Saturday, 30 December 2017

Qada dan Qadar

Fahamilah 7 perkara dalam hidup kamu: 

1. Apabila meninggal dunia ayah kamu , maka matilah pimpinan dan nasihatnya...

2. Apabila meninggal dunia ibu kamu, maka terpadamlah cahaya kelembutan belaian dan tunjuk ajar nya...

3. Apabila meninggal dunia abang kamu, maka longlailah cita2 yg dikongsi bersama...

4. Apabila meninggal dunia kakak kamu, maka hilanglah senyuman kasihnya...

5. Apabila meninggal dunia adik2 kamu, maka hilanglah tempat tumpang kasih, nakal, gurauan dan keceriaanya...

6. Apabila meninggal dunia pasangan kamu, maka pudarlah perkongsian harapan, perasaan dan keceriaannya...

7. Apabila meninggal  dunia sahabat kamu maka pudarlah sinar nasihat dan doa tulus dari bersih hatinya...

Ketahuilah.... hidup ini sangat singkat utk kedengkian, kemarahan, kebencian dan memutuskan hubungan kerana ESOK semuanya hanya tinggal kenangan. 

Maka..
senyumlah, berlapang dadalah, maafkanlah sesiapa yang menyakitkan kamu lantaran kita tidak tahu.... bila kita akan berangkat ' meninggalkan' dunia yg fana ini....

Andai kamu melihat kanak-kanak yang sedang bermain, itulah masa silam kita.

Andai kamu melihat orang tua yang berjalan menggunakan seluruh kudrat kerana tidak larat. Maka, itulah masa depan kita.

Andai kamu melihat pula jenazah yang sedang diusung ke tanah perkuburan. Maka, ingatlah itulah nanti pengakhiran hidup kita didunia ini.

----

Sila share jika bermanfaat.

#motivasidiri
#kematian


Aku copy paste dari page motivasi diri. Sebelum ending year 2017, aku sepertinya tak menanam sebarang azam untuk tahun 2018. Setakat welcome 2018, go with the flow. Untuk semua rakan tersayang dah join ending dinner, perjumpaan dan makan-makan. Untuk keluarga yang diutamakan dah hantar abah naik train to kl sentral kemudian abah naik ets ke kampung khamis lepas. Itu pun dah lebih dari cukup tengok semua happy. Duka keluarga atas perginya adik perempuan aku 21 ramadan lalu memang masih tergambar pada setiap raut wajah kami. Setiapkali aku keluar enjoy dengan member adik akulah yang paling bad mood dan akan plan memacam untuk trip kitaorang pulak dan sekarang dah tak ada lagi nakal arwah. Tiap kali cuti hujung minggu atas cuti panjang memang berjalan dengan adik dan aku tak reti lagi berjalan tanpa dia tapi aku try to be positif.  Memang aku pendam sebuah duka yang teramat mendalam.

Setiap kali pergi kerja, aku akan lalu tanah perkuburan yang menempatkan mereka yang telah pergi dan di situ juga adik aku ditempatkan. Selalunya pada setiap hari khamis atau jumaat waktu balik kerja, aku akan singgah ziarah kubur adik aku dan kawasan tanah perkuburan penuh dengan manusia yang berziarah seperti aku. Walaupun aku cuma baca doa dan sedekah ayat lazim, cabut rumput dan kemaskan kubur adik tapi itu dah cukup buat hati aku lega. Aku memang rindu sangat pada setiap perbuatan dan pergerakan dia pada aku.  Tanpa aku sedar aku juga menuju kematian satu hari nanti.  Sampai aku rasa dunia aku gelap dah tua nanti nak duduk dengan sape lagi kalo bukan dengan dia kalau aku tak kawen2 sampai tua. Kalau aku kawen banyak yang dalam angan2 aku memang dia perlu ada. Perlu ada dalam masa depan aku macam manapun hidup aku ke depan yang masih jadi rahsia Allah. Aku lepaskan dia dengan redha dan aku rasa terasa kehilangan. Dan sekarang, aku belajar untuk banyak berdikari dan banyak melepaskan apa yang aku tak mampu gapai. Hingga aku tak tahu nak tanam azam apa sempena 2018, tak ada apa yang aku pinta. Aku hanya hamba Allah yang kerdil lagi hina yang meminta-minta padaNya. Aku mohon pada Allah semoga keluargaku sakinah mawadah warahmah. Aku minta pada Allah tempatkan arwah mak dan arwah adik aku ditempat yang paling bahagia sebab aku dah tak mampu dan memang aku tak mampu. Aku mohon pada Allah pertemukan semua yang aku sayang di SYURGA. Aku benar-benar berharap Allah jagakan semua yang aku sayang didunia hingga akhirat.   Sesungguhnya aku percaya hidup dan matiku dibawah rencana Allah SWT.
Amin.


