Sunday, 30 October 2016

Pengalaman cari kerja guna jobstreet

Assalamualaikum
Alhamdulillah satu fasa baru dalam dunia pekerjaan apabila aku dapat kerja melalui jobstreet. Apa itu jobstreet pada aku ia adalah laman sesawang/website informasi jawatan kosong di Asia. Tapi aku tetap pilih kerja di daerah Klang ini. Secara purata untuk dua bulan setengah ini aku cuma dipanggil temuduga oleh tiga buah syarikat iaitu di Shah Alam, Telok Gong dan Kapar. Akhirnya aku berjaya juga menempatkan diri sebagai staff baru di sebuah company manufacturing. 

Orang kata usaha tangga kejayaan, lantakla orang nak kata bukan mudah nak dapat temuduga jobstreet tapi hati kena kuat dan cekal untuk dapat pekerjaan di laman sesawang ini. Paling penting kaji tempat sebab selalunya jawatan kosong yang ditawarkan jobstreet terletak di kawasan perindustrian dan calon perlu ada kenderaan sendiri untuk ulang alik. Memang betul dalam tempoh dua bulan setengah ini lebih seratus kali aplly di jobstreet cuma tiga interview yang dipanggil.  Dua bulan menganggur akhirnya berjaya juga. Terima kasih jobstreet kerana informasi anda telah berjaya menarik company menemuduga saya dalam krisis kewangan yang baru bermula memberi impak. Semoga cabaran kos hidup dapat dihadapi dengan baik. 
Berbalik kepada permohonan kerja saya di jobstreet, sebenarnya saya dah tak impikan mengejar gaji yang tinggi, jawatan yang hebat mahupun overtime yang mengila. Saya dah lalui semua itu dahulu sebelum saya mencari jawatan work life balance iaitu kerja cuma isnin hingga jumaat dan wekend merupakan hari cuti. Itulah yang saya impikan dan dimakbulkan Allah SWT. Waktu saya aplly saya memang pilih waktu bekerja weekdays supaya ada kerehatan dua hari. Saya meletakkan expected salary lebih rendah dari jangkaan dan sewaktu temuduga mengisi form syarikat saya meletakkan permohonan gaji lebih rendah dari apa yang saya minta di jobstreet sebagai satu strategi untuk mendapat kerja. Yang menyuruh saya berbuat demikian adalah sifu saya aka kakak saya. Biarpun pengalaman saya sudah 8 tahun tapi tak semestinya saya perlu demand.
Jobstreet juga menekankan pengalaman kerja atau skill. Oleh kerana saya fasih sistem perakaunan syarikat maka kelayakan saya adalah lebih melalui pengalaman. Pengalaman akan memberi kamu satu bonus untuk senang dapat kerja. Oleh kerana saya sudah tak boleh lari bidang, saya tetap berada di bidang yang sama sewaktu memohon di jobstreet. Pengalaman saya yang mahir sistem kewangan membantu saya sewaktu sesi temuduga. Jangan sesekali putus asa dalam memiliki pekerjaan. Tanpa saya sangka jobstreet membantu saya memiliki pekerjaan kini walhal saya daftar akaun jobstreet sejak 2009 yang lalu cuma tahun ini saya mengunakan aplikasi informasi pekerjaan dari jobstreet. Buat semua pencari kerja, jobstreet adalah lubuk mencari kerja, jangan terlampau memilih disaat ekonomi negara tenat. Semoga berjaya juga hendaknya dan sentiasa positif. Sesungguhnya pekerjaan adalah satu ibadah. Jika beroleh kesempatan ingin saya meluahkan sebab saya berhenti kerja yang lebih kepada masalah ekonomi, kemerosotan sales dan profit menurun. Pesanan saya buat semua jobstreet adalah medan mencari kerja yang hebat buat kamu. Wahai adik-adik janganlah kamu memilih pekerjaan walaupun kamu mengenggam segulung diploma mahupun ijazah dan selepas memiliki pekerjaan perlulah berfikirlah untuk bekerja tetap dan sentiasa berusaha untuk bekerja dengan baik namun jika kamu dimaki dan dihina sebagai staff kamu mempunyai pilihan untuk meneruskan atau bertahan kerana rezeki dalam bidang kerjaya ini adalah di tangan Allah SWT. Apa jua ketentuan baik rezeki, ajal, jodoh dan pertemuan adalah dibawah kehendakNya. 

