Sunday, 10 May 2015

what goes around comes around - pilot cafe

Kita lari dari kesibukan dunia sebentar, lari dari stress kerja yang berlambak lambakan dan rutin biasa. Nama saje orang klang space u8 pun tak tahu dekat mana letaknya. Mengajak kawan baik tengok wayang filem pilot cafe lakonan fahrin Ahmad, izara aisyah, neelofa, Remy ishak dan Keithfoo. Bagi aku watak yang fahrin Ahmad mainkan sebagai ameer itu jelas mengisahkan takdir hidupnya. Jelas tonjolkan watak hero sebagai lelaki yang berduit, bekerjaya, playboy dan sosial life yang sangat ditekankan dalam penceritaan. Bekerja sebagai pilot dan punya pakej lengkap yang diminati ramai gadis tergila-gila. Kisah ameer yang sosial membawa kepada perkenalan dengan sharmila lakonan neelofa yang digambarkan sebagai pramugari biasa yang cantik. Berkali sharmila tekankan kepada ameer bahawa lelaki itu bensr-benar cinta akan dia atau tidak dan jawabnya ya ya ya. Kalau dah playboy memang dasar playboy juga. Sharmila hamil anak luar nikah dengan ameer dan minta ameer bertanggungjawab tapi sebaliknya ameer masih nak single bersosial. Ameer menganggap sharmila istimewa dan minta wanita itu gugurkan kandungan. What goes around comes around, what you give you get back. Sharmila hilang dari mata ameer, berhenti kerja dan hilang begitu sahaja. Kewujudan sharmila hanya imbasan kembali dari ingatan ameer apabila muncul Maya lakonan izara aisyah yang ditemuinya dalam ketakutan. Dijaga Maya sebaik mungkin hingga melahirkan. Maya bukanlah milik ameer, ameer cuma membantunya ketika payah. Kenalan lama menyapa, ameer terkedu melihat isteri doktor itu adalah sharmila yang pernah menjadi miliknya. Ameer memohon maaf pada sharmila, wanita yang mencintainya dan dia sakiti, dia sangat cintakan sharmila. Kesal pada diri hanya sedar cinta tulus setelah sharmila hilang dari hidup. Sharmila setia kepada suaminya, lelaki yang membantunya sewaktu hamil anak luar nikah. Ameer pula cuba meminta cinta dari Maya lalu melamarnya namun Maya memilih cinta hatinya yakni lelaki yang telah menghamilkannya sebagai suami kerana cinta mereka. Dia memilih ayah kepada anaknya yang lari ketika dia hamil dan kembali ke pangkuannya semula. Maya serba salah ketika ameer melamarnya. Ameer akur, sebuah cerita dimana hero tidak menemui cinta sejatinya. Heroin pula menemui cinta yang lain. Jalan cerita sayu dan pilu. Kata my fren, pilot cafe ini adaptasi novel. Katanya sharmila kembali ke pangkuan ameer, lagikan ada part 2.
What goes around comes around, setiap orang melalui takdir yang berbeza.
Sabar sabar sebentar berikan ku waktu untuk melupakan luka lama yang masih bersamaku.
Aku suka cerita ini, kedua dua heroin baik Maya mahupun sharmila keduanya tidak memilih Ameer. Walaupun Ameer kaya, berjaya, bergaya dan ada pilot cafe.

No comments:

Post a Comment