Friday, 17 November 2017

Kisah bayaran balik pinjaman pelajaran Mara dan Ptptn melalui Kwsp

Aku kongsikan kisah pembayaran pinjaman pendidikan Mara dan Ptptn melalui simpanan kwsp. Satu hari aku dapat call dari pegawai Mara mengenai pinjaman pendidikan aku yang tertunggak. Bukanlah kali pertama aku kena untuk bayar baki pinjaman Mara tapi aku memang selalu culas tak seperti bayar kereta mahu bank da ugut macam-macam. Entah macam mana pegawai Mara cakap pada aku "apa kata guna pengeluaran pendidikan kwsp ". Aku pun minta maaf kat pegawai Mara tu sebab aku tahu ini salah aku berhutang walau bertahun dah bekerja. Pegawai Mara suruh aku isi borang pembayaran balik pinjaman pendidikan Mara melalui kwsp. Dia email ke alamat email aku dan aku perlu sertakan salinan kwsp terkini dan katanya dalam tempoh sebulan aku boleh dapat feedback semula dari Mara untuk bawa surat tersebut ke kwsp. Aku isi borang dan email ke Mara dalam hujung september hinggalah dah hujung oktober macam pelik aje aku rasa sebab ada seorang kawan aku kata macam ada something sebab ada juga kawan atas kawan lain yang buat dapat surat dari Mara ke rumah dalam tempoh seminggu dua. Boleh kata setiap hari isnin sejak aku email untuk pembayaran balik Mara mesti ada team akan call tanya sama ada aku da dapat surat atau belum dan jawapan aku of coz belum lagi. Sebab seorang kawan ada cakap maybe ada problem dalam submittion aku jadi aku majukan email semula dari email hujung september aku forward kepada Mara beritahu yang aku tak dapat sebarang keputusan dari pihak Mara. Hari yang sama juga pegawai Mara call aku kata permohonan aku telah dimajukan ke bahagian seterusnya tapi mungkin sekarang ada clash dalam system Mara dengan Kwsp. Pegawai Mara kata kat aku kalau nak lagi cepat dan mudah "puan ada iakaun tak". Aku jawab ada then pegawai tu kata daripada system iakaun kwsp ada bahagian pengeluaran pendidikan dimana kwsp yang akan hantar kepada Mara maklumat aku yang nak buat pengeluaran Kwsp untuk pendidikan. Jadi dari asalnya Mara yang akan keluarkan surat kepada kwsp dah twist kepada kwsp yang akan hantar maklumat kepada Mara. Percayakah anda situasiku.
Pegawai Mara siap baik hati ajar aku guna iakaun walaupun dia tak mahir. Seminggu lepas tu dia call aku lagi tanya adakah aku dah bua permohonan pengeluaran pendidikan untuk bayar Mara tempoh hari dan aku jawab "ya puan". Pegawai Mara kata ada tak sebarang sms dari kwsp sampai dan jawab aku "tak ada". So dia suruh aku login iakaun dekat bahagian massage sekuriti untuk tengok status permohonan aku. So aku login dan memang tak ada permohonan aku sebab aku salah isi borang permohonan secara manual 'cheese cake'. Barulah aku ternampak button permohonan baru dan aku isi dengan jayanya untuk settlekan penuh hutang Mara dan Ptptn. Alhamdulillah akhirnya aku berjaya submit permohonan dan kedua-duanya lulus untuk aku bayar melalui akaun kwsp. Aku dapat sms dari kwsp minta aku datang ke kwsp untuk pengesahan cap jari dan bawa transkrip. 
Alhamdulillah terima kasih pegawai Mara yang bantu aku zero to hero. Pengalaman berharga aku dalam menyelesaikan hutang ke Menara Gading dulu. Jadi mudahlah score ccris dan high score ctos aku moga jadi high kali ini.  Niat yang baik akan menghasilkan penghasilan yang baik.

