Tuesday, 24 March 2015

Cermin power window pecah seribu

Ini kisah jumaat lepas, waktu itu hati berdebar kencang dan tang an menaip di blog.

Allah swt maha adil, tak ada siapa pun akan terlepas dari dugaan dan ujian tuhan. Hari ini dalam sejarah power window terkena batu dari mesin rumput. Allahuakhbar, sedihnya hati. Perasan waktu nak balik dari opis sebelah hantar invoice. Terus call perodua minta bantuan dan perodua one utama bagi nombor workshop perodua. Deal dengan salesman terus datang, kereta ada tinted so katanya cermin tak berderai. Yela dari tempat driver kan maunya tak rasa berdebar. OK sekarang duduk sekejap dekat workshop. Doakan yang baik baik..

Bila ujian menimpa kita sabar dan cuba sebaik mungkin untuk rasional dan positif.

Monday, 16 March 2015

Buku mak, Abah redailah anakmu


Buku ini aku beli online dekat website sebarkanbahagia. Aku suka baca blog ustazah fatimah syarha. Aku order online sabtu, khamis dapat sekali dengan kain pasang untuk raya. Kain pasang aku beli dekat kawan atas kawan. Entah sekarang aku suka membaca dan aku nak cari keberkatan dalam bacaan. Aku pun nak mencari redha seorang Abah, mak aku dah lama pergi, redha seorang Abah yang sangat memanjakan aku sedang aku ini dah besar panjang. Insyaallah selepas buku ini aku nak beli buku karya yang lain pula. Aku dah beli kesayangan cum tak habis mentelaah, bukunya dah dipinjam kakak. Sebab kita dah lama habis sekolah, kadang kena cari nasihat nasihat berguna dan motivasi diri. Kadang kita tahu tapi kita lupa praktikkan sebab itu aku cari buku tip tip sebegini. Walaupun aku sebenarnya malas menbaca tapi aku usahakan juga membaca. Bila aku baca buku mak, Abah ...redailah anakmu aku rasa ada juga yang aku culas dan lupa sebab terlalu selesa seperti bekerja juga dah terlampau selesa hingga kadang cuai dan tak perasan silap. Apa yang aku buat, aku suka ustazah fatimah syarha maka aku cari karya beliau sebagai bacaan walau aku tahu banyak karya pakar motivasi yang lebih high class tapi tak terdorong membeli. Kita perlu faham kadang kita suka guru tapi tak suka subjek, kadang kita suka subjek tapi tak suka guru, kadang kita suka subjek dan guru begitu sebaliknya. Soal suka ini aku belajar waktu jadi guru sandaran dulu. Semoga aku tak lupa tanggungjawab aku sebagai seorang anak tak kira bila waktu pun. 

Friday, 13 March 2015

Zakat pendapatan tahunan saya bagi tahun 2014

Dua tiga hari lepas saya dapat penyata rasmi bayaran zakat pendapatan 2014. Saya alamatkan terus ke office biar mudah. Lagikan memang senang kalau alamatkan ke office. Dapatlah penyata begini secara tahunan. Cuma rm21 sebulan, kalau tahunan tu agak banyak sekali bayar. Zakat pendapatan melalui skim berkat ini perlu di pos pada sebelum 10 haribulan pada tiap bulan. Oleh sebab company saya memang size kecil jadi urusan kiraan zakat saya kirakan buat staff lain. Menjadi kewajipan buat saya maklumkan jumlah zakat bulanan pada setiap staff atas persetujuaan. Kalau tidak takut jatuh berdosa. Sebab saya bertanggungjawab sebagai akaun untuk  kirakan. Sebenarnya mudah sebab sudah ada senarai perkiraan zakat pendapatan mengikut gaji kasar dan akan berbeza mengikut taraf perkahwinan dan bilangan anak. Saya memang tak layak cukai pendapatan lagikan zakat pendapatan ini boleh dapat rebate cukai pendapatan. Sekarang lembaga zakat sedang lancarkan skim berkat lebih efisen untuk tarik umat Islam menunaikan rukan Islam keempat ini.  Harap ada  juga sedikit kelebihan dengan skim berkat ini. Jom tunaikan zakat.

Sunday, 1 March 2015

Mengaji Al-Quran dengan guru Indonesia

Assalamualaikum diari Maya,

Tadi aku hadir di sebuah jemputan perkahwinan anak jiran tetangga, jiran satu lorong lat dua tiga rumah. Aku ingat lagi rumah itu dulu pernah aku datang mengaji Al- Quran walaupun tak lama. Kalau ikutkan aku agak lambat khat am Al-Quran sekitar tingkatan 4, waktu aku tingkatan 1 kebetulan anak kepada pengajar yang ajar mengaji waktu itu sakit maka aku tak dapat lanjut mengaji di situ padahal tinggal berapa juzuk. Sekitar tingkatan 2 aku pindah ke Klang dan arwah mak hantar aku mengaji di rumah jiran. Jiran aku ini namanya Cik Ida, dia orang Indonesia yang berhijrah ke sini, seingat aku anaknya dua lelaki. Tak lama mengaji dengan Cik Ida mengulang juz 1 rasanya tak sampai setahun kira 6 bulan agaknya. Sebelum mengaji dengan Cik Ida, aku mengaji dengan Cik Zah dan guru pertama yang mengajar aku mengaji adalah Kak ain, mengaji dengan Kak ain yang rambutnya sampai ke kaki itu pun tak lama, Kak ain sewa sekejap saje dekat kawasan rumah aku. Tadi aku jump a Cik Ida, aku salam dan cium tangan dia, dia masih mengajar di pekan baru indonesia. Sekejap saja aku jumpa sebab dia pun sedang melayan tetamu maklumlah anak buah yang kawen. Aku pun peluk Cik Ida dan kata halalkan ilmu yang dia bagi pada aku, aku cium pipinya. Sambil aku berlalu pergi dia kata dia halalkan dan biar ilmu itu istiqamah jangan dibiar. Alhamdulillah ada rezeki aku jumpa guru mengaji aku kecil dulu walaupun mengaji sekejap. Syukur sebab masih ada rezeki lihat mereka lagi, bulan lepas aku bertemu ustazah alfiah guru agama Islam sekolah rendah dulu di bank Islam tapi tak aku tegur sebab baju aku ketat sangat ketika itu padahal nak peluk cium sebab rindu dan nak ucap terima kasih ajar aku dulu seperti mana aku dapat ucap terima kasih kat Cik Ida. Lepas Cik Ida aku mengaji dengan Cik No ibu saudara aku yang baru pindah ke sini hingga aku khatam Al-Quran sewaktu tingkatan 4, alhamdulillah walaupun agak lewat Dan bertukar guru, berjaya juga aku khatam Al-Quran.