Friday, 15 May 2015

Hati Perempuan Drama Sangat

Memahami hatimu lebih sukar dari memilikimu,
Apa yang saya suka lagunya
Ku menanti kamu saja
Yang terindah dari Dia

Sebenarnya inilah salah satu waktu yang ada untuk menonton tv setelah melalui hari yang padat. Orang macam saya yang sampai rumah sekitar pukul 6.30 pukul rata. Kadang cerita dah start dan saya masih drive, dah biasa tertinggal 5 ke 10 minit awal. Memang ini saja waktu khusyuk tengok tv. Solat maghrib time iklan. Habis cerita baru fikir mandi fikir makan fikir baju nak basuh fikir rumah nak sapu fikir pinggan nak basuh fikir lantai nak mop fikir kain nak lipat fikir nak sapu fikir puny a fikir jam menunjukkan pukul 11 malam dan saya pun kadang lena awal dari itu. Tengokla rutin saya jadi saya fikir biarlah slot akasia jadi satu rutin untuk lepaskan penat kerja dan berehat rehat dengan jalan cerita cinta. Sampai terbawa nak kawen dengan lelaki macam tengku zaril. Cewah beranganlah ko zura drama sangat. Teman lelaki upahan dulu pun havoc la Kyra dan El skang arilanis kan kan. Dalam cerita ini pun banyak adegan sweet dan tak terlampau. Rasa macam perkahwinan itu indah sangat. OK dah malam sangat, nite. Kawan saya dok update novel hati perempuan, tq su. Ost hati perempuan memang best sampai mati dan bunga dhia. Sekarang ni lagu potret memang tengah top kat telinga dan ost isteri luar biasa, dah tertungu tunggu cerita baru.

Banyak gambar  dalam wasap kawan aka bagi tapi tah mana, nie je akak jumpa comel gak kan.

Sunday, 10 May 2015

what goes around comes around - pilot cafe

Kita lari dari kesibukan dunia sebentar, lari dari stress kerja yang berlambak lambakan dan rutin biasa. Nama saje orang klang space u8 pun tak tahu dekat mana letaknya. Mengajak kawan baik tengok wayang filem pilot cafe lakonan fahrin Ahmad, izara aisyah, neelofa, Remy ishak dan Keithfoo. Bagi aku watak yang fahrin Ahmad mainkan sebagai ameer itu jelas mengisahkan takdir hidupnya. Jelas tonjolkan watak hero sebagai lelaki yang berduit, bekerjaya, playboy dan sosial life yang sangat ditekankan dalam penceritaan. Bekerja sebagai pilot dan punya pakej lengkap yang diminati ramai gadis tergila-gila. Kisah ameer yang sosial membawa kepada perkenalan dengan sharmila lakonan neelofa yang digambarkan sebagai pramugari biasa yang cantik. Berkali sharmila tekankan kepada ameer bahawa lelaki itu bensr-benar cinta akan dia atau tidak dan jawabnya ya ya ya. Kalau dah playboy memang dasar playboy juga. Sharmila hamil anak luar nikah dengan ameer dan minta ameer bertanggungjawab tapi sebaliknya ameer masih nak single bersosial. Ameer menganggap sharmila istimewa dan minta wanita itu gugurkan kandungan. What goes around comes around, what you give you get back. Sharmila hilang dari mata ameer, berhenti kerja dan hilang begitu sahaja. Kewujudan sharmila hanya imbasan kembali dari ingatan ameer apabila muncul Maya lakonan izara aisyah yang ditemuinya dalam ketakutan. Dijaga Maya sebaik mungkin hingga melahirkan. Maya bukanlah milik ameer, ameer cuma membantunya ketika payah. Kenalan lama menyapa, ameer terkedu melihat isteri doktor itu adalah sharmila yang pernah menjadi miliknya. Ameer memohon maaf pada sharmila, wanita yang mencintainya dan dia sakiti, dia sangat cintakan sharmila. Kesal pada diri hanya sedar cinta tulus setelah sharmila hilang dari hidup. Sharmila setia kepada suaminya, lelaki yang membantunya sewaktu hamil anak luar nikah. Ameer pula cuba meminta cinta dari Maya lalu melamarnya namun Maya memilih cinta hatinya yakni lelaki yang telah menghamilkannya sebagai suami kerana cinta mereka. Dia memilih ayah kepada anaknya yang lari ketika dia hamil dan kembali ke pangkuannya semula. Maya serba salah ketika ameer melamarnya. Ameer akur, sebuah cerita dimana hero tidak menemui cinta sejatinya. Heroin pula menemui cinta yang lain. Jalan cerita sayu dan pilu. Kata my fren, pilot cafe ini adaptasi novel. Katanya sharmila kembali ke pangkuan ameer, lagikan ada part 2.
What goes around comes around, setiap orang melalui takdir yang berbeza.
Sabar sabar sebentar berikan ku waktu untuk melupakan luka lama yang masih bersamaku.
Aku suka cerita ini, kedua dua heroin baik Maya mahupun sharmila keduanya tidak memilih Ameer. Walaupun Ameer kaya, berjaya, bergaya dan ada pilot cafe.

Saturday, 9 May 2015

Kat mana telaga harbour park

Niat asal nak ke cable car tapi padat. Jadi waktu on da way ke cable car langkawi nampak kapal layar banyak setempat. Jadi berhenti sekejap dekat pantai kok snap gambar. Serious cantik.

Singgahla ke telaga harbour park, Dekat situ pun ada telaga tujuh, pada ingatan aku telaga tujuh tu tujuh telaga rupanya air terjun wahai cek mek. Tapi tepian harbour park ajela. Lepas itu baru ke makam mahsuri dekat ulu melaka. Cer korang fikir ada ulu melaka kat langkawi. Benarlah sejarah di tulis oleh mereka yang menang. Entah entah sejauh ini luasnya kesultanan melayu melaka 1511. Itu belum masuk hikayat merong mahawangsa. Selit sikit mengomel sebab tak dapat jadi cikgu sejarah.
Sekeping gambar penghias entry padahal gambar aje ratus dalam memory hand phone.
Nanti ada entry ke makam mahsuri yang mungkin dikarang panjang panjang. Undur diri dulu mood compang camping.

Monday, 4 May 2015

Langkawi Here We Go Labour Day 1st May 2015

Alhamdulillah, safety arrive journey and safety back for routine. Percutian ke Langkawi yang dirancang akhirnya lancar sudah segala aktiviti. Dengan pesawat air Asia yang ditempah awal November 2014. Akhirnya berjaya bercuti dengan team opismate. Flight ticket pergi balik bersama motel yang ditempah dengan Air Asia sebanyak RM 350 seorang untuk percutian 2 hari 2malam memang berbaloi. Day first cuma malam sahaja flight ke langkawi pada jam 9.15 malam dan sampai ke langkawi pads jam 10 malam. Percutian kali ini dirancang penuh oleh senior kami Kak Sikin dan Kak Ma. Saya memang tak tahu flight pukul berapa pun, Toyota avanza disewa untuk kami berenam, jumpa sahaja hotel kami cari makan jam 12 malam, simple sahaja menu kami ketiaw ladna dan burger. Entry akan datang akan ada cerita tentang pantai kok dan telaga habour park langkawi.