Monday, 16 March 2015

Buku mak, Abah redailah anakmu


Buku ini aku beli online dekat website sebarkanbahagia. Aku suka baca blog ustazah fatimah syarha. Aku order online sabtu, khamis dapat sekali dengan kain pasang untuk raya. Kain pasang aku beli dekat kawan atas kawan. Entah sekarang aku suka membaca dan aku nak cari keberkatan dalam bacaan. Aku pun nak mencari redha seorang Abah, mak aku dah lama pergi, redha seorang Abah yang sangat memanjakan aku sedang aku ini dah besar panjang. Insyaallah selepas buku ini aku nak beli buku karya yang lain pula. Aku dah beli kesayangan cum tak habis mentelaah, bukunya dah dipinjam kakak. Sebab kita dah lama habis sekolah, kadang kena cari nasihat nasihat berguna dan motivasi diri. Kadang kita tahu tapi kita lupa praktikkan sebab itu aku cari buku tip tip sebegini. Walaupun aku sebenarnya malas menbaca tapi aku usahakan juga membaca. Bila aku baca buku mak, Abah ...redailah anakmu aku rasa ada juga yang aku culas dan lupa sebab terlalu selesa seperti bekerja juga dah terlampau selesa hingga kadang cuai dan tak perasan silap. Apa yang aku buat, aku suka ustazah fatimah syarha maka aku cari karya beliau sebagai bacaan walau aku tahu banyak karya pakar motivasi yang lebih high class tapi tak terdorong membeli. Kita perlu faham kadang kita suka guru tapi tak suka subjek, kadang kita suka subjek tapi tak suka guru, kadang kita suka subjek dan guru begitu sebaliknya. Soal suka ini aku belajar waktu jadi guru sandaran dulu. Semoga aku tak lupa tanggungjawab aku sebagai seorang anak tak kira bila waktu pun. 

No comments:

Post a Comment