Assalamualaikum,
Tahun kedua saya pegang jawatan HOD. Pahit getir juga menjadi leader sebenarnya tidak mudah. Sangat mencabar. Seawal saya memengang jawatan HOD, saya perlu menyelesaikan masalah pending bayaran dari customer berjuta dengan harapan tinggi seorang CEO (telah kembali ke rahmatullah baru-baru ini). Memasuki pertengahan 2022, alhamdulillah berjaya mencapai target KPI syarikat.
Antara peranan besar yang saya belajar adalah menguasai staf, mengawal, membimbing dan menyelia. Sewaktu di fasa kritikal, multi skill adalah sangat membantu. Bagaimana sebagai ketua merancang strategi. Waktu itulah baru berfikir ilmu subject Pengurusan Strategik sewaktu degree dahulu. Secara asasnya berjaya dicapai.
Walaupun department berjaya dalam KPI, tetap ada jatuh bangun. Untuk tahun pertama pada 2021 staf saya pernah di transfer ke department lain. Notice Internal Transfer telah di emailkan kepada saya, konsep internal transfer mestilah persetujuan staf yang akan di pindahkan. Waktu itu saya perlu bersama pengurusan syarikat dalam menghadapi masalah antara department. Tahun kedua 2022 sekali lagi saya perlu akur dengan Internal Transfer bagi staf baru yang dipindahkan ke department kritikal. Jujur saya telah menolak dan membantah keputusan CEO dan pengurusan namun saya sedar saya juga adalah staf yang hanya memengang jawatan HOD. Kali ini sangat kecewa kerana ia bersifat paksaan, staf baru itu telah saya sahkan confirmation sebagai staf tetap namun confirmation hanya boleh diberikan jika staf baru itu bersetuju transfer ke department lain. Maka saya redha, saya perlu membantu staf tersebut untuk mendapat confirmation letter. Alhamdulillah berjalan dengan baik namun kesan paksaan inilah menimbulkan mood tidak ceria di kalangan staf di dalam department saya, mereka kecewa walaupun mereka tahu saya juga mengikut arahan. Setelah hampir sebulan berlaku, baru pihak pengurusan menyedari 'paksaan' tersebut telah menjadikan mood staf tidak ceria. Dan kesan kepada 2 department iaitu department saya dan department staf baru. Baru pengurusan syarikat sedar staf kedua-dua department amat terkesan. Emosi staf saya terganggu. Kini memberi kesan kepada environment syarikat. Pada pihak saya, saya hanya HOD, menjalankan amanah dan tanggungjawab. Mengikut arahan dan melakukan yang betul. Apa yang saya lakukan kini hanya untuk department saya sahaja, menceriakan, mendidik dan memberi arahan.
Saya belajar menjadi ketua bukanlah mudah.