Baru sebentar tadi sekitar jam 1.10 pagi 20.08.2016 aku melihat kekalahan pasangan beregu lelaki badminton rio 2016 dimana kalah dengan sangat tipis pada set ketiga 22-20 melawan beregu China. Perasaan sedih sangat bercampur baur dalam diri bila aku menonton dari set awal lagi. Mungkin tuah milik mereka yang berbaju merah malam ini kerana sebelumnya penentu final perseorangan wanita badminton dimenangi oleh Milan dari Spain yang berbaju merah. Itu cuma teori yang sengaja diandai oleh kakak aku sendiri. Pada aku mereka pasangan yang tidak diletak harapan tetapi memberikan perak yang cukup berharga di Sukan Olimpik Rio 2016. Satu lonjakan yang hebat buat mereka dan aku rasa perih payah mereka untuk cuba memberikan yang terbaik. Mereka hebat.
Sebenarnya aku sendiri tak ikuti perkembangan sukan negara. Oleh kerana aku mengharungi cuti panjang dalam sepuluh hari ini dan sepuluh hari mendatang, kesempatan inilah untuk aku menyaksikan atlet negara yang bersaing. Bermula dengan kemenangan Pandelela dan Jun Hoong dalam acara terjun seirama yang meraih perak tanpa harapan pingat, kejayaan Azizul Husni dalam berbasikal untuk pingat gangsa yang ditunggu-tunggu dan kejayaan beregu campuran badminton negara Goh Liu Ying dan Chan Peng Soon yang meraih perak. Atas kejayaan beregu campuran ini banyak artikel utama dikecam masyarakat dengan meletak tajuk "hanya sekadar" atau kata-kata yang tidak memberangsangkan. Bila aku menonton beregu lelaki ini betapa susah payah mereka dalam set semua pencapaian atlet bukanlah "hanya sekadar" tapi kekuatan mereka adalah kebanggaan Malaysia. Baik gangsa, perak mahupun emas yang dinanti, atlet adalah penyumbang setiap kejohanan.
Pagi tadi sewaktu aku menempuh jem dari Klang ke Shah Alam di atas fly over jambatan menuju ke Shah Alam melalui jalan persekutuan terpampang potret sebesar bangunan wajah beregu campuran badminton no.1 Malaysia yang dipaparkan di bangunan Lhdn Klang. Jika tidak kerana kejayaan yang diraih juga keringat usaha maka tidaklah orang cetek sukan seperti aku ini mengetahui bahawa atlet sukan negara makin cemerlang. Faktor kerja yang sehari hari juga tanggungjawab pada diri, keluarga dan orang di sekeliling menyebabkan fokus aku hanya tertumpu pada kehidupan harian. Paling aku ada masa cuma sekitar jam 7 malam untuk menonton slot Akasia sayangku Kapten Mukriz dan berita jam 8.00 dan selepas itu penumpuanku mungkin lebih kepada kerja rumah dan istirehat. Jika kamu tidak melonjakkan nama kamu sebagai nama besar dalam liputan berita semasa semestinya aku tidak mengikuti perkembangan seperti ini. Aku sedikit kecewa bila melihat Pandelela tidak menang madel untuk individu tetapi bila aku fikir bertapa sukar papan anjal dengan beberapa kali difficult road untuk diatasi seeloknya ayat yang perlu ada "dontgiveup please" disampaikan padanya melalui instagram miliknya. Untuk sukan badminton aku sendiri merasa kagum dengan atlet Malaysia. Sukan sangat menyatukan rakyat. Dato Lee Chong Wei adalah nama besar yang mengkagumkan dan aku sangat suka dengan personalitinya. Dapat mengalahkan Lin Dan tadi di semi final memuaskan hati kita semua. Dibahu Dato Lee Chong Wei masih ada sinar emas buat Malaysia jika luck menyebelahi kita.
Menonton secara langsung beregu lelaki badminton akhir antara Malaysia melawan China tadi sangat mendebarkan dengan setiap mata berharga. Seolah Tan Wee Kiong dan Goh V Shem memberi mata mudah kepada China tetapi untuk berada di tempat mereka beraksi dengan pencapaian tidak mengaku kalah itu membanggakan. Kalah dengan sangat bermaruah dan membanggakan rakyat Malaysia. Olimpik Rio 2016 ini sangat bererti buat Malaysia kerana pungutan pingat terbanyak dalam sejarah negara setakat ini memecah rekod. Aku betul-betul mengharapkan luck pada pasangan beregu lelaki tadi tapi buat Goh V Shem dan Tan Wee Kiong hayati lirik lagu kesukanan ini
Andai engkau jatuhJangan engkau lemah kerana hidup mengajar kita jangan pernah mengalah
Bina yakin diri
Mampu kita lakukan tiada yang mustahil segalanya boleh
Kita bersama meraikan Malaysia
Dan
Jika kau fikirkan kau boleh
Kau boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu usahamu tidak menentu
Selamat malam Malaysia dari sudut aku yang sedang bercuti panjang ini semoga atlet Malaysia maju terus maju.
Terima kasih Pandelela Rinong
Terima kasih Cheong Jun Hoong
Terima kasih Azizulhasni Awang
Terima kasih Goh Liu Ying
Terima kasih Chan Peng Soon
Terima kasih Tan Wee Kiong
Terima kasih Goh V Shem
Terima kasih Dato Lee Chong Wei
Terima kasih buat semua atlet Malaysia di kejohanan Sukan Olimpik Rio 2016.
Dalam apa jua bidang dan tanggungjawab kita akan menempuh susah senang, jatuh bangun, kekalahan juga kemenangan. Sikap positif dan persekitaran positif akan membantu kita untuk tidak berputus asa dan kuat.
Nota kaki: do no why, aku suka tengok penampilan Liu Ying sebab aku rasa dia cute, cantik dan manis. Nak berangan sekali imbas nampak macam Liu Ying versi gadis melayu mix cina. Aku suka tengok muka dia x ada riak stress and maintain cute dan comel.
Nota kaki: do no why, aku suka tengok penampilan Liu Ying sebab aku rasa dia cute, cantik dan manis. Nak berangan sekali imbas nampak macam Liu Ying versi gadis melayu mix cina. Aku suka tengok muka dia x ada riak stress and maintain cute dan comel.
No comments:
Post a Comment