Assalamualaikum
Alhamdulillah satu fasa baru dalam dunia pekerjaan apabila aku dapat kerja melalui jobstreet. Apa itu jobstreet pada aku ia adalah laman sesawang/website informasi jawatan kosong di Asia. Tapi aku tetap pilih kerja di daerah Klang ini. Secara purata untuk dua bulan setengah ini aku cuma dipanggil temuduga oleh tiga buah syarikat iaitu di Shah Alam, Telok Gong dan Kapar. Akhirnya aku berjaya juga menempatkan diri sebagai staff baru di sebuah company manufacturing.
Orang kata usaha tangga kejayaan, lantakla orang nak kata bukan mudah nak dapat temuduga jobstreet tapi hati kena kuat dan cekal untuk dapat pekerjaan di laman sesawang ini. Paling penting kaji tempat sebab selalunya jawatan kosong yang ditawarkan jobstreet terletak di kawasan perindustrian dan calon perlu ada kenderaan sendiri untuk ulang alik. Memang betul dalam tempoh dua bulan setengah ini lebih seratus kali aplly di jobstreet cuma tiga interview yang dipanggil. Dua bulan menganggur akhirnya berjaya juga. Terima kasih jobstreet kerana informasi anda telah berjaya menarik company menemuduga saya dalam krisis kewangan yang baru bermula memberi impak. Semoga cabaran kos hidup dapat dihadapi dengan baik.
Berbalik kepada permohonan kerja saya di jobstreet, sebenarnya saya dah tak impikan mengejar gaji yang tinggi, jawatan yang hebat mahupun overtime yang mengila. Saya dah lalui semua itu dahulu sebelum saya mencari jawatan work life balance iaitu kerja cuma isnin hingga jumaat dan wekend merupakan hari cuti. Itulah yang saya impikan dan dimakbulkan Allah SWT. Waktu saya aplly saya memang pilih waktu bekerja weekdays supaya ada kerehatan dua hari. Saya meletakkan expected salary lebih rendah dari jangkaan dan sewaktu temuduga mengisi form syarikat saya meletakkan permohonan gaji lebih rendah dari apa yang saya minta di jobstreet sebagai satu strategi untuk mendapat kerja. Yang menyuruh saya berbuat demikian adalah sifu saya aka kakak saya. Biarpun pengalaman saya sudah 8 tahun tapi tak semestinya saya perlu demand.
Jobstreet juga menekankan pengalaman kerja atau skill. Oleh kerana saya fasih sistem perakaunan syarikat maka kelayakan saya adalah lebih melalui pengalaman. Pengalaman akan memberi kamu satu bonus untuk senang dapat kerja. Oleh kerana saya sudah tak boleh lari bidang, saya tetap berada di bidang yang sama sewaktu memohon di jobstreet. Pengalaman saya yang mahir sistem kewangan membantu saya sewaktu sesi temuduga. Jangan sesekali putus asa dalam memiliki pekerjaan. Tanpa saya sangka jobstreet membantu saya memiliki pekerjaan kini walhal saya daftar akaun jobstreet sejak 2009 yang lalu cuma tahun ini saya mengunakan aplikasi informasi pekerjaan dari jobstreet. Buat semua pencari kerja, jobstreet adalah lubuk mencari kerja, jangan terlampau memilih disaat ekonomi negara tenat. Semoga berjaya juga hendaknya dan sentiasa positif. Sesungguhnya pekerjaan adalah satu ibadah. Jika beroleh kesempatan ingin saya meluahkan sebab saya berhenti kerja yang lebih kepada masalah ekonomi, kemerosotan sales dan profit menurun. Pesanan saya buat semua jobstreet adalah medan mencari kerja yang hebat buat kamu. Wahai adik-adik janganlah kamu memilih pekerjaan walaupun kamu mengenggam segulung diploma mahupun ijazah dan selepas memiliki pekerjaan perlulah berfikirlah untuk bekerja tetap dan sentiasa berusaha untuk bekerja dengan baik namun jika kamu dimaki dan dihina sebagai staff kamu mempunyai pilihan untuk meneruskan atau bertahan kerana rezeki dalam bidang kerjaya ini adalah di tangan Allah SWT. Apa jua ketentuan baik rezeki, ajal, jodoh dan pertemuan adalah dibawah kehendakNya.
No comments:
Post a Comment