Monday, 28 December 2015

2015 melabuh tirai

28.12.2015
Kerjaya
Dua tiga hari lagi nak tutup tahun, masih bekerja di tempat yang sama, bos yang sebaya, kerjaya yang sama masih akaun syarikat kecil milik orang Islam. Melalui hari hari bekerja 9am hingga 6pm. Myvi merah oren pun dah 2 tahun lebih usianya menjadi peneman paling setia tuannya. Syukur awal tahun gaji naik juga, kerja seperti biasa cuma gst sebagai penambahan yang menambahkan kerja. Sekarang dah selalu kena ot kerja tak siap bab gst ni tapi insyaAllah doakan dapat harung dan kembali ke asal.
Keluarga
Tahun ini tiada pertambahan ahli baru. Abah dah pencen dan duduk kampung, sebagai anak tanggungjawab dah kena tertib untuk menyara abah, step mother dan adik2. Tahun ni kehilangan arwah atok, rasa segar lagi ingatan pada arwah. Tengok opah pun dah kurus dan tak banyak cakap. Adik sepupu aku ada yang masuk menara gading, dah besar mereka. Sekarang aku makin rapat juga dengan sepupu sebab sejak abah dah duduk kampung, selalula jumpa sedara mara. Seronok juga tiap tiap bulan balik kampung, walaupun sekadar satu malam.
Kewangan
Alhamdullilah gaji masuk tiap bulan. Cukup makan pakai dan cukup air api. Berjalan sana sini juga walau tak macam orang lain. Mandi kolam tengok laut juga aku tahun ini. Tahun ni juga jejak Langkawi yang dah lama tak jejak sejak darjah 6. Alhamdulillah.
Persahabatan
Baiklah tahun ini dapat aku jenguk sila di Sungkai, kawan sekolah menengah yang sanggup bersusah payah. Sejak pindah Sungkai sesekali aku dapat jenguk, itupun kalau masa mengizinkan. Raya cina lepas naik juga aku ke Taiping jumpa teman sebilik sedom sebaik Ija, terus adik aku bawa ke Penang jadinya bergambar sakan kami di Muzium Art Penang. Kadang rindu kawan baik susah senang zaman belajar dulu. Yang ada disisi tetap setia, terima kasih no dan anim setia sebagai peneman di Klang ini. Menyaksikan kawan baik aku naik pelamin raya lepas, sebabkan kawan baik ku turut juga hasrat yati untuk aku apit waktu nikah dan bersanding. Memang dia jarang ada masa untuk aku, aku pun tahu batas kami yang duduk sekampung tapi tinggal berbatu juga. Terima kasih kawan seopis sebab korang penyeri hari2 aku.
Percintaan
Jodoh kan rahsia Allah, mana mungkin kita menidakkan. Rasa macam susah nak percaya dengan semua ni, yang penting kita redha. Maaf sebab tak sempurna tapi tulang rusuk tak pernah tersalah pemilik.
Suka duka 2015 ini memang tenang, semuanya go through. Cara untuk hadapi sesuatu adalah melaluinya. Dah nak habis 2015 ini, tak sangka tahun ini penuh suka duka.
Sekeping gambar beberapa hari lepas dengan adik lelaki tercinta. Ambik angin petang dekat pantai Telok Batik yang sesak dengan manusia yang sedang happy dengan keluarga masing-masing. Wishlist 2016 rasanya memang panjang tapi tak tertaip hari ni. 2014 tahun yang cepat dan 2015 melabuh tirai. Semoga 2016 dilalui dengan baik.

No comments:

Post a Comment