Sunday, 28 August 2016

Sayangku Kapten Mukriz

Salam ahad,

Sweet sokmo tengok sayangku Kapten Mukriz sampai berangan melayang-layang. Cantik betul Niena Baharun gaya shawl dia yang stail sweet. Terjebak jugala orang disini. Mana taknya ayu,cantik, kulit mulus dan muka matured sikit dari usia tapi memang terserlah keayuan. Ni Dato Seri Vida kalo buat jadi duta Pamoga Qu Puteh sesuai senegeri pulak tu. Tambah ayu pakaian dia labuh sama ada tshirt, blouse, jubah meme tertarikla nak bergaya macam tu juga. Cuma kak umur macam mu kak kecik molek la keding loni lonjak 10 kilo dah. Kak dok berangan nak beli baju cecantik macam dalam cerita ustaz Mukriz bila Ariana Dahlia bergaya sokmo cantik anggun.
Pergi demi tugas, pulang demi cinta ini meme quote atm tak kira darat, laut  mahupun udara. Semua orang pun tahu cerita drama ini adaptasi novel Anugerah Terindah. Aku pun terpaut tertaut. 

Sweet betul gandingan kali ini tak kenal terus terkenal. Mana nak carik suami beriman macam Ustaz Mukriz ni. 

Aku boleh jatuh cinta berkali-kali dengan lagu black Anugerah Terindah ini. Memang jatuh cinta sangat dengan lirik puitis melekat kat sanubari.

Cerita pun tahu bahawa semua orang tak sempurna. Tapi aku memang jatuh cinta dengan penampilan dan perilaku Niena Baharun dalam cerita ini cuma sebelum kawen yang gedik nakal tu tak semua perempuan berani buat. Tapi takla terlampau sangat kenakalan tu ditonjolkan. Ate doktor tak masuk duty ke selalu benor ponteng keje yea. Tu tak masuk di akal sangat. Kapten Ustaz Mukriz ni smart waktu beruniform sampai jatuh hati dengan keterampikan dan perwatakan dia. Back to realiti, aku bukan doktor dan bakal suami aku pun rasanya bukan title ustaz. Sikit lagi drama sayangku Kapten Mukriz akan hilang dari radar dan yang tinggal adalah memori sebuah drama yang meresap masuk ke jiwa. Perwatakan dan penampilan sebagai isteri solehah itu cantik dan menawan. Adaptasi novel tapi terkesan di hati. 


Saturday, 20 August 2016

Tan Wee Kiong dan Goh V Shem



Baru sebentar tadi sekitar jam 1.10 pagi 20.08.2016 aku melihat kekalahan pasangan beregu lelaki badminton rio 2016 dimana kalah dengan sangat tipis pada set ketiga 22-20 melawan beregu China. Perasaan sedih sangat bercampur baur dalam diri bila aku menonton dari set awal lagi. Mungkin tuah milik mereka yang berbaju merah malam ini kerana sebelumnya penentu final perseorangan wanita badminton dimenangi oleh Milan dari Spain yang berbaju merah. Itu cuma teori yang sengaja diandai oleh kakak aku sendiri. Pada aku mereka pasangan yang tidak diletak harapan tetapi memberikan perak yang cukup berharga di Sukan Olimpik Rio 2016. Satu lonjakan yang hebat buat mereka dan aku rasa perih payah mereka untuk cuba memberikan yang terbaik. Mereka hebat.
Sebenarnya aku sendiri tak ikuti perkembangan sukan negara. Oleh kerana aku mengharungi cuti panjang dalam sepuluh hari ini dan sepuluh hari mendatang, kesempatan inilah untuk aku menyaksikan atlet negara yang bersaing. Bermula dengan kemenangan Pandelela dan Jun Hoong dalam acara terjun seirama yang meraih perak tanpa harapan pingat, kejayaan Azizul Husni dalam berbasikal untuk pingat gangsa yang ditunggu-tunggu dan kejayaan beregu campuran badminton negara  Goh Liu Ying dan Chan Peng Soon yang meraih perak. Atas kejayaan beregu campuran ini banyak artikel utama dikecam masyarakat dengan meletak tajuk "hanya sekadar" atau kata-kata yang tidak memberangsangkan. Bila aku menonton beregu lelaki ini betapa susah payah mereka dalam set semua pencapaian atlet bukanlah "hanya sekadar" tapi kekuatan mereka adalah kebanggaan Malaysia. Baik gangsa, perak mahupun emas yang dinanti, atlet adalah penyumbang setiap kejohanan. 
Pagi tadi sewaktu aku menempuh jem dari Klang ke Shah Alam di atas fly over jambatan menuju ke Shah Alam melalui jalan persekutuan terpampang potret sebesar bangunan wajah beregu campuran badminton no.1 Malaysia yang dipaparkan di bangunan Lhdn Klang. Jika tidak kerana kejayaan yang diraih juga keringat usaha maka tidaklah orang cetek sukan seperti aku ini mengetahui bahawa atlet sukan negara makin cemerlang. Faktor kerja yang sehari hari juga tanggungjawab pada diri, keluarga dan orang di sekeliling menyebabkan fokus aku hanya tertumpu pada kehidupan harian. Paling aku ada masa cuma sekitar jam 7 malam untuk menonton slot Akasia sayangku Kapten Mukriz dan berita jam 8.00 dan selepas itu penumpuanku mungkin lebih kepada kerja rumah dan istirehat. Jika kamu tidak melonjakkan nama kamu sebagai nama besar dalam liputan berita semasa semestinya aku tidak mengikuti perkembangan seperti ini. Aku sedikit kecewa bila melihat Pandelela tidak menang madel untuk individu tetapi bila aku fikir bertapa sukar papan anjal dengan beberapa kali difficult road untuk diatasi seeloknya ayat yang perlu ada "dontgiveup please" disampaikan padanya melalui instagram miliknya. Untuk sukan badminton aku sendiri merasa kagum dengan atlet Malaysia. Sukan sangat menyatukan rakyat. Dato Lee Chong Wei adalah nama besar yang mengkagumkan dan aku sangat suka dengan personalitinya. Dapat mengalahkan Lin Dan tadi di semi final memuaskan hati kita semua. Dibahu Dato Lee Chong Wei masih ada sinar emas buat Malaysia jika luck menyebelahi kita. 
Menonton secara langsung beregu lelaki badminton akhir antara Malaysia melawan China tadi sangat mendebarkan dengan setiap mata berharga. Seolah Tan Wee Kiong dan Goh V Shem memberi mata mudah kepada China tetapi untuk berada di tempat mereka beraksi dengan pencapaian tidak mengaku kalah itu membanggakan. Kalah dengan sangat bermaruah dan membanggakan rakyat Malaysia. Olimpik Rio 2016 ini sangat bererti buat Malaysia kerana pungutan pingat terbanyak dalam sejarah negara setakat ini memecah rekod. Aku betul-betul mengharapkan luck pada pasangan beregu lelaki tadi tapi buat Goh V Shem dan Tan Wee Kiong hayati lirik lagu kesukanan ini
Andai engkau jatuh
Jangan engkau lemah kerana hidup mengajar kita jangan pernah mengalah
Bina yakin diri
Mampu kita lakukan tiada yang mustahil segalanya boleh
Kita bersama meraikan Malaysia

