Aku tercari cari maksud patah ranting dicermin usia. Sebaris ayat ini aku jumpa dekat intagram Jep Sepahtu tujukan buat sahabatnya Shuib Sepahtu. Kebetulan juga hari lahir seorang sahabat jatuh pada hari ini, aku belek facebook, tak ada sekeping gambar pun kami berdua, oh. Patah ranting dicerminan usia, rasa sudah dewasa, meniti usia. Lebih kurang tiga minggu lepas aku hilang sorang sahabat zaman sekolah rendah hinggalah akhir usianya. Arwah Zai seorang rakan yang baik, tak tergambar sedihnya hati melihat kubur rakan baik sendiri baru dikebumikan dan saat itu tak tahu nak mengambar rasa sedih. Sayu ditemani rakan baik, walaupun dah tak serapat dulu dan cuma bertegur sapa di facebook, mana mungkin memori ponteng sekolah agama untuk pergi mandi di wet world dapat di ulang kala ini. Maut tak mengenal usia dan ia pasti.
Kalaulah Sungkai itu dekat, nak saja aku selalu ziarah dan bersembang panjang tentang cabaran mengharung dunia kala ini. Takkan pernah aku lupa setiap sahabat yang sanggup berpayah bersama aku dulu dan kini. Selamat hari lahir sahabat, selagi hidup kita semai erti sahabat. Walau jauh mana kita pergi tak akan mudah aku lupa engkau dalam hidup. Sila, terima kasih sebab jadi sahabat aku, sanggup bersusah payah untuk aku dulu, jadilah isteri solehah di samping suami dan bersamalah kita menjadi wanita solehah. Alhamdulillah aku punya sahabat yang baik disisi walaupun dah ramai juga ke haluan berbeza tapi ada yang masih setia dan silih berganti orangnya. Aku doakan yang terbaik buat sahabat.
Sekeping gambar penghias seri yang tak mungkin kalah dalam memberi seribu erti. Zaman persekolahan yang dah lama berlalu, bila dibelek gambar ini teliti, hari ini ada 2 anggota Polis, seorang pegawai Imigresen dan seorang pagawai ATM. Siapa sangka seberjaya ini dapat dikecapi, semoga persahabatan terjalin menceriakan dan memberi erti. Walau antara kita sudah makin jauh dalam kehidupan masing masing namun kita pernah menjadi sahabat.
No comments:
Post a Comment