Saturday, 20 August 2022

Jawatan Head Of Department

 Assalamualaikum, 

Tahun kedua saya pegang jawatan HOD. Pahit getir juga menjadi leader sebenarnya tidak mudah. Sangat mencabar. Seawal saya memengang jawatan HOD, saya perlu menyelesaikan masalah pending bayaran dari customer berjuta dengan harapan tinggi seorang CEO (telah kembali ke rahmatullah baru-baru ini). Memasuki pertengahan 2022, alhamdulillah berjaya mencapai target KPI syarikat.

Antara peranan besar yang saya belajar adalah menguasai staf, mengawal, membimbing dan menyelia. Sewaktu di fasa kritikal, multi skill adalah sangat membantu. Bagaimana sebagai ketua merancang strategi. Waktu itulah baru berfikir ilmu subject Pengurusan Strategik sewaktu degree dahulu. Secara asasnya berjaya dicapai. 

Walaupun department berjaya dalam KPI, tetap ada jatuh bangun. Untuk tahun pertama pada 2021 staf saya pernah di transfer ke department lain. Notice Internal Transfer telah di emailkan kepada saya, konsep internal transfer mestilah persetujuan staf yang akan di pindahkan. Waktu itu saya perlu bersama pengurusan syarikat dalam menghadapi masalah antara department. Tahun kedua 2022 sekali lagi saya perlu akur dengan Internal Transfer bagi staf baru yang dipindahkan ke department kritikal. Jujur saya telah menolak dan membantah keputusan CEO dan pengurusan namun saya sedar saya juga adalah staf yang hanya memengang jawatan HOD. Kali ini sangat kecewa kerana ia bersifat paksaan, staf baru itu telah saya sahkan confirmation sebagai staf tetap namun confirmation hanya boleh diberikan jika staf baru itu bersetuju transfer ke department lain. Maka saya redha, saya perlu membantu staf tersebut untuk mendapat confirmation letter. Alhamdulillah berjalan dengan baik namun kesan paksaan inilah menimbulkan mood tidak ceria di kalangan staf di dalam department saya, mereka kecewa walaupun mereka tahu saya juga mengikut arahan. Setelah hampir sebulan berlaku, baru pihak pengurusan menyedari 'paksaan' tersebut telah menjadikan mood staf tidak ceria. Dan kesan kepada 2 department iaitu department saya dan department staf baru. Baru pengurusan syarikat sedar staf kedua-dua department amat terkesan. Emosi staf saya terganggu. Kini memberi kesan kepada environment syarikat. Pada pihak saya, saya  hanya HOD, menjalankan amanah dan tanggungjawab. Mengikut arahan dan melakukan yang betul. Apa yang saya lakukan kini hanya untuk department saya sahaja, menceriakan, mendidik dan memberi arahan.

Saya belajar menjadi ketua bukanlah mudah. 


Monday, 16 May 2022

Syawal 2022

 Alhamdulillah, masih boleh buka blog sendiri setelah lama ditinggalkan. Dua tahun tak buka blog 😅. Berkongsi sedikit kisah.

1. Tukar kerja

Alhamdulillah, dari admin ke leader. 

2. Covid 19

Dose pertama, kedua dan ketiga pada 2021.

3. Kehilangan sahabat baik.

2021 tahun pkp yang banyak meragut nyawa akibat covid 19.

4. Rumah pertama

InsyaAllah dalam proses.

5. Kereta 

Tahun ke 9 king saya, alhamdulillah istiqamah menggunakan myvi hingga kewangan stabil dan makin stabil.

Now zaman tiktok. 

Wednesday, 3 June 2020

Berangan Itu Percuma

Berangan Itu Percuma Azura,
Gratis
Free
Yong Ser Ri @ Son Ye Jin


Melalui pengalaman hidup virus pandemik covid 17, yang sebelum itu digelar novel corona virus. 2020 tahun tak terjangka dimulakan dengan tiada pekerjaan, saya tidak bekerja selama 2 bulan setengah dan alhamdulillah mula dapat kerja baru pada 1.3.2020, dan mulai 18.3.2020 negara memulakan perintah kawalan pergerakan.
Apa yang diharap pada wawasan 2020, kereta terbang tapi yang berterbangan adalah virus, satu dunia rasai. Ia akan menjadi satu sejarah dimana kita perlu duduk dirumah untuk tidak sebarkan virus, syukur Malaysia hampir menang.
Apa yang di angan pada 2020, ya berangan itu percuma. Nak kawen, nak jadi isteri, nak punya imam, nak punya suami dan nak cepat dapat anak, cepat pregnant. Sebab itu berangan itu percuma. Doakan.