Dan

Jika kau fikirkan kau boleh
Kau boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu usahamu tidak menentu

Selamat malam Malaysia dari sudut aku yang sedang bercuti panjang ini semoga atlet Malaysia maju terus maju.

Terima kasih Pandelela Rinong
Terima kasih Cheong Jun Hoong
Terima kasih Azizulhasni Awang
Terima kasih Goh Liu Ying
Terima kasih Chan Peng Soon
Terima kasih Tan Wee Kiong
Terima kasih Goh V Shem
Terima kasih Dato Lee Chong Wei

Terima kasih buat semua atlet Malaysia di kejohanan Sukan Olimpik Rio 2016.

Dalam apa jua bidang dan tanggungjawab kita akan menempuh susah senang, jatuh bangun, kekalahan juga kemenangan. Sikap positif dan persekitaran positif akan membantu kita untuk tidak berputus asa dan kuat.

Nota kaki: do no why, aku suka tengok penampilan Liu Ying sebab aku rasa dia cute, cantik dan manis. Nak berangan sekali imbas nampak macam Liu Ying versi gadis melayu mix cina. Aku suka tengok muka dia x ada riak stress and maintain cute dan comel. 

Monday, 8 August 2016

Restoran Kukus Sungai Bertik Klang


Susur tepi sungai Klang area Sekolah Menengah Hishamudin lama ada sebuah restoran baru dengan konsep klasik zaman bujang lapok. First ajak member try satu set tempoyak ikan patin bahagian badan rm13 menjadikan mataku terbeliak dengan kuantiti makan dua orang. Cungap nak habiskan dan member pekena set nasi kukus ayam goreng rempah rm6.50. Set ini air teh ais foc. Suasana restoran macam senibina kedai lama dari pelbagai sudut. Kerusi mejanya dari kayu papan, staff pun pakai songkok tinggi, ada congkak disediakan, air gas dalam botol kaca dan aneka barangan klasik dipamer dengan alunan lagu klasik. Esoknya bawa family pula nak kasi abah merasai nikmat restoran stail kampung ini.
Reaksi abah sangat kagum, mengamit memori zaman kanak-kanak abah waktu tinggal di rumah arwah onyang lelaki dan perempuan dulu. Abah teringat arwah atok dan opah yang banyak membesarkannya. Abah order set roti dan kari kaki ayam rm3.50 tapi bila tengok kami makan set nasi kukus ayam rempah selera abah pun datang juga. Bertambah kami order dua mangkuk kari kaki ayam lagi. Kata abah susunan dinding papan mengingatkan abah pada rumah arwah mertuanya yakni ibubapa arwah mak tapi suasana dalam restoran itu sangat mengamit memori rumah lama arwah moyang. Ada juga sisi yang seolah kedai cina zaman dulu. Airmata abah juga bergenang teringat arwah moyang dan arwah atok. Kalau arwah atok ada mesti seronok ke sini. Percaya tak korang yang roti kari kaki ayam dah macam cerita bujang lapok tau yang waktu rumah diorang terbakar dan bujang lapok makan roti cicah kari kat tepi jalan tu. Kata abah mujur tak hidang macam cerita bujang lapok kari letak dalam tin susu.
Baru 4 bulan beroperasi dan waktu malam ada menu tambahan yang lain. Kata abah makanan persis chef masak kami makan bukan tahu menilai pun.
Penghias muka depan kali ini Kudin (anak buah) dan Acu (adikku)

Tak sangka restoran baru buka 4 bulan ini mengamit memori zaman budak-budak abah. Abah cuma muda sedikit usia dari Dato Lat kampung boys yang berasal dari Kota Bharu Perak itu dan kampung abah pun berjiran dengan Kota Bharu. Jika nak cari kelainan dengan harga berpatutan, datanglah ke Restoran Kukus.