Tuesday, 6 November 2018

Kundasang yang diimpikan

6.10.18

Selepas singgah di Pekan Nabalu, seriusly Pekan Nabalu juga tanah tinggi yang sejuk amat. Tempat beli belah yang best sebab murah tapi makanan memang tiada galakan mungkin kawasan tersebut bukan beragama Islam. Bergerak ke Ranau banyak orang jual sayur segar yang murah. Geng sis turun beli sayur untuk makan malam. Then bergerak ke Pekan Kundasang ada orang jual sayap ayam sedap hoi. Barulah naik bergerak ke atas homestay kami.



Jam dah pukul 6 petang memang jet lag lah tapi team mak2 masak sardin dan sayur secepatnya. Kat luar homestay riuh orang bbq. Homestay yang very cantik tertarik da bomb. Korang mesti cuba ke homestay sulap dekat Kundasang mengadap gunung Kinabalu. Then dah malam baru kami keluar ada makcik dari Sabah kasi kami makan bbq juga sesi bersembang semuanya. Rasa macam dah cerita pada entri lepas bila memei nak turun sungai makcik tu tak kasi memalam. Lepaklah kami di luar. Esok paginya macam kata makcik tu 5.30 view gunung kinabalu tersangat cantik.
Dari camera hpku belum pukul 6 pagi secantik ini.

Memang kagum cantik. Tapi sis turun lambat bersiap lambat sebab bilik air 1 je maka lambatlah keluar snap pic berview gunung kinabalu. Memang cantik. Kitaorang pun bekpes kat port bbq pagi nan indah sejuk kebedian. 

Sebelum tour guide datang pukul 9 kami pun ambil kesempatan turun tengok sungai menurun anak tangga. Sungai yang kalau kami tahu ada awal lagi kami mandi sungai. Tak terkata bestnya kami menginap di Kundasang. Ada rezeki rasa nak bercuti ke Kundasang lagi mungkin lebih lama dua tiga malam. So bersambunglah perjalanan kami di hari kedua di Sabah.

No comments:

Post a Comment