Sila lihat secara senget kerana dirimu begitu berharga. Alhamdulillah dapat juga belikan abah tab walaupun tak mahal macam orang lain. Kita nak tengok orang tua kita seronok dan gembira semampu kita. Orang lain mungkin lain cara. Rasanya elok dibelikan tab besar sikit boleh membaca. Tab Samsung 3v ni pun five hundred something yang cukup best bagi aku.
Paling best bila tengok abah punya espresi muka bila dapat tab. Takla sengih sokmo tapi diam diam senyum siap cakap malam baru nak tengok kang cucu kacau. Sebagai anak itu je boleh buat orang tua gembira dihari tua. Abah tak ada duit pencen cuma bergantung kepada anak anak dan kerja sendiri sikit sikit buat luang waktu. Masih larat nak drive dari Perak ke Klang. Teringat dulu abahlah yang belikan hand phone, memacam jenis abah belikan dari form 6. Tengok hand phone abah macam dah lama tak tukar sekarang take turn yea anak anak bahagiakan hati seorang abah kerana dirimu abah begitu berharga. Kalau arwah mak ada pasti seronok. Alfatihah buat arwah mak.
Phone J1 tu aku punya, reward untuk diri sendiri.
No comments:
Post a Comment