Saturday, 25 January 2020

Doa Hafalan Yang Baru

25 Januari 2020
Tak terlambat beri ucapan tahun baru. Selamat tahun baru semua. Disini saya ingin berkongsi doa hafalan yang baru saya hafal.

Saya jumpa di insta salah satu doa amalan Neelofa. Pengertiannya INI ADALAH PEMBERIAN TUHANMU KEPADAMU, PEMBERIAN YANG TIDAK AKAN HABIS-HABIS. Satu amalan doa berkaitan sudut rezeki. 
Doa amalan untuk pelindungan diri. Saya jumpa di insta bagi rancangan tazkirah malam jumaat Mira Filzah berkongsi amalan doa ini, bukan Mira sahaja, Tasha Manshahar juga berkongsi doa yang sama. Doa ini terkandung dalam al matsurat.

Saya jumpa di insta juga, doa amalan Uyaina Arshad. Walau sekecil mana musibah bacalah doa ini sebagai kekuatan menghadapinya.


Doa ini saya dapati dalam ceramah Ustazah Asma Harun. Tentang penyerahan urusan kita kepada Allah.

Kesemua doa ini masih dalam proses hafalan. Saya jadikan doa yang ingin saya hafal sebagai wallpaper handphone, setiap kali buka handphone akan terpandang doa dan membaca doa tersebut.

Moga bermanfaat.

Monday, 9 September 2019

Mak



Assalamualaikum,Hampir tidak pernah bercerita tentang arwah Mak. Walaupun sudah 11 tahun saya pandai menaip blog. Sejak 2008 tidak ada kisah berkaitan Mak. Mak, beliau lahir dari sebuah keluarga berbangsa Cina Taiwan. Arwah atok berasal dari Taiwan dan arwah nenek berasal dari Thailand. Mak merupakan anak bongsu dari 6 beradik. Mak diambil sebagai anak angkat sebuah keluarga Melayu di Behrang, Perak. Selepas Mak menjadi anak angkat keluarga Melayu, dengarnya Atok dan Opah dari sebelah keluarga kandung Mak bercerai dan adik-beradik Mak terpisah. Tapi ikatan adik-beradik Mak tetap utuh bila abang Mak yang berbangsa Cina mencari Mak, begitu juga kakak Mak yang tinggal di Ipoh. Hampir semua adik beradik Mak kecuali kakak yang sulung pernah saya jumpa waktu mereka datang ke rumah kami di Shah Alam. Walaupun berlainan bangsa, ikatan adik-beradik itu jelas kukuh hingga akhir hayat Mak.
Mak dibesarkan oleh arwah Opah, ketika itu umur arwah Opah sudah 40 tahun, dan arwah Atok jika ada hari ini beliau sebaya Tun Mahathir. Atok dan Opah tiada anak dan membesarkan Mak penuh kasih sayang. Mak bertemu Abah ketika bekerja di Shah Alam, bercinta.
Setelah berkahwin dan punya anak kedua, Mak terus setia menjadi suri hati Abah hingga akhir hayat. Mak dikurniakan 5 anak dari Yong, Angah, Saya, Arwah Acik dan Amin. Mak berkahwin dengan Abah ketika usia 23 tahun. Pada usia 27 tahun, Mak lahirkan saya ke dunia. Terima Mak mengandungkan, melahirkan, menyusukan, mengasuh dan mendidik Yang di dunia. Pada usia 45 tahun, ketika saya sedang berada di tingkatan 6 Atas, Mak menghembuskan nafas terakhir di PPUM. Hampir 1 tahun setengah saya tidak bersekolah dengan baik sebab menjaga Mak di hospital. Tapi itu kenangan yang tersemat di ingatan melihat Mak berjuang dengan ujian Allah. Mak begitu kuat melawan kanser hati. Hampir banyak yang saya tak ingat mengenai Mak. Pemergian Mak ketika kami semua bersedia dan redha dengan ketentuan Allah. Doktor telah menjelaskan kepada Mak dan Abah soal kanser yang Mak hidapi. Pembedahan dan kimoterapi yang Mak harung sangat mengimbas semua memori hidup. Mak dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 21, Shah Alam. Walaupun kami tinggal di Port Klang, Mak minta dikebumikan berhampiran Ibu dan Bapa angkatnya di situ. Mak seorang anak yang menjaga orang tuanya hingga akhir hayat. Arwah Atok dan Opah dijaga oleh Mak dan Abah. Pada Mak, jika kami menziarah pusara Mak, kami juga akan menziarahi pusara Atok dan Opah. Ya, sekitar tahun 1998, kami berpindah di Port Klang.

Al Fatihah Buat Mak,
Moga Allah mengurniakan syurga tertinggi buat Mak.

Sunday, 9 June 2019

Belajar Solat Jenazah

Kisah 5 syawal 1440H
Tadi aku beraya rumah Pakcu Di Rantau Panjang Klang. Balik singgah Aeon Big Kapar on da way nak balik angah baca wasap mak kawan angah meninggal dunia tengahari tadi. Kami balik hantar anak kecil dan suami angah ke rumah sebab kami baru sampai dari kampung awal pagi tadi suami angah drive tentu letih. Mak kawan angah memang baik, ingat lagi arwah tegur aku waktu sedang mengaji Al-Quran di ruang solat perempuan. Lebih kurang begini "adik, mak adik nak dikafankan" arwah minta aku bersama kafankan arwah mak. Waktu tu kakak-kakak aku minta aku mengaji lepas kami mandikan jenazah mak. Arwah mak cik kawan angah memang baik, Al-Fatihah buat arwah. Setiba di masjid Shah Alam orang ramai bersedia nak solat asar dan kemudian terus solat jenazah. Buat pertama kali dalam hidup berpeluang aku turut mengikut imam dalam solat jenazah. Memang aku tak pandai, semoga Allah SWT menerima solat hambanya yang baru belajar dalam fardu kifayah. Disini kamu juga boleh belajar lafaz niat dengan empat kali takbir. Semoga syurga milik kita semua. Amin, semoga mendapat kematian dalam husnol khotimah.  

Monday, 11 March 2019

Potongan kwsp bulanan penting tau



Baru baru ini kwsp dah umum dividen tahun 2018 sekitar 6.5 peratus dan patuh syariah 5.9 peratus. Bila dividen dah umum kita boleh tengok perubahan dalam seribu dua dalam penyata. Dapatlah tengok pertambahan tahunan.
Sama ada penting atau tidak duit kwsp ia bergantung pada kamu. Dua tahun lepas ada seorang rakan sekerja berbangsa India ajar aku cara pengeluaran pendidikan melalui kwsp. Korang boleh cari di link sis dalam artikel penulisan sebelum ini. Alhamdulillah aku dah tak ada hutang belajar walaupun dekat RM10K aku bayar hutang ptptn dan mara berbaloi rasanya. Baru baru ini kakak opis ada bersembang yang dia berjaya keluarkan RM20K kwsp akaun 2 untuk rumah. Katanya kalau rumah atas nama suami pun isteri boleh buat pengeluaran untuk keluarkan akaun 2 kwsp. Itu belum lagi masuk public mutual alls kakak tu layak sebab dia kerja dari lepasan spm. Takla macam sis ni kerja bertukar ganti RM20K tu banyak kot untuk pengeluaran pembelian rumah ke ubah suai rumah. 
Baru baru ni aku ada apply beli rumah setingkat kat kampung. Itupun abah yang beria suruh anak beli. Kalau ada rezeki bolehla buat pengeluaran kwsp lagi. Ada kawan beritahu bayaran rumah pun boleh guna akaun kwsp korang secara tahunan. Sis boleh hadam lagi bab tu cuma sekadar belajar sedikit sedikit. Bagi aku, kwsp penting untuk kita yang tak ada pencen ni.
Jangan nanti korang kecewa kwsp korang sikit setelah lama baru nak insaf. Satu sis nak pesan jangan berhenti kerja suka hati, bertahanlah demi masa depan, kalau peluang elok depan mata barulah usaha ke hadapan lagi. Tak sangka kwsp boleh bantu banyak hal dalam hidup bukanlah tunggu umur capai 55 tahun.