Tuesday, 6 November 2018

Kundasang yang diimpikan

6.10.18

Selepas singgah di Pekan Nabalu, seriusly Pekan Nabalu juga tanah tinggi yang sejuk amat. Tempat beli belah yang best sebab murah tapi makanan memang tiada galakan mungkin kawasan tersebut bukan beragama Islam. Bergerak ke Ranau banyak orang jual sayur segar yang murah. Geng sis turun beli sayur untuk makan malam. Then bergerak ke Pekan Kundasang ada orang jual sayap ayam sedap hoi. Barulah naik bergerak ke atas homestay kami.



Jam dah pukul 6 petang memang jet lag lah tapi team mak2 masak sardin dan sayur secepatnya. Kat luar homestay riuh orang bbq. Homestay yang very cantik tertarik da bomb. Korang mesti cuba ke homestay sulap dekat Kundasang mengadap gunung Kinabalu. Then dah malam baru kami keluar ada makcik dari Sabah kasi kami makan bbq juga sesi bersembang semuanya. Rasa macam dah cerita pada entri lepas bila memei nak turun sungai makcik tu tak kasi memalam. Lepaklah kami di luar. Esok paginya macam kata makcik tu 5.30 view gunung kinabalu tersangat cantik.
Dari camera hpku belum pukul 6 pagi secantik ini.

Memang kagum cantik. Tapi sis turun lambat bersiap lambat sebab bilik air 1 je maka lambatlah keluar snap pic berview gunung kinabalu. Memang cantik. Kitaorang pun bekpes kat port bbq pagi nan indah sejuk kebedian. 

Sebelum tour guide datang pukul 9 kami pun ambil kesempatan turun tengok sungai menurun anak tangga. Sungai yang kalau kami tahu ada awal lagi kami mandi sungai. Tak terkata bestnya kami menginap di Kundasang. Ada rezeki rasa nak bercuti ke Kundasang lagi mungkin lebih lama dua tiga malam. So bersambunglah perjalanan kami di hari kedua di Sabah.

Monday, 17 September 2018

Train To Taiping untuk Ija Wedding Day

19.08.18
Tarikh bersejarah Ija my sahabat melangsungkan perkahwinan. Banyak sis fikir then Allah SWT permudahkan untuk sis hadir di hari bersejarah kawan baik zaman kolej sis ini. Sis akhirnya pilih naik train ke Taiping dan dua orang sahabat zaman kolej sis dari Pahang dan Johor telah sampai awal dan sewa kereta myvi. Alhamdulillah lancar perkahwinan sahabat sis dan memang Ija happy sis datang.
Dari kiri Balkis dan Daniel anaknya, sis, Ina dan Diah. Mini reunion kolej sis.
Kita selfie dengan pengantin baru 

Getting Old Together sahabatku

Memang kami ambil kesempatan bergambar kelagi lagi

Berdua denganku pasti lebih baik. alhamdulillah ija dah sah jadi isteri orang


Depan umah pengantin ada sawah padi baru pas tuai. kami team bersahabat dok merasa juga jejak sawah padi


Persahabatan itu indah, walau ramai yang tak dapat turun ke Taiping kami mewakili 6 orang yang lain serumah kami dulu. Juga mewakili persahabatan kami yang erat. Siapa sangka ija dahulu bertemu jodoh. Bahagia melihat kebahagian ija. Memang sis tabik kat team 8c sebab korang menghadiahkan persahabatan yang ikhlas. 

To Ija, selamat menempuh alam rumahtangga sebagai isteri yang solehah.

