Saturday, 14 November 2015

Copy Paste Sangat

Sekeping gambar zaman kecil aku yang belum 2 tahun jadi simpanan aku scan letak dalam Facebook. Baru baru ni pergi Melaka dengan family yong aku ada beberapa keping gambar dengan Yeya si kenit anak buah perempuan aku satu

Wednesday, 11 November 2015

Muzium Kapal Selam Melaka di Klebang

Ahad 8 November 2015
Sekitar 12 tengahari sampai sudah di Melaka menyusur tol Ayer Keroh, Melaka adalah tempat saya belajar degree sudah tentu saya sangat suka dengan memori yang melakar di minda. Awalnya kami tiba rasanya tak lalu nak naik menara taming sari, otak ligat teringat sesuatu yang best di Klebang ada coconut shake beratur jadi waktu lalu dah terasa panjang rupanya dekat belah dalam ada kedai besar untuk minum coconut shake tapi itu aktiviti esok, harini kita ke pantai Klebang. Pencarian muzium kapal selam berjaya sebab ia terletak dekat pantai 1Malaysia Klebang, cuma saya ingat muzium kapal perang rupanya hanya sebuah kapal selam. Saya fikir ada banyak kapal dipamer tapi cuma satu iaitu paus gergasi yang pernah masuk Majalah Tiga tapi itupun kami dah exited, masuk kapal beb, pengalaman berharga dan anak buah pun teruja. Ruangan laluan sempit ditambah banyak ruang dilarang masuk tapi itu pun dah memadai dapat juga merasa naik. Tiket sekitar RM3 kira berbaloi, tak boleh naik sampai atas kang roboh pulak kapal dengan manusia yang excited macam kami. Walaupun tengahari orang memang ramai melawat muzium lain dari yang lain kali ini. 

Habis buat lawatan melawat kapal selam yang dah tak boleh menyelam, kita pekena laksa dengan asam pedas dekat pantai Klebang. Harga mahal jugalah tapi apakan daya. Malamnya kakak kami sponsor makan malam dekat Alai, minum besar coconut shake pun dia sponsor, hotel seri costa felda pun kakak kami sponser. Kalau tak menabungla nak pergi short vacation dekat Melaka kali ini. Nanti nak cerita juga pengalaman mandi di Kolam Air Gunong Tampin waktu perjalanan balik sebab nikmat terasa lain mandi di persekitaran kaki gunong.

Tuesday, 10 November 2015

The Captain Steamboat and Grill Meru Klang

Sabtu 7 November 2015
Habis waktu bekerja half day aku menyahut cabaran ke jualan gudang karangkraf 2015 tahun ini. Selalunya aku tak tersampai ke pesta buku tapi kali ini berjaya.
Ke PKNS pekena nasi lemak paru dan tarik sehelai shawl dulu  dan ke tesco untuk minum dan solat dan tarik sehelai shawl lagi. Lepas maghrib bermula perjalanan ke The Captain  Steamboat & Grill Meru
OK kalau rasa nak dinner dekat sini kena booking meja sebab fully book.  Harga seorang dewasa RM21.90 kami pergi dengan anak beranak geng opis. Aku da ajak angah tapi dia takmau join. Dah biasa makan ramai2 dengan geng family opis, memang erat silaturahim. Direction nak pergi The Captain Steamboat & Grill Meru ini boleh mintak tolong google map senang je, kalau dari arah Setia Alam jalan terus sampai nampak sekolah cina pekan Meru so ambil kiri kedepan sikit jalan je perhatikan belah kanan. Senang cerita berdepan dengan pasar malam Meru. Kalau dari arah Kapar masuk kana dekat sekolah perempuan Kapar dan sekolah Tengku Abdul Jalil lagi dekat untuk kami orang port. Kalau tanya memang kesedapannya lebih dari Al- Fateh Steamboat Kampung Jawa tapi dekat Al-Fateh ada minuman panas. Best kan pekena sotong udang dan servis pun baik. Zaman sekarang dengan ekonomi merundum takyah la makan seafood mahal steamboat gini dah power.
Korang bole try, memang confirm berbaloi dengan harga korang bayar.