Monday, 8 August 2016

Restoran Kukus Sungai Bertik Klang


Susur tepi sungai Klang area Sekolah Menengah Hishamudin lama ada sebuah restoran baru dengan konsep klasik zaman bujang lapok. First ajak member try satu set tempoyak ikan patin bahagian badan rm13 menjadikan mataku terbeliak dengan kuantiti makan dua orang. Cungap nak habiskan dan member pekena set nasi kukus ayam goreng rempah rm6.50. Set ini air teh ais foc. Suasana restoran macam senibina kedai lama dari pelbagai sudut. Kerusi mejanya dari kayu papan, staff pun pakai songkok tinggi, ada congkak disediakan, air gas dalam botol kaca dan aneka barangan klasik dipamer dengan alunan lagu klasik. Esoknya bawa family pula nak kasi abah merasai nikmat restoran stail kampung ini.
Reaksi abah sangat kagum, mengamit memori zaman kanak-kanak abah waktu tinggal di rumah arwah onyang lelaki dan perempuan dulu. Abah teringat arwah atok dan opah yang banyak membesarkannya. Abah order set roti dan kari kaki ayam rm3.50 tapi bila tengok kami makan set nasi kukus ayam rempah selera abah pun datang juga. Bertambah kami order dua mangkuk kari kaki ayam lagi. Kata abah susunan dinding papan mengingatkan abah pada rumah arwah mertuanya yakni ibubapa arwah mak tapi suasana dalam restoran itu sangat mengamit memori rumah lama arwah moyang. Ada juga sisi yang seolah kedai cina zaman dulu. Airmata abah juga bergenang teringat arwah moyang dan arwah atok. Kalau arwah atok ada mesti seronok ke sini. Percaya tak korang yang roti kari kaki ayam dah macam cerita bujang lapok tau yang waktu rumah diorang terbakar dan bujang lapok makan roti cicah kari kat tepi jalan tu. Kata abah mujur tak hidang macam cerita bujang lapok kari letak dalam tin susu.
Baru 4 bulan beroperasi dan waktu malam ada menu tambahan yang lain. Kata abah makanan persis chef masak kami makan bukan tahu menilai pun.
Penghias muka depan kali ini Kudin (anak buah) dan Acu (adikku)

Tak sangka restoran baru buka 4 bulan ini mengamit memori zaman budak-budak abah. Abah cuma muda sedikit usia dari Dato Lat kampung boys yang berasal dari Kota Bharu Perak itu dan kampung abah pun berjiran dengan Kota Bharu. Jika nak cari kelainan dengan harga berpatutan, datanglah ke Restoran Kukus.

No comments:

Post a Comment