28.12.2015
Kerjaya
Dua tiga hari lagi nak tutup tahun, masih bekerja di tempat yang sama, bos yang sebaya, kerjaya yang sama masih akaun syarikat kecil milik orang Islam. Melalui hari hari bekerja 9am hingga 6pm. Myvi merah oren pun dah 2 tahun lebih usianya menjadi peneman paling setia tuannya. Syukur awal tahun gaji naik juga, kerja seperti biasa cuma gst sebagai penambahan yang menambahkan kerja. Sekarang dah selalu kena ot kerja tak siap bab gst ni tapi insyaAllah doakan dapat harung dan kembali ke asal.
Keluarga
Tahun ini tiada pertambahan ahli baru. Abah dah pencen dan duduk kampung, sebagai anak tanggungjawab dah kena tertib untuk menyara abah, step mother dan adik2. Tahun ni kehilangan arwah atok, rasa segar lagi ingatan pada arwah. Tengok opah pun dah kurus dan tak banyak cakap. Adik sepupu aku ada yang masuk menara gading, dah besar mereka. Sekarang aku makin rapat juga dengan sepupu sebab sejak abah dah duduk kampung, selalula jumpa sedara mara. Seronok juga tiap tiap bulan balik kampung, walaupun sekadar satu malam.
Kewangan
Alhamdullilah gaji masuk tiap bulan. Cukup makan pakai dan cukup air api. Berjalan sana sini juga walau tak macam orang lain. Mandi kolam tengok laut juga aku tahun ini. Tahun ni juga jejak Langkawi yang dah lama tak jejak sejak darjah 6. Alhamdulillah.
Persahabatan
Baiklah tahun ini dapat aku jenguk sila di Sungkai, kawan sekolah menengah yang sanggup bersusah payah. Sejak pindah Sungkai sesekali aku dapat jenguk, itupun kalau masa mengizinkan. Raya cina lepas naik juga aku ke Taiping jumpa teman sebilik sedom sebaik Ija, terus adik aku bawa ke Penang jadinya bergambar sakan kami di Muzium Art Penang. Kadang rindu kawan baik susah senang zaman belajar dulu. Yang ada disisi tetap setia, terima kasih no dan anim setia sebagai peneman di Klang ini. Menyaksikan kawan baik aku naik pelamin raya lepas, sebabkan kawan baik ku turut juga hasrat yati untuk aku apit waktu nikah dan bersanding. Memang dia jarang ada masa untuk aku, aku pun tahu batas kami yang duduk sekampung tapi tinggal berbatu juga. Terima kasih kawan seopis sebab korang penyeri hari2 aku.
Percintaan
Jodoh kan rahsia Allah, mana mungkin kita menidakkan. Rasa macam susah nak percaya dengan semua ni, yang penting kita redha. Maaf sebab tak sempurna tapi tulang rusuk tak pernah tersalah pemilik.
Suka duka 2015 ini memang tenang, semuanya go through. Cara untuk hadapi sesuatu adalah melaluinya. Dah nak habis 2015 ini, tak sangka tahun ini penuh suka duka.
Sekeping gambar beberapa hari lepas dengan adik lelaki tercinta. Ambik angin petang dekat pantai Telok Batik yang sesak dengan manusia yang sedang happy dengan keluarga masing-masing. Wishlist 2016 rasanya memang panjang tapi tak tertaip hari ni. 2014 tahun yang cepat dan 2015 melabuh tirai. Semoga 2016 dilalui dengan baik.
Monday, 28 December 2015
Sunday, 27 December 2015
Makan beradab lepas sunat
27.12.2015
Nak kongsi adat melayu Perak kami. Kami balik kampung ada kenduri tapi yang pentingnya menjenguk abah dekat kampung. Abah asyik wasap tanya anak cucu balik kampung ke tak. Jadinya memang aku cuti 5 hari tapi misi macam biasa cuti non ado. Kakak sulung pulak cuti masuk Thai, adik perempuan aku cuti bawa anak pegi Melaka. Jadinya last minute angah aku dapat tukar shift dengan kawan hospital. Kami pun dapat balik kampung.
Sampai kampung aje dah tengah malam, esoknya kami memang biasa lewat menolong kenduri sepupu sendiri dekat rumah Opah. Aku goreng udang panjat buah nenas tu. Sepupu aku buat sweet source ikan siakap dan aku buat hidang pengantin bersunat. Pastu barulah anak buah aku yang dah bersunat tu dijulang pak sedaranya dari rumah mak sedara kami pukul rebana. Family opah aku ada geng pukul rebana boleh kata budak laki kecik besar adik sepupu pandai main rebana. Ketuanya bapak2 sedara kitaorang dan kiranya cicit sulung opah bersunat. Yang best makan beradap penuh bebudak alahai seronoknya diorang. Aku pun selama ni tak tahu makan beradap ni untuk budak budak sebaya yang bersunat. Meriah gakla sambil tu sepupu aku buat majlis doa juga siap pasang khemah. Bajet 200 orang tetamu. Memang mak pak nenek yang bersunat ni perabih kot. Habis depa makan aku pun meratah lauk pauk makan beradab sekali angah aku, sepupu aku, dan seangkatan. Lauk pauk pun banyak disediakan. Cuma bab basuh pinggan kat sinki yang rasa sakit pinggang makcik. Aku sebagai makcik kenala tolong lagipun akula anak dara paling beso yang kedua beso kat uitm dan yang sekolah semua tu payah beno nak suruh. Basuhlah aku pinggan disinki tetiba makcik sedara aku yang umur 24 tu bersuara "biorle mak encik yang basuh baju kamu lawo, tak ngape mak encik bole basuh" telan air liur aku. Makcik aku ada anak kecik kot dok nangis je, pakcik aku kawen dengan orang muda dari aku rasa serba salah. Aku cakap takpe kat dia. Takkan aku nak harap dia kot kan. Aku kadang malu muda benor nak panggil makcik. Tu belum paksedara muda setahun aku tu kawen mau telan air liur kalo muda belia. Mau salah faham kang yele kami tak batal air sembahyang kot.
