak ke Muara selalu ke Port Village itu pun bos yang belanja. Haha ketam dia pakai tukul. Hat ni mewah sikitlah harga pun bermewahan.

Boat Noodle Klang Parade
Ini baru testing not bad RM1.90 semangkuk. Food review la katakan ye dak. So ok ok aje tapi takla sedap menjilat jari. Biasa je tekak orang kampung memang camtu.

Shah Alam tak ada port makan baik punya ke. Ada gak aku je jarang ke sana

Shah Alam best kalau makan dekat Hayaki Restoran sebab kelantan stail I like it. Lelagi nasi kerabu pahtu pulut mangga aumm. Tak port hot plate yemee dalam giant seksyen 13 memang sedap. Pekena mamak dekat syed restaurant seksyen 3 pun ok cuma lama da tak pegi.

Cau cin cau.

Sunday, 7 June 2015

Atok dah tak ada

Assalamualikum,

28.05.2015 atok aku pulang ke rahmatullah pada usia 81 tahun. Atok tak ada sakit pun cuma dah tak berapa ingat kadangkala cakapnya berulang. Antara 39 cucu, aku cucu ke empat yang awal. Sulung yong aku, kedua Angah aku, ketiga along kakya sepupu sebaya aku yang jaraknya 5 bulan. 

Sehari sebelum atok meninggal, abah ajak aku balik kampung sebab Abah tak larat drive. Awal pagi selasa Abah baru balik dari kampung sebab atok jatuh bilik air dan tak sihat. Waktu tu mak tiri aku call katanya atok nazak, dalam pukul 12 tengah malam mengharung pekat malam lalu tol guthrie bukit jelutung ke rawang nak cepat. Aku yang silau kuat ni memandu dengan sedaya mungkin memenuhi hak sebagai anak Abah. Hampir pukul 2 pagi sampai tol tapah. Abah drive sebab jalan banyak berubah dan aku jarang balik kampung, paling akhir aku balik adalah raya cina tempoh hari. Aku perasan sekatan roadblock depan balai polis temoh dan aku paling nampak kereta Myvi hitam kena berhenti tepi dan yang keluar adik sepupu aku. Abah pun sama parking tengok - tengokkan. Alhamdulillah tak ada apa kes pun. Adik sepupu lelaki aku bawa mak dia balik kampung aka adik perempuan Abah aku. Jadi kami sampai kampung bersama.
Sampai atok nampak nazak, aku tengok semua elok tido, ada cik nah dengan cik wait tunggu opah jaga atok. Abah dengan mak yang take turn. Aku tengok atok tak sihat tapi seronok Abah anak sulung dia balik. Tak lama cu aku sampai jadi lengkap anak tok semua ada kecuali pakcu aku. Semua tido bersepah, aku selit badan sebelah adik sepupu aku. Mengiring tak bergerak ke pagi, subuh aku intai mak yang pun sama menyelit tido sebelah aku. Ada rasa seronok, sebab family kita besar. Bila dah subuh, aku balik rumah Abah. Solat dan sambung tido, pukul 9 baru aku turun ke rumah tok. Rupanya lepas subuh abah , cikman, makyang, opah dan atok ke hospital. Abah bawa naik myvi aku, kenderaan terakhir yang atok naik sebelum van jenazah. Abah kata kereta akulah kereta yang berbakti buat atok sebelum atok pergi. Waktu dekat rumah opah rancak memasak, memang ramaila kami memasak. Aku potong awas laksa, malas potong dekat dapur aku congok depan TV. Tak silap diorang tengok maharajalawak lama. Atok ada depan TV dengan adik sepupu aku yang lain. Tiba tok cakap kat aku " leha kamu seronok kee" aku jawab "seronok la tok". Tok senyum pastu dia nak masuk bilik. Waktu aku tolong basuh pinggan kat dapur pun atok masuk toilet sorang dan cik man suh aku pantau. Tengahari pakcu sampai pun atok biasa je aku nampak sampaila yong dengan adik aku acik sampai. Aku pun balik rumah abah, makan dengan adik beradik relax kejap. Tiba Amy adik sepupu aku kata atok panggil ayah ngah aka abah aku. Kitaorang pun turun ke rumah tok. Keadaan atok macam malam semalam nazak. Aku dah rancang balik tumpang yong biarlah kereta tinggal Abah nak guna senang. Yong aku dengan adik aku cadang esok lusa balk kampung semula nak bawa cicit atok. Kebetulan cicit sulung ada sebab acik sempat ambik lepas habis sekolah agama. Jadi aku pun balik klang dengan adik beradik aku. Waktu salam tangan atok macam tak nak bagi lepas kitaorang balik. 
Pukul 9 sampai klang, tetiba Angah gerak aku tido pukul 1.30 pagi khamis dapat call atok dah tak ada. Rasa macam tak percaya pun ada. Angah balik kampung dulu sementara aku tunggu adik aku acik sampai dan kitaorang ambik sepupu dulu naik kancil Abah. Pukul 4 pagi bertolak dan sampai jam 8.00 pagi. Siap - siap dulu mandi tukar baju barulah ziarah jenazah atok. Aku duduk bucu katil, waktu bentangkan kain kapan atok tengah rumah waktu jenazah atok dimandikan memang sebak. Sebelum tu aku dah tak dapat tahan air mata waktu bacakan yassin depan jenazah. Waktu arwah mak dulu aku tak menagis tapi waktu atok sebak aku rasa. Aku tengok jenazah atok dikafankan depan mata anak cucu. Bila jenazah dihantar ke surau  untuk solat aku tak ikut. Surau tak jauh mana dari rumah. Nampak kelibat Abah, dok mencari kunci kereta rupanya pada Abah. Kami ke perkuburan, jenazah atok dah dibawa ke liang lahad. Berlari anak juga sebab diorang dah bersedia nak kambus. Sorang sorang intai jenazah atok dan pakcik sedara kitaorang ajak tengok kali penghabisan. Usai kami balik dan tunggu tiga hari tahlil sebelum balik klang. Risaukan Abah yang merupakan anak sulung atok. Kebetulan waktu kami nak balik ke klang saing sekali cu Dan cik maria nak siram air tahlil arwah atok. Jadi kami turut sekali ke kubur arwah atok. Dan back to routine hidup yang biasa.
Sedih sekali sebab atok dah tak ada. Kalau isi borang tahlil nama arwah atok ada. Dua atok dan dua opah dah tak ada yang tinggal opah tiri yang memang macam opah sendiri. Atok belah mak dah tinggalkan aku sekitar 3 tahun, opah belah mak pula sekitar aku darjah 2, opah belah abah memang dah tak ada sejak abah 6 tahun, mak pulak dah tinggalkan aku sekitar 12 tahun. Kini giliran atok tinggalkan aku yang menginjak ke usia 31 tahun. Allah maha besar, dari Dia kita datang pada Dia kita kembali.
Alfatihah buat arwah atok tersayang.