Hanya mampu melihat kamu terbiar
Jauh terbawa lukisan hatimu
Hilang mencari dimana kau pergi
Tinggal aku menahan luka ini
Sampai harusku pergi
Tak sedar menaip lirik lagu potret, bagi aku sendiri potret memang layak di ajl 30. Selayaknya sebuah lagu yang sangat popular dalam carta dinobat juara. Memang lagu potret lama betul juara carta meletop, carta muzik muzik dan carta yang lain. Carta hati peminat macam aku ni pun suka lagu potret. Teringat aku ada satu slot rancangan rasa aku meletop Akim beritahu The Majistret adalah kawan kawan dia sendiri. Nama Akim sendiri Hakim so cetusan majistret sebagai idea nama kumpulan. Lagu yang ada jiwa betul waktu Akim nyanyi live sama macam dengar dekat radio. Bagi aku no point memang tak syak lagi bila Akim buat setup macam kandang mahkamah team dia memang boleh menang persembahan terbaik. Satu idea yang magic, imiginasi yang baik. Bila dinobat juara aku memang agak Akim juara, ye ramai akan kata Faizal Tahir juara, sebab lagu Assalamualaikum trending worldwide. Aku pernah tengok lagu potret kalah dekat Anugerah Planet Muzik hujung 2015 dan lagu Assalamualaikum kaut trofi waktu itu. Betul lagu Assalamualaikum hebat, lagu Potret popular sebab itu Faizal Tahir kalah. Kita perlu tengok undian penonton for sure undi lagu Potret lebih ramai. Jadi aku sangat setuju dengan kemenangan lagu Potret. Memang Caliph Busker boleh menang satu tempat antara anugerah dan mereka betul jadi pemenang. Orang akan kata ajl30 hambar kurang menyengat jadi aku dok perhati lagu yang masuk final kebanyakkan lagu biasa sahaja. Lagu rentak slow dan lagu bersifat keagamaan kalau merujuk kepada lagu Assalamualaikum dan Hanya NamaMu. Lagu cinta itu lumrah, cinta itu anugerah, bukan yang lain tak boleh menang tapi lagu tak menyengat. Yang lain aku rasa macam lagu knock knock cincai aje dapat masuk final kenapalah tak letak terima kasih cinta Tasha Manshahar kan best. Kaka pun biasa, Stacy pun biasa power kat tarian suara tenggelam waktu menanyi. Its ok your future husband winner, the best. Aku perasan Fafau banyak tersasul first sekali dia tersebut Dato Siti menang tahun 1986 kot. Rasanya ajl start 1986 dan sesekali tersasul tapi takpe, agak slow ajl kali ini kerana lagu agak slow banyak dipertandingkan. Paling sempoi Noh hujan angin kencang so sempoi. Memang terbaik setup lagu Potret. Kedewasaan akan membawa seseorang ke alam dewasanya.
Mungkin inilah yang dinamakan cinta lirik lagu Akim zaman keluar AF dulu sekarang nampak kematangan dalam lagu. Macam Tomok dulu lagu kau bagaikan bidadari waktu nak tukar title to be husband dulu. Sekarang lagu aku tahu kau pasti pergi, aku tahu kau akan aku kebumi memang mendewasakan aku sekali. Nampak kita tak boleh nak agak dan meramal masa depan. Ada rasa yang mendalam dalam lagu Potret ni, sesuai untuk orang yang memahaminya. WARNA PELANGI HIASAN TERINDAH.
Hazama lagu sampai mati aku suka chorus dia Andai dunia hancur binasa ku setia sampai mati cintaku tak kan ku menyerah hingga kau buat diriku tahkta di hatimu cuma jangan kita melebihi cinta Allah SWT.
Satu lagi MENENUN KASIH DALAM SEPI YANG TERASING aduh macam mana nak tenun kasih, METAFORA sungguh jadi jatuh cinta aku dengan lagu Potret ni.
No comments:
Post a Comment