OK, cerita dah jauh dari tujuan asal. Semalam pergi pantai Telok Batik dengan ramainya manusia yang happy. Tahun baru dah nak muncul dan segala macam matlamat, cita, rasa dan macam2 sebenarnya. Suka duka 2015 ni kita tutup tirai dengan baik sekali.

Friday, 18 December 2015
Karipap cheese warung Pak Din Klang
18.12.2015
Tempat makan best dekat Klang trending dekat blog ni. So ada kesempatan kita cerita pasal warung Pak Din. Warung Pak Din ni terletak dekat kawasan perumahan area belakang bhp petrol yang opposite hospital pantai Klang. Apa yang best kat sini adalah port lepak lunch over. Kuih banyak seketul 50 sen keria, popia, karipap, seri muka boleh kata puluhan kuih dan trending paling latest adalah karipap cheese tapi harga RM2.00 seketoi. Kalau pergi Pak Din menu best adalah laksa pekat memikat RM5 semangkuk dapat laksa bayar time tu. Mee kari pun power pekat memikat tak ingat pulak harga sekitar RM5 jugakla. Selera aku tertumpu pada keutiaw udang panas panas RM5.50. Warung Pak Din ada bihun sop daging dengan ayam tapi harga pun power. Ada juga nasi tapi aku jarang ambil nasi. Serve tip top cepat cuma opis aku yang jauh sikit.
Waktu operasi warung Pak Din kecuali jumaat tapi tak menentu juga. Kedai sempoi je lorong belakang rumah besar besar Taman Plamgrove sesuai dengan bajet tapi bagi orang suka kuih memang kadang terlebih bajet. Tak tipu laksa, me kari, bihun sop memang sedap. Pic baru ambil kat fb sebab ada rojak sotong tu baru. Perasan makan karipap cheese okla so so sebab aku bukan jenis memahami rasa cheese dalam karipap bulat tu. Cuma sebab trending tu cuma seketul buat rasa. Macam review pulak, nak mintak Pak Din diskaun la. Pak Din pun selalu ada layan customer tau baik orangnya. Warung sempoi dan rilex. Kadang nak duduk makan pun kena tunggu turn penuh lunch our.

Tuesday, 8 December 2015
Reward untuk diri sendiri
08.12.2015
Saat ini meneman putera raja kakak sambil layan oggy. Ayahnya belum balik dan ibu pula masuk shift malam. Kerja macam biasa di ofis dan siapkan summary monthly sekitar 6.45 baru start enjin kereta, sempat lagi bos ke arah saya yang baru masuk gear r untuk pesanan esok hari. Saya cari ATM nak keluarkan gaji yang tak sempat diusik tapi untuk segala hal berkaitan transfer memang dah langsaikan awal. Saya dengan gaya kelajuan pantas mencari beras 5 kilo, top 2.5 kilo, gula sekilo, biskut 1 pek, keropok tiga empat packet, milo 400 gram, sunquick oren botol besar. Untuk reward diri, saya dok perati safi syala sekali ditegur promoter, langsung disuggest warna hijau, pencuci muka safi rania gold memang saya aim nak beli dari hari tu lagi dan saya sambar minyak rambut. Alahai simplenya saya berbelanja, tapi bangga dapat hadiahkan reward untuk diri sendiri. Budak kecil dirumah saya belikan sebekas aiskrim wall chocolate chip dan yakult sementara saya boleh berkira kira untuk membeli air tropikana twister saiz kecil untuk diri sendiri. Bukan ape saya khuatir over bajet sebab peruntukan komitmen saya panjang draftnya. Satu satu perlu dilaraskan. Apa lagi yang saya sambar, rasanya tinggal cecair pinggan mangkuk RM2.70 itu. Bertukar tangan dua tiga keping note RM50 dan baki sekitar RM38. Sebuah kalender 2016 dihadiahkan kepada saya. Hujan bukan lagi renyai tapi mencurah curah. Pekerja kaunter beri saya pinjam payung untuk ke kereta dan pulangkan semula payung. Alhamdulillah walaupun sampai rumah sekitar jam 7.45 malam saya rasa puas hati dengan pencapaian hari ini.
Gst cemburu betul pada saya. Terasa benar mahalnya harga barang sampai saya berkira kira setiap kos belian. Memang kena perhatikan kos dan semak harga supaya membeli secara berpada. Keperluan sebelum kehendak. Yang penting sebelum yang tak berapa penting.
Subscribe to:
Posts (Atom)