Masuk bulan harijadi.
1438 hijrah dah bermula pada 2 oktober lepas. Nampaknya bulan oktober ini bulan harijadi buat aku dalam kalender hijrah dan masihi. Selalu bila masuk bulan harijadi yakni oktober, dah tergambar hujung tahun di mata aku. Hujung bulan ini hari lahir aku dan kebiasaan pada sekitar berdekatan hari lahir aku belanjawan Malaysia akan dibentang. Tahun ini memasuki fasa bajet 2017.
Bajet 2017
Apakah yang akan berlaku pada diri aku pada tahun 2017? . Entah aku pun tak tahu apa yang tersirat mahupun terkandung. Korang tahu ekonomi Malaysia sedang goyang dengan harga barang mahal. Sebagai contoh aku selalu pada wekend aku beli stok ikan dan ayam di kedai Acheh, selalunya ikan pelaling sepanjang tapak tangan dalam 6 ekor sahaja RM7.00 dan aku terpinga. Setengah ekor ayam pada kadar RM10 dan ikan kembung besar 3 ekor sahaja cecah RM10. Tapi sebenarnya kalau aku ke pasar pagi ikan pelaling sekilo RM3.00 sahaja apakah oh apakah. Cuma aku perlu sanggup ke pasar pagi bukannya ke kedai Acheh terdekat. Oh malasnya, mungkin aku tak berkeluarga besar hanya masak untuk diri sendiri sahaja nak dibanding jiran aku yang bermenantu dan bercuxu. Sejak ekonomi teruk aku dah mula pandai beli sekarung bawang besar, cili dan bahan kering di pasaraya borong paling murah ditempat aku. Hanya lauk basah sahaja aku beli di kedai berdekatan rumah. Setidaknya aku belajar berjimat. Walaupun lari tajuk tapi apakan daya.
Apakah yang aku harapkan di penhujung 2016 ini?
Aku harap mampu bayar kereta myvi aku secara tetap. Aku harap aku mampu bangun pagi untuk masak nasi dan lauk buat adik aku dan diri aku sendiri. Aku harap ekonomi aku semakin kukuh. Walaupun dalam dua bulan ini sedikit goyah ekonomi aku tetapi aku tetap kuat bertahan dan sabar. Aku harap segala yang aku hajat dan impikan dipermudahkan semuanya. Semuanya tak mudah. Sifat perangai aku yang macam harimau ini dapat aku perbaiki. Tergamam aku tadi bila maklong aku kata tadi mesti kamu naik angin bila satu benda tak jadi. Oh ya aku memang suka naik angin tak semena.
Jika kamu lahir di bulan oktober, kamu seorang yang memilih jalan tengah. Seperti aku juga mereka yang dilahirkan pada bulan oktober berciri kepimpinan. Aku dilahirkan sebagai anak ketiga yang berciri api, dilahirkan di bulan muharam yakni bulan pertama dalam kalender hijrah dan berbintang kala jengking mengikut zodiak barat yang menyengat. Itu semua melambangkan ciri peribadi seseorang tapi tidak sepenuhnya. Perasaan gagal memyebabkan aku agak jatuh tersungkur tapi gagah lagi untuk aku terus berjalan mempertahankan segalanya.
Akhir kata aku sendiri suka menghayati lirik lagu cinta digarhayu ini
Ku terima segalanya
Namun tak aku menyerah
Kupasti ada jawabnya
Kuterima segalanya
Semua dan sesungguhnya
Cinta digarhayu
Cinta kau dan aku.
.
Aku tertinggal naskhah ini di office lama. Tak mengapa biar ini dimanfaatkan oleh orang lain juga.
No comments:
Post a Comment