Thursday, 14 January 2016

Mencuba meatball ikea yang femes

Tajuk kemain, harini dapat perlepasan bos untuk jalan - jalan sempadan kl. Sebenarnya ada urusan dokumentasi dengan jabatan kerajaan. Jadinya kami lunch di Ikea. Kalau nak pergi paradigmall buat apa kan. Fokus nak mencuba meatball ikea yang femes dengar cite sana sini. Ambillah swedish meatball, chicken wing, garlic bread, mushroom soup dan tah apa roti. Then siap bawa bekas untuk take away meatball. Teruja beb, tak pernah jejak ikea katakan.
Nak kata mahal tak sangat murah pun tak sangat kira suitable dengan bajet. Jalan juga dalam ikea dan suasananya macam makro. Tempat yang tak menyediakan beg plastik yea sayangku.
Gambar terpaksa crop kerana dagu berlapis dan buka comot. Hilanglah kejakunanku hari ini dengan meatball ikea. Ikea masih di Damansara maka sesuai sebagai tempat makan best area Selangor. Keluar dari kepompong Klang sekali sekala. Direction ikea senang dekat sejalan sengan kidzania. Sekarang kan ada waze, gps dan seangkatan.

No comments:

Post a Comment