Alhamdulillah dah masuk tahun baru Islam 1436 hijrah. 1 muharam detik permulaan, sempena 1 muharam 1436 hijrah, kawan sekolah cum business partner aku bertunang. Jadi sebagai rakan baik aku berada disisi juga, berteman Anim yang BFF. Aku rasa bangga punya sahabat yang baik dari keluarga yang baik baik. Suka aku lihat mak ayahnya, yang aku kenal sejak zaman sekolah menengah lagi. Kalau ikutkan, memang waktu sekolah menengah kitaorang jenis kenal mak ayah kawan. Cuma ada seorang mak kawan aku terkilan tak dapat kenal arwah mak aku sebab awal sangat mak pergi. Ingat lagi mak kawan aku tanya arwah mak ada tak pergi kuliah dekat masjid ke surau dekat kawasan dia tak.
Seronok bila kita punya kawan yang baik dan keluarga mereka juga baik, sekarang bukan setakat adik beradik rakan malah kakak ipar mereka pun sporting juga. Tahniah sahabat, selangkah ke arah baru.
Selamat bertunang sahabat puteri14, peminat tomok sejak zaman newboyz dulu dulu, fanatik warna pink, suka dengan hikayat penglipurlara.
No comments:
Post a Comment