Tuesday, 17 July 2018

Up side down house Melaka Throwback

Kita throwback. Bff sis ija nak kawen bulan 8 ni so sis dan ija buat satu percutian berdua-duaan supaya tak ralat if nanti kalau dah bergelar isteri orang sahabat dah terpaksa kian kita lupakan. Ija bff sis tetiba ajak ke Melaka dalam bulan mac lepas. Sis pun walau bajet ciput on je la kan. Sebab sis sangat memahami erti persahabatan. Mulanya kami plan bulan 4 tapi tak dapat date sesuai sehinggala kami pilih 10,11 dan 12 may 2018. Waktu tu kami pun tak tahu akan jatuh date pilihanraya pada 9 mei 2018.
Hotel prima sis dah book online kat agoda sekitar RM70 satu malam. Cuti pun dah apply awal sekali satu Malaysia turut cuti bersama sis dan ija. Sis berpakat dengan ija biar sis drive myvi sis yang comel itu. Ija orang Taiping sis dan ija plan ija turun Klang Sentral aje pada 10 mei. Sebab sis tak nak abah sis risau sis angkut adik sepupu sis sekali photograper handphone mahai jenama oppo itu. Tapi ija turun Shah Alam bila sis merasakan Klang Sentral macam tempat asing waktu sis dah sampai menunggu ija. Serius Klang Sentral kosong oi.
Sebaik ija turun bas. Kami selfie dengan jari yang masih baru membiru mengundi semalam. Rindu beb nak berselfie dengan bff. Siapa sangka pakatan harapan menang besar dan satu Malaysia bercuti kan. Maka benarlah generasi muda memilih kepimpinan yang baru. Untuk ke Melaka kali ini cuma sis dan ija maka kami decide berdua plan, bajet dan peluang yang kami ada. Sampai hotel prima dengan aplikasi google map kami bersiap makan malam dekat Asam pedas Kota Laksamana. Rezeki kami hotel yang sis tempah betul betul dekat check point bandar Melaka. Sis, ija dan sepupu sis pun try makan malam Asam Pedas Kota Laksamana. Asam pedas Kota Laksamana ni sis dah survey katanya mantap. Lapan minit dari hotel prima. Sis tanya ija nak naik cruise ke sebab sis idakler jakun naik cruise river. Sis dah pernah naik dengan member sis yang lain. Ija cakap nak ofkos sis meluncur bawa  naik cruise. Jangan tanya berapa ringgit naik cruise river Melaka sis dah lupa. Maybe RM18 kot. Dahla maybe kot lagi.


Esoknya pulun habis kami berjalan ke pantai klebang, sis ada juga bercuti dengan arwah adik dekat pantai klebang tak lama dulu. Sis pun bawa ija dengan adik sepupu sis ke Muzium Kapal Selam. Bukanlah kali pertama sis ke situ jadi yang teruja adalah ija dan adik sepupu sis. Oleh kerana waktu solat jumaat tutup sis bawa diorang ke Klebang Coconut Shake. Time solat jumaat sis dan ija dah beratur nak beli coconut shake dan keria.
Sebenarnya sebelum ke pantai klebang sis bawa diorang ke upside down Melaka aka Rumah Terbalik Melaka. Terletak belakang hotel seri costa aje kome. Memang semua teruja.
Model tak berbayar depan upside down Melaka dua orang bff sedang bergambar. Kalau korang ke Melaka sis memang mencadangkan korang singgahlah ke upside down Melaka ini. Bayaran mungkin mahal tapi harga sebuah kenangan bersama tersayang itu sukar di mengertikan.

Nanti akan ada staff yang akan beri tunjuk ajar bergambar. Jangan risau kami aje bukanlah fotogenik pro pun idak. Semua gambar cecantik deme yang tangkapkan. Memang sis puas hati.

Masa belum lagi lewat sangat petang. Kami ke A Famosa pula mengimbau kenangan belajar di Melaka dulu kan cuma ada Afamosa dan bangunan sekitarnya. 


Bila malam kami ke A Famosa lagi berjalan dengan keramaian pelancong. Memang padat malam sabtu. Kami tetap sakan bergambar ke pelosok Melaka. Untuk kenangan.


Tengokla kami macam budak lepasan spm padahal dan tiga series. Memang penat seharian tapi buat kata ija ini jela masa untuk bersama aku. Since last kami jumpa dua tahun lepas waktu aku ke bukit merah. How time flies sahabat, kita semakin tua dan punya komitmen yang nyata. Sempat aku ajak ija bergambar depan kolej kami dulu. Ini memang rare dan mengimbau semua kenangan. 


