Pejam celik dah nak habis februari tinggal 7 hari dari sekarang. Matlamat 2016 pun tak habis fikir yang penting dipermudahkan segala urusan, kerja biar iklhas, tingkatkan ibadah dan banyakkan muhasabah diri. Dok perhati susuk tubuh sendiri ada satu sisi kelihatan tua di cermin. Matlamat nak dicapai juga banyak sebenarnya impian, harapan dan keinginan. Dari sudut berpijak di bumi realiti, ada satu ketenangan dalam kehidupan harian.
Lagi dua bulan genap 3 tahun aku kerja di company forwarding dan transportation ini dengan pelbagai pengalaman. Pencapaian dalam bidang kerjaya paling lama aku capai. Myvi aku pun dah masuk 3 tahun menemani bila perhatikan tinted kereta dah macam akuarium nampak ke dalam rasanya dah perlu ditinted semula. Bila kita stay dalam satu syarikat dalam tempoh lama barulah kita akan rasa kewangan semakin stabil. Hari ini boleh makan kerang, esok kepah dan lusa ikan pari. Rasa kepuasan diri, jika dulu hujung bulan duit makin susut nak menunggu gaji meminjam duit family atau kawan baik tapi sekarang rasa cukup. Alhamdulillah, sekarang aku faham bertapa pentingnya bertahan dalam satu kerjaya. Kerja semakin senang, makin senior dan makin professional dalam bidang yang tersebut. Ekonomi mungkin kurang stabil untuk mogok gaji tak naik atau pelbagai elaun dicatu tapi persekitaran kerja yang dah sebati itu menyenangkan waktu bekerja sehari- hari. Kalau ada rezeki lebih bersedekahla kerana sedekah itu menjamin pahala buat kita. Pahala kita tak nampak hari ini tapi hebatnyalah orang yang bersedekah lagi mengurangi beban hidup orang yang memerlukan.
Tengok rakan sahabat bahagia ada suami ada anak memang kadang ada juga terasa nak bahagia begitu juga. Manalah sama perancangan Allah swt pada setiap hamba, sabarlah tiba juga masa itu nanti. Yang merisaukan kini adalah berat badan yang makin menaik, mana taknya bab makan semuanya nak yang sedap dan lazat. Nampaknya yang itu perlu di control supaya dapat muat balik koleksi baju muda remaja dulu yang masih elok digayakan.
Matlamat 2016 semoga segalanya dipermudahkan, setiap jalan cerita gembira dan duka diselit juga serba sedikit kronologinya di blog sweet azura ini. Sweet azura adalah nurkilan seorang kawan baik sekolah menengah dulu yang meminta saya menggunakan nama pena sweet azura sementara rakan baik saya menggunakan sweet september sempena bulan kelahirannya. Terima kasih blog kerana setiap catatan ini akan jadi kenangan buat penulisnya sendiri.