Sunday, 8 October 2017

Sample percuma Malaysia

Aku nak keluar dari topik, keluar dari pelbagai rencah kehidupan, keluar dari ruang lingkup kehidupan dan menerima semua ketentuan qada dan qadar Allah SWT. Alhamdulillah masih berusaha untuk cekal hati menerima ketentuan Allah SWT. Hidup perlu diteruskan di zaman ekonomi jatuh dan harga melambung waktu ni. Asalnya kakak yang join isi sample dan terbukti dapat banyak sample susu, sabun dan aneka barangan sample. Jadi aku join juga tak lama dalam tak sampai sebulan dapat sample susu anlene, lepastu sample coklat lepastu dapat sample kotex dan aku pun ambil kesempatan yang ada isi semua sample yang boleh aku isi. Walaupun sekadar sample tetap berharga di mata kita, kalau dapat banyak sample pencuci muka dah tak payah beli pencuci muka kan. Setiap sample ini pun berharga boleh jadi travel pack sebab lebih mudah dibawa travel. Ada sample perfume, sample ubat gigi, sample makanan dan aneka sample. Buat yang nak join boleh follow SAMPLE PERCUMA MALAYSIA 2018 di facebook.

Selamat Mencuba

Sunday, 11 June 2017

16 Ramadan 1438 Hijrah bersamaan 11 Jun 2017

Ahad.


Esok Nuzul Quran bersamaan 17 Ramadan 1438H, sekejapnya rasa ramadan dan dipertengahan. Puasa, sahur, tarawih dan qiamulai semuanya dilakukan dibulan ramadan barakah. Bulan penuh bermakna buat umat Islam. Sedar tak, kita di pertengahan tahun 2017. Rasa masa cepat berlalu. 
Alhamdulillah ramadan kali ini aku masih kuat menjalani ibadah puasa dan bangun sahur. Indahnya berada di bulan mulia, semoga bulan penuh mengampunan Allah SWT ini gugur dosa-dosa yang kita lakukan dan doa kita selama ini dimakbulkan. 
Tahun ini ala kadar sahaja berbuka dan bersahur, sesekali aku ke bazar ramadan untuk membeli juadah, paling aku suka kuih tepung pelita atau limas. Sedap di tekak aku ini. Teringin juga murtabak tapi tak membeli lagi, bubur lambuk pun tak ambil di surau setiap ahad ada sedekah pada penduduk tapi tak ada kesempatan nak mengambilnya. 
Alhamdulillah berkesempatan juga aku terawih di bulan ramadan walaupun hanya sekali di malam kedua ramadan, insyaAllah nak lagi jejak surau menunaikan terawih di bulan mulia ini. 
Buat korang selamat menjalani ibadah puasa. Pelbagai kisah ingin aku catat tapi kadang tugas dan tanggungjawab banyak yang perlu diutamakan. Sekadar catatan rindu pada blog sendiri yang masih rapi dan indah di mata ini. Semoga kita semua dibawah lindungan Allah SWT.

Sunday, 21 May 2017

NH True Love Raya 2017



Cinta itu membebaskan
Jika ia kembali itulah Cinta Sejati

Sebuah kisah cinta Neelofa yang diterjemahkan dalam penceritaan. Orang boleh menilai kisah cinta yang dia lalui. NH True Love juga memperkenalkan kempen raya Nealofar Hijab dengan 10 koleksi baru. Bijaknya Neelofa memperindahkan jalan cerita singkat dengan memasukkan semua kepentingan sebagai duta produk baik seperti Yess, Mcd, Titan dan Oppo. Terselit sebenarnya bukan sekadar kita tengok kisah cinta. Itu sahaja yang dapat aku nilai dengan menontonya dua kali ini. Video ini juga melonjakkan nama syarikat beliau NH Prima International Sdn Bhd secara tak langsung.  Teringat dahulu bermulanya Neelofa dengan produk kasut dan BellaVita sebelum adanya Nealofar Hijab. Syabas Neelofa kamu hebat.
Setiap kejayaan dalam hidup perlu ada keluarga yang mendorong lagi menguatkan. Ketahuilah cinta itu perlu bagi makhluk yang dilahirkan berpasangan. Sesungguhnya jodoh itu telah tertulis di Luth Mahfuz. Semoga Allah swt menghadiahkan aku juga kamu cinta sejati itu.