I love Melaka. Banyak sejarah kami di sini juga menuntut ilmu. Buat ija semoga tiap gambar yang kita ambil untuk kenangan tersimpan rapi untuk kita kenang. Kita tak tahu masa depan langkah kita bagaimana tapi memang ko dan aku ada catatan kenangan. Selamat pengantin baru in advance ija. InsyaAllah nanti sis update majlis kenduri kawen ija. Sis mesti datang insyaAllah. 


Sebuah persahabatan itu indah dengan cara lenggok tersendiri. Seperti kita yang merasai pahit manis berdepan dunia remaja dahulu bersama berlari anak di Melaka Sentral, berbuka puasa di tepi jalan raya, tidur bersama di katil atas dan terima kasih kerana selalu kejutkan subuh waktu zaman belajar sampaila ke dunia kerja. Terima kasih menyokong aku dan sentiasa suka berada di samping aku sebagai sahabat. Syukur atas kesempatan bercuti bersama sahabat kali ini. Dan semua yang kita jalani bersama. Lepas ni kaki melangkah dengan haluan sendiri dan semoga kita tak saling lupa nilai persahabatan ini. Ija aku hantar ke kl sentral naik ets esoknya. Dan seperti biasa sis sesat dari kl sentral ke klang.


Simpan gambar manis kita berdua kat blog aku. Kot rindu boleh search sweet azura blog memori.


Monday, 16 July 2018

Salam zulkaedah 1439 H

Assalamualaikum,
Maaf sis lupa password. Sis kembali mencoret di sini. Gambar sis throwback raya pertama berlatarkan awan yang biru seperti nama sis AZURA yang bermaksud Awan Biru.

Sunday, 15 April 2018

Kisah Laksa dan Kuih Koci

rezeki harini


Kisah sepinggan laksa dimakan dalam gelap sebab letrik tak mandang.

Sejak peristiwa makan kenduri orang kawen dengan angah dan abang ipar, waktu tu tak dapat makan kuih koci sebab baru start makan nasi sekali dah habis makan then nak ambil pencuci mulut da tak mandang kuih koci abis. Sejak tu deme udah tahu peberet adik deme pernah sekali anak buah kasi kuih koci katanya ambik kat kenduri ayah suruh kasi mokcik. Arini terpandang empat ketoi kuih koci tanya anak buah sape kasi jawabnya idak tahu tapi dapat agakler mesti emaknya yang belikan tok adiknya. Alhamdulillah sekian kisah laksa dan kuih koci.

Friday, 9 March 2018

Shopping Online dekat Shopee Malaysia

Kegilaan apakah ini shopping online dekat Shopee Malaysia.

Alkisah nampak banyak iklan shopee dekat tv then kat fb page sample percuma kata if daftar shopee boleh redeem barang tertentu dengan hanya RM1. Jadi gigih aku install shoppe kat hp dan daftar tapi tak menjadi redeem RM1 dekat shopeetreats. So belek shopee nampak sambal garing cik nor dan TERBELI you all. Jumaat beli online isnin sampai so fast delivery pos. Entah macam mana kakak aku pun terjatuh cinta so beli pukal wholesale sambal kentang cik nor terus 10 sebab beli 10 akan dapat harga RM8 dan free shipping.

Dan terbeli-beli lagi

Alkisahnya jatuh cinta shopping online kat shopee. Salah satu sebab rasa best dapat cari barang yang kita suka. Kadang kita kerja tak ada masa ke kedai kamera, kedai baju, atau kedai jam. So guna teknologi hujung jari. Kalau pergi pasaraya kita tumpu beli barang dapur dan keperluan. So kehendak telah dipenuhi oleh shopee. So kena pandai cari barang murah macam shocking sale berbaloi. Abah kat kampung pun akak belikan barang online terus delivery kampung halaman.
 Pesanan dari aku, belek website shopee sangat menghilangkan stress kerja anda. Tapi berbelanja dengan bijaksana dan bijaksini.






Friday, 23 February 2018

Bacaan duduk di antara dua sujud

Bacaan duduk di antara dua sujud.

Untuk bacaan dan hafalan sendiri dan orang lain.

Kredit kepada cik google dan pemuya asal.