5.1.2015
Jom bersesak di kaunter asb Maybank. Seawal isnin aku da bersesak drive nak parking depan Maybank pun non ada space. Aku pun redha jalan kaki jauh sikit dapat parking jauh. Sampai kot yea penuh maybank kaunter bawah cakap esokla datang arini dah close. Time tu sekitar lunch hour. Korang tahu perasaan time tu monyok beb tak keruan muncong.
Jadinya pagi 5.1.2015 kita pergi semula oleh sebab awal pagi ada meting jadinya hadir meting duluan. Pukul 10.30 habis meting start kete ke Maybank. Dapatlah no 80 siap scan ic bagai dulu kat bawah. Dengar orang kata ada 50 orang kat atas tunggu turn update asb. Naik gak tangga memang sah sesak. No baru 22 padahal den 80. Kira dari 9.30 ke 10.45 cuma 22 nombor aje. Borakla dengan sorang budak ni kata beratur dari pukul 9 tiba dengar diorang dok alih kereta ada saman mpk. Aku pun memang park depan maybank baca Surat saman pukul 10.59 lahai nak wat camno. Start kete balik opis taknak tunggu sebab for sure pukul 1 pun no 80 tak lepas. Lunch hour munculla kembali ke maybank.
Dalam 1.15 kot nombor baru 55 lahai kira baru 30 lebih je gerak. Wasap bos cakap aku kat bank lewat masuk after lunch. Dah no 60 laju pulak maybe sebab kaunter bawah da ambil finger print tadi. Pukul 3 sampailah turn aku. Bila update gulp beb memang sikit banding tahun lepas 7.25 percent lahai. Aku ambil loan asb so berapa loan kita darabkan dengan 7.25 huru hara. Kalau darab pun kurang dari pengiraan kot. Ah lantakla memang aku withdraw 4 angka gak. Nak beli henphone smartphone baru. Dan memacam nak beli. Patutnya ikut strategi simpan je tapi yela kan pantang nampak dividen ke bonus laju je ke bank.
Cuma kalau dividend asyik merundum aku pun telan air liur la gayanya. Kita cuma nak merasa senang sikit dengan adanya pelaburan asb ni. Dengarnya orang macam nak beralih ke tabung haji. Aku ada akaun tabung haji cuma tak menyimpan ke situ lagi. Ingat nak gak simpan sikit sikit.
No comments:
Post a Comment