Tuesday, 2 May 2017

Shawl Miss Charm NaelofaHijab 2017

Persiapan raya part 1

Masa berjalan cepat sangat terasa sangat bila dah berada di bulan mei 2017. Puasa pula hujung mei 2017.
Rasa dah lama nak beli sehelai shawl naelofahijab jadi try beli online untuk raya nanti. Aku pun mula follow intagram @naelofahijab untuk usha design berserta price sangat berkenan dengan dezzle raya korean chiffon bertatah batu swaroski tapi harga memang ketap  bibir. Belek intagram @nealofahijab nampak design miss charm dengan alphabet pendant yang berharga RM60 sebab teringin aku shopping online sehelai buat shawl raya. 

Aku pilih deco rose. Ada rezeki lebih aku belilah lebih tapi kalau rezeki sehelai dah memadai untuk melaram raya nanti. Awalkan aku dah beli. Faktor ini aku kira sebab waktu suntuk takkanlah aku ada masa nak jejak kaki ke @naelofahijab ttdi atau republika. Online shopping dah memadai. Masuk website naelofahijab dan beli dan ada kos penghantaran. Ada hati nak beli inner tapi tak pandai aku belek website naelofahijab tu nanti aku try cuci mata kat lazada kalaulah ada. Naelofahijab dah keluarkan koleksi ramadan, cantik macam harganya juga. Persiapan nak sambut puasa dah aku mulakan dengan beli barang dapur. Untuk raya, persiapan cat rumah seawal 3 bulan lepas dah aku mulakan akhirnya habis juga walaupun tak habis mengecat lagi. Doakan aku dimurahkan rezeki dan dalam rahmat Allah SWT senentiasa. Buat korang semua selamat bersiap menempuh ramadan yang bakal tiba. Seronok dan sebak hati ini.  Rindu pada blog tetapi kekangan masa menyebabkan aku lebih ringkas membaca di media sosial dan inilah kehidupan manusia. Yang penting rasa gembira dengan apa yang kita lakukan.


Saturday, 4 March 2017

Besday Abang Bomba

Kisah da lama sejak hujung tahun lepas cuma masa kadang tak ada nak diperuntukkan. Sempena besday abang bomba sebagai makcik aku belikan sebiji kek abang bomba. Kek ini pun aku beli secara on the sport je sebab tu rupanya macam abang JKR. Tak apa asal bahagia dan abang bomba yang masuk 9 tahun pun bangga sebab tak pernahla makcik dia belikan kek besday mahal begitu.
Wah inilah kek abang bomba walaupun rupanya ala2 abang JKR. Chill sudah.

Abang yang request tulis kat ataskek Happy Besday Abang Bomba. Tengokla muka abang time tu seronok sakanla. Abang baju belang biru dengan sepupu Danish 8 tahun kemain sado. Untuk menyerikan lagi kek abang maka aku dengan mak dia pergila mencari kereta bomba mainan display kat kek. Hebatkan idea kitaorang. Untuk meraikan seisi keluarga kita sambut dekat shellout d'raja KRU dekat Kampung Raja Uda. Kita belanja family makan besar sempena hujung tahun.
Semua pun family terdekat. Sekali sekala makan besar paling menjadi kenangan bila bebudak bole hilang kejap kat shellout d'raja kru tu pergi masuk reramai 4 orang. Memang sabar jela mak2 pak2 diorang. Atok nenek pun gembira seronokla semua malam tu sempena sambutan besday anak buah yang sulung. Semoga jadi kenangan indah buat Darwisy si abang bahawa semua orang pun sayang dia. Indahnya dunia dengan ikatan kekeluargaan. 

Sunday, 22 January 2017

Pantai Tanjong Biru PD

01.01.2017
Tahun yang baru berkenan ke pantai tanjong biru aka blue lagoon. Eh pantai tanjong biru ke pantai teluk biru musykil sendiri selalu cuma tahu pantai teluk kemang. Saja sempena cuti tahun baru walaupun dah nak hampir ke hujung januari baru nak bercerita.

Matlamat dan harapan masih sama untuk dikejar. Mohon dipermudahkan segala urusan dipanjatkan kepada Yang Esa.
Banyak perkara berlaku dan berubah, contohnya kerja dah baru bukan segaja tukar environment tapi ekonomi sekarang tak stabil dan bermacam peristiwa nak dikongsi tapi baik dipengang erat.
Semoga tahun baru ini baik - baik sahaja.  Bukan usia sahaja bertambah tapi usia kereta juga, semoga tahu ini dapat capai impian nak beli rumah sendiri, insyaAllah.