Sekitar 12 tengahari sampai sudah di Melaka menyusur tol Ayer Keroh, Melaka adalah tempat saya belajar degree sudah tentu saya sangat suka dengan memori yang melakar di minda. Awalnya kami tiba rasanya tak lalu nak naik menara taming sari, otak ligat teringat sesuatu yang best di Klebang ada coconut shake beratur jadi waktu lalu dah terasa panjang rupanya dekat belah dalam ada kedai besar untuk minum coconut shake tapi itu aktiviti esok, harini kita ke pantai Klebang. Pencarian muzium kapal selam berjaya sebab ia terletak dekat pantai 1Malaysia Klebang, cuma saya ingat muzium kapal perang rupanya hanya sebuah kapal selam. Saya fikir ada banyak kapal dipamer tapi cuma satu iaitu paus gergasi yang pernah masuk Majalah Tiga tapi itupun kami dah exited, masuk kapal beb, pengalaman berharga dan anak buah pun teruja. Ruangan laluan sempit ditambah banyak ruang dilarang masuk tapi itu pun dah memadai dapat juga merasa naik. Tiket sekitar RM3 kira berbaloi, tak boleh naik sampai atas kang roboh pulak kapal dengan manusia yang excited macam kami. Walaupun tengahari orang memang ramai melawat muzium lain dari yang lain kali ini.
Habis buat lawatan melawat kapal selam yang dah tak boleh menyelam, kita pekena laksa dengan asam pedas dekat pantai Klebang. Harga mahal jugalah tapi apakan daya. Malamnya kakak kami sponsor makan malam dekat Alai, minum besar coconut shake pun dia sponsor, hotel seri costa felda pun kakak kami sponser. Kalau tak menabungla nak pergi short vacation dekat Melaka kali ini. Nanti nak cerita juga pengalaman mandi di Kolam Air Gunong Tampin waktu perjalanan balik sebab nikmat terasa lain mandi di persekitaran kaki gunong.
No comments:
Post a Comment