1. Apabila meninggal dunia ayah kamu , maka matilah pimpinan dan nasihatnya...
2. Apabila meninggal dunia ibu kamu, maka terpadamlah cahaya kelembutan belaian dan tunjuk ajar nya...
3. Apabila meninggal dunia abang kamu, maka longlailah cita2 yg dikongsi bersama...
4. Apabila meninggal dunia kakak kamu, maka hilanglah senyuman kasihnya...
5. Apabila meninggal dunia adik2 kamu, maka hilanglah tempat tumpang kasih, nakal, gurauan dan keceriaanya...
6. Apabila meninggal dunia pasangan kamu, maka pudarlah perkongsian harapan, perasaan dan keceriaannya...
7. Apabila meninggal dunia sahabat kamu maka pudarlah sinar nasihat dan doa tulus dari bersih hatinya...
Ketahuilah.... hidup ini sangat singkat utk kedengkian, kemarahan, kebencian dan memutuskan hubungan kerana ESOK semuanya hanya tinggal kenangan.
Maka..
senyumlah, berlapang dadalah, maafkanlah sesiapa yang menyakitkan kamu lantaran kita tidak tahu.... bila kita akan berangkat ' meninggalkan' dunia yg fana ini....
Andai kamu melihat kanak-kanak yang sedang bermain, itulah masa silam kita.
Andai kamu melihat orang tua yang berjalan menggunakan seluruh kudrat kerana tidak larat. Maka, itulah masa depan kita.
Andai kamu melihat pula jenazah yang sedang diusung ke tanah perkuburan. Maka, ingatlah itulah nanti pengakhiran hidup kita didunia ini.
----
Sila share jika bermanfaat.
#motivasidiri
#kematian
Aku copy paste dari page motivasi diri. Sebelum ending year 2017, aku sepertinya tak menanam sebarang azam untuk tahun 2018. Setakat welcome 2018, go with the flow. Untuk semua rakan tersayang dah join ending dinner, perjumpaan dan makan-makan. Untuk keluarga yang diutamakan dah hantar abah naik train to kl sentral kemudian abah naik ets ke kampung khamis lepas. Itu pun dah lebih dari cukup tengok semua happy. Duka keluarga atas perginya adik perempuan aku 21 ramadan lalu memang masih tergambar pada setiap raut wajah kami. Setiapkali aku keluar enjoy dengan member adik akulah yang paling bad mood dan akan plan memacam untuk trip kitaorang pulak dan sekarang dah tak ada lagi nakal arwah. Tiap kali cuti hujung minggu atas cuti panjang memang berjalan dengan adik dan aku tak reti lagi berjalan tanpa dia tapi aku try to be positif. Memang aku pendam sebuah duka yang teramat mendalam.
Setiap kali pergi kerja, aku akan lalu tanah perkuburan yang menempatkan mereka yang telah pergi dan di situ juga adik aku ditempatkan. Selalunya pada setiap hari khamis atau jumaat waktu balik kerja, aku akan singgah ziarah kubur adik aku dan kawasan tanah perkuburan penuh dengan manusia yang berziarah seperti aku. Walaupun aku cuma baca doa dan sedekah ayat lazim, cabut rumput dan kemaskan kubur adik tapi itu dah cukup buat hati aku lega. Aku memang rindu sangat pada setiap perbuatan dan pergerakan dia pada aku. Tanpa aku sedar aku juga menuju kematian satu hari nanti. Sampai aku rasa dunia aku gelap dah tua nanti nak duduk dengan sape lagi kalo bukan dengan dia kalau aku tak kawen2 sampai tua. Kalau aku kawen banyak yang dalam angan2 aku memang dia perlu ada. Perlu ada dalam masa depan aku macam manapun hidup aku ke depan yang masih jadi rahsia Allah. Aku lepaskan dia dengan redha dan aku rasa terasa kehilangan. Dan sekarang, aku belajar untuk banyak berdikari dan banyak melepaskan apa yang aku tak mampu gapai. Hingga aku tak tahu nak tanam azam apa sempena 2018, tak ada apa yang aku pinta. Aku hanya hamba Allah yang kerdil lagi hina yang meminta-minta padaNya. Aku mohon pada Allah semoga keluargaku sakinah mawadah warahmah. Aku minta pada Allah tempatkan arwah mak dan arwah adik aku ditempat yang paling bahagia sebab aku dah tak mampu dan memang aku tak mampu. Aku mohon pada Allah pertemukan semua yang aku sayang di SYURGA. Aku benar-benar berharap Allah jagakan semua yang aku sayang didunia hingga akhirat. Sesungguhnya aku percaya hidup dan matiku dibawah rencana Allah SWT.
Amin.
No comments:
Post a Comment