Monday, 9 September 2019

Mak



Assalamualaikum,Hampir tidak pernah bercerita tentang arwah Mak. Walaupun sudah 11 tahun saya pandai menaip blog. Sejak 2008 tidak ada kisah berkaitan Mak. Mak, beliau lahir dari sebuah keluarga berbangsa Cina Taiwan. Arwah atok berasal dari Taiwan dan arwah nenek berasal dari Thailand. Mak merupakan anak bongsu dari 6 beradik. Mak diambil sebagai anak angkat sebuah keluarga Melayu di Behrang, Perak. Selepas Mak menjadi anak angkat keluarga Melayu, dengarnya Atok dan Opah dari sebelah keluarga kandung Mak bercerai dan adik-beradik Mak terpisah. Tapi ikatan adik-beradik Mak tetap utuh bila abang Mak yang berbangsa Cina mencari Mak, begitu juga kakak Mak yang tinggal di Ipoh. Hampir semua adik beradik Mak kecuali kakak yang sulung pernah saya jumpa waktu mereka datang ke rumah kami di Shah Alam. Walaupun berlainan bangsa, ikatan adik-beradik itu jelas kukuh hingga akhir hayat Mak.
Mak dibesarkan oleh arwah Opah, ketika itu umur arwah Opah sudah 40 tahun, dan arwah Atok jika ada hari ini beliau sebaya Tun Mahathir. Atok dan Opah tiada anak dan membesarkan Mak penuh kasih sayang. Mak bertemu Abah ketika bekerja di Shah Alam, bercinta.
Setelah berkahwin dan punya anak kedua, Mak terus setia menjadi suri hati Abah hingga akhir hayat. Mak dikurniakan 5 anak dari Yong, Angah, Saya, Arwah Acik dan Amin. Mak berkahwin dengan Abah ketika usia 23 tahun. Pada usia 27 tahun, Mak lahirkan saya ke dunia. Terima Mak mengandungkan, melahirkan, menyusukan, mengasuh dan mendidik Yang di dunia. Pada usia 45 tahun, ketika saya sedang berada di tingkatan 6 Atas, Mak menghembuskan nafas terakhir di PPUM. Hampir 1 tahun setengah saya tidak bersekolah dengan baik sebab menjaga Mak di hospital. Tapi itu kenangan yang tersemat di ingatan melihat Mak berjuang dengan ujian Allah. Mak begitu kuat melawan kanser hati. Hampir banyak yang saya tak ingat mengenai Mak. Pemergian Mak ketika kami semua bersedia dan redha dengan ketentuan Allah. Doktor telah menjelaskan kepada Mak dan Abah soal kanser yang Mak hidapi. Pembedahan dan kimoterapi yang Mak harung sangat mengimbas semua memori hidup. Mak dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 21, Shah Alam. Walaupun kami tinggal di Port Klang, Mak minta dikebumikan berhampiran Ibu dan Bapa angkatnya di situ. Mak seorang anak yang menjaga orang tuanya hingga akhir hayat. Arwah Atok dan Opah dijaga oleh Mak dan Abah. Pada Mak, jika kami menziarah pusara Mak, kami juga akan menziarahi pusara Atok dan Opah. Ya, sekitar tahun 1998, kami berpindah di Port Klang.

Al Fatihah Buat Mak,
Moga Allah mengurniakan syurga tertinggi buat Mak.

Sunday, 9 June 2019

Belajar Solat Jenazah

Kisah 5 syawal 1440H
Tadi aku beraya rumah Pakcu Di Rantau Panjang Klang. Balik singgah Aeon Big Kapar on da way nak balik angah baca wasap mak kawan angah meninggal dunia tengahari tadi. Kami balik hantar anak kecil dan suami angah ke rumah sebab kami baru sampai dari kampung awal pagi tadi suami angah drive tentu letih. Mak kawan angah memang baik, ingat lagi arwah tegur aku waktu sedang mengaji Al-Quran di ruang solat perempuan. Lebih kurang begini "adik, mak adik nak dikafankan" arwah minta aku bersama kafankan arwah mak. Waktu tu kakak-kakak aku minta aku mengaji lepas kami mandikan jenazah mak. Arwah mak cik kawan angah memang baik, Al-Fatihah buat arwah. Setiba di masjid Shah Alam orang ramai bersedia nak solat asar dan kemudian terus solat jenazah. Buat pertama kali dalam hidup berpeluang aku turut mengikut imam dalam solat jenazah. Memang aku tak pandai, semoga Allah SWT menerima solat hambanya yang baru belajar dalam fardu kifayah. Disini kamu juga boleh belajar lafaz niat dengan empat kali takbir. Semoga syurga milik kita semua. Amin, semoga mendapat kematian dalam husnol khotimah.  

Monday, 11 March 2019

Potongan kwsp bulanan penting tau



Baru baru ini kwsp dah umum dividen tahun 2018 sekitar 6.5 peratus dan patuh syariah 5.9 peratus. Bila dividen dah umum kita boleh tengok perubahan dalam seribu dua dalam penyata. Dapatlah tengok pertambahan tahunan.
Sama ada penting atau tidak duit kwsp ia bergantung pada kamu. Dua tahun lepas ada seorang rakan sekerja berbangsa India ajar aku cara pengeluaran pendidikan melalui kwsp. Korang boleh cari di link sis dalam artikel penulisan sebelum ini. Alhamdulillah aku dah tak ada hutang belajar walaupun dekat RM10K aku bayar hutang ptptn dan mara berbaloi rasanya. Baru baru ini kakak opis ada bersembang yang dia berjaya keluarkan RM20K kwsp akaun 2 untuk rumah. Katanya kalau rumah atas nama suami pun isteri boleh buat pengeluaran untuk keluarkan akaun 2 kwsp. Itu belum lagi masuk public mutual alls kakak tu layak sebab dia kerja dari lepasan spm. Takla macam sis ni kerja bertukar ganti RM20K tu banyak kot untuk pengeluaran pembelian rumah ke ubah suai rumah. 
Baru baru ni aku ada apply beli rumah setingkat kat kampung. Itupun abah yang beria suruh anak beli. Kalau ada rezeki bolehla buat pengeluaran kwsp lagi. Ada kawan beritahu bayaran rumah pun boleh guna akaun kwