Umum sangat tahu mengenai tragedi yang berlaku kepada penumpang dan anak kapal MH17 yang terhempas di Timur Ukraine atas perbuatan pihak yang masih enggan mengakui kesilapan mereka. Soal itu biarlah pihak berwajib menyelesaikannya, yang paling utama adalah menyempurnakan pengebumian jenazah dan mayat dengan segera.
Umum juga mengetahui bahawa bukan mudah kerajaan berusaha untuk membawa pulang setiap mangsa yang terkorban dalam tragedi MH17, akhirnya walaupun masih lagi dalam proses akhir pengecaman mangsa yang lain, kita perlu akur bahawa jenazah ini perlu disempurnakan segera mengikut agama anutan masing-masing. Bukanlah sengaja dilewatkan, ini tuntutan keadaan dimana setiap permulaan perlulah melalui proses pengakhiran.
Malaysia Berkabung Untuk MH17 dengan penuh rasa hormat dan bersyukur atas kembalinya kumpulan pertama jenazah penumpang dan anak kapal, layaklah mereka diberi penghormatan. Welcome Home antara kata-kata yang disebut-sebut rayat Malaysia yang menanti mereka. Semoga hari Malaysia Berkabung Untuk MH17 ini menyatupadukan kaum masyarakat Malaysia yang berbilang agama, bertakafur dengan cara ajaran agama masing-masing.
Jika saya adalah seorang yang berkuasa, ingin saya ucap terima kasih kepada Kerajaan Malaysia atas kerja keras organisasinya dalam membawa pulang MH17 dan seisinya kembali ke tanah air juga usaha menyelesaikan tragedi ini dalam menentukan pihak yang bertanggungjawab. Semoga Jumaat 22 Ogos 2014 kali ini memberi erti kepada setiap rakyat Malaysia tentang erti sebuah kedukaan dan memupuk nilai kemasyarakatan. Semoga pihak bertanggungjawab di bawa ke muka pengadilan, mungkin kita leka dan lali dengan kesenangan hari ini dan peristiwa ini memberi pengajaran buat Malaysia.
Malaysia berkabung
Selamat Pulang Warga MH17
Bersemadilah dengan aman
Berikan Malaysia sedikit masa
Untuk membuktikan salah mereka
Andai terlepas di dunia
Azab tetap menanti di sana
No comments:
Post a Comment