Dari segi kerja aku rasa tiba-tiba dah di hujung tahun, staf berganti dan ada yang berhenti. Alhamdulillah ada dual staff perempuan yang dah berhenti tapi aku masih berhubung dengan diaorang. Kadang boleh rehat sama. Partner aku dah habis pantang dan ada office mate seorang dari bercinta dah kawin. Cepat betul aku rasa berlalunya tahun ini.
Dari sudut keluarga cuma yong aku buat penambahan ahli baru iaitu yeya anak buah perempuan sulung. Adik aku pula berpisah dengan bekas suami Dan bab aku kadang tak faham tapi mungkin dia nak kehidupan solo. Angah aku pindah ke Klang, sejak ada Angah rumah ini makin berseri ceriq. Sepanjang 2014 memang ada sedikit konflik keluarga tapi alhamdullilah segalanya ok.
INI yeya
Cerita soal diri, aku masih sendiri lagi, menumpang manisnya keluarga, hid up dikelilingi sahabat dan rakan sekerja. Tak ada apa yang pelik, semuanya OK OK sahaja cuma umur semakin bertambah. Kadang rasa juga sunyi tapi inilah yang terbaik di anugerahkan oleh Allah SWT buat aku. Ada kerja, hidup aman, tak diuji masalah yang berat dan semuanya nampak mudah dan jelas. Cuma aku belum berjaya beli asset untuk kediaman lagi. DOAKAN aku berjaya.
Dari segi USIA persahabatan dan dorongan untuk berniaga sendiri. Aku dan dua rakan dah buka perniagaan tudung untuk side income, modal kecil kecilan untuk permulaan. Moga kami kuat untuk berniaga.
Dari sudut negara, aku lihat fenomena banjir Pantai Timur amat mempengaruhi naluri kemanusiaan, lihat gambar Kuala Krai sudah buat aku mengerti kebesaranNya sedang aku di pantai barat juga diuji dengan bermacam rencah dunia. MH370 yang hilang di lautan Hindi Dan MH17 yang di tembak jatuh juga pesawat air Asia yang khabarnya hilang dari radar. Paling aku rasa bimbang menjelang 2015 adalah nilai Wang, gst, dan banyak kepada nilai Wang. Mana taknya negara banyak mengalami defesit dan wang semakin rendah nilainya.
Azam aku di tahun 2015 seperti biasa untuk hidup lebih baik dan beli rumah kumpul duit dan bersederhana, tak melupakan zakat, DOA moga projek tudung aku berjaya, soal jodoh aku usaha dan tawakal. Jangan prejudis dengan kehidupan orang lain.
Impian yang mustahil untuk aku capai adalah bercinta dengan orang yang aku cinta diam diam tanpa dia membalas cinta aku. Mengambil contoh min at aku pada jep sepahtu yang boleh buat aku cair tapi talk semestinya jika dia be nar wujud dalam hidup aku dapat melengkapi segalanya. Cukuplah aku anggap diri aku I'm sepahturious Dan jika berangan jadi awek jep dal am diam diam sudah.
Aku cuma ada ijazah perniagaan Dan kerja sebagai kerani akaun, tak pandai ddalam tanggungjawab sosial, sains politik mahupun perbezaan agama. Cukup sekadar ilmu asas INI member I erti dal am hid up. Mungkin pada aku kadang rasa tak adil dalam hidup sedang aku lupa Allah SWT ITU sebaik bail perancang.
No comments:
Post a Comment