Baru-baru ni aku dengan adik-adik aku dan anak buah dapatlah jejak Legoland atas sponser kakak aku yang sulung. Best memang best tersangat. Satu hari tak cukup banyak betul pitstop. Cuaca memang membahang dan harga makanan agak mahal. Minuman aje kami beli makan kat luar bila dah balik. Kami cuma makan combo ayam waktu kat waterpark dapatla air, kentang dan tiga ketul ayam. Sepanjang dalam Legoland asyik beli air. Haus tekak.
Bercinta juga nak ke Legoland ni, kalau google map tak membantu memang sesat sebelum bertemu jalan yang benar. Permainan memang terbaik, masuk je dekat depatment adventure memang jantung dup dap. Paling adventure bila korang masuk king of dragon memang dah macam roler coaster kat Genting. Kalau masuk studio dah macam dekat Icity dimana kuasa imiginasi 4D sangat best. Adventure dia lain macam. Pitstop main lego pun best. Budak-budak syok habis sampai nak masuk waterpark pun da pukul 5.
Kita cerita pasal parking pula, agak jauh menapak tapi xla terlampau jauh. Parking RM10 kira okla. Budak-budak happy kami pun happy. Korang kena pergi untuk pengalaman sendiri.
Berpandu google map.
Serius seronok kat bawah aku selit gambar dari hp adik aku. Gambar di miniland legoland
Miniland Klia
Pelabuhan Tanjung Pelepas
Sehari tak cukup nak jelajah semua tempat. Jadi mana yang sempat kita cuba jejak.
Jelas mereka gembira
Agak jauh juga legoland ni merentas Negeri Sembilan dan Melaka. Tol sahaja dari seafield Shah Alam ke Johor Bahru RM43.++. Dua kali ganda balik Perak. Minyak myvi yang save pun pergi balik dalam RM90. Kalau nak ke sana bajet kena lebih dan berbelanja berhemah.
No comments:
Post a Comment