Sunday, 23 October 2016

Tiga puluh dua tahun

23 oktober 2016 genap 32 tahun menjadi manusia bumi di tahun masihi. Dilahirkan jam 5.25 pagi, semoga dipermudahkan setiap urusan dunia dan akhiratmu Azura.



Selamat hari lahir kepada semua yang scorpio team.

Sunday, 9 October 2016

Bulan Harijadi


Masuk bulan harijadi.
1438 hijrah dah bermula pada 2 oktober lepas. Nampaknya bulan oktober ini bulan harijadi buat aku dalam kalender hijrah dan masihi. Selalu bila masuk bulan harijadi yakni oktober, dah tergambar hujung tahun di mata aku. Hujung bulan ini hari lahir aku dan kebiasaan pada sekitar berdekatan hari lahir aku belanjawan Malaysia akan dibentang. Tahun ini memasuki fasa bajet 2017.
Bajet 2017
Apakah yang akan berlaku pada diri aku pada tahun 2017? . Entah aku pun tak tahu apa yang tersirat mahupun terkandung. Korang tahu ekonomi Malaysia sedang goyang dengan harga barang mahal. Sebagai contoh aku selalu pada wekend aku beli stok ikan dan ayam di kedai Acheh, selalunya ikan pelaling sepanjang tapak tangan dalam 6 ekor sahaja RM7.00 dan aku terpinga. Setengah ekor ayam pada kadar RM10 dan ikan kembung besar 3 ekor sahaja cecah RM10. Tapi sebenarnya kalau aku ke pasar pagi ikan pelaling sekilo RM3.00 sahaja apakah oh apakah. Cuma aku perlu sanggup ke pasar pagi bukannya ke kedai Acheh terdekat. Oh malasnya, mungkin aku tak berkeluarga besar hanya masak untuk diri sendiri sahaja nak dibanding jiran aku yang bermenantu dan bercuxu. Sejak ekonomi teruk aku dah mula pandai beli sekarung bawang besar, cili dan bahan kering di pasaraya borong paling murah ditempat aku. Hanya lauk basah sahaja aku beli di kedai berdekatan rumah. Setidaknya aku belajar berjimat. Walaupun lari tajuk tapi apakan daya.
Apakah yang aku harapkan di penhujung 2016 ini?
Aku harap mampu bayar kereta myvi aku secara tetap. Aku harap aku mampu bangun pagi untuk masak nasi dan lauk buat adik aku dan diri aku sendiri. Aku harap ekonomi aku semakin kukuh. Walaupun dalam dua bulan ini sedikit goyah ekonomi aku tetapi aku tetap kuat bertahan dan sabar. Aku harap segala yang aku hajat dan impikan dipermudahkan semuanya. Semuanya tak mudah. Sifat perangai aku yang macam harimau ini dapat aku perbaiki. Tergamam aku tadi bila maklong aku kata tadi mesti kamu naik angin bila satu benda tak jadi. Oh ya aku memang suka naik angin tak semena.
Jika kamu lahir di bulan oktober, kamu seorang yang memilih jalan tengah. Seperti aku juga mereka yang dilahirkan pada bulan oktober berciri kepimpinan. Aku dilahirkan sebagai anak ketiga yang berciri api, dilahirkan di bulan muharam yakni bulan pertama dalam kalender hijrah dan berbintang kala jengking mengikut zodiak barat yang menyengat. Itu semua melambangkan ciri peribadi seseorang tapi tidak sepenuhnya. Perasaan gagal memyebabkan aku agak jatuh tersungkur tapi gagah lagi untuk aku terus berjalan mempertahankan segalanya.
Akhir kata aku sendiri suka menghayati lirik lagu cinta digarhayu ini
Ku terima segalanya
Namun tak aku menyerah
Kupasti ada jawabnya
Kuterima segalanya
Semua dan sesungguhnya
Cinta digarhayu
Cinta kau dan aku.
.
Aku tertinggal naskhah ini di office lama. Tak mengapa biar ini dimanfaatkan oleh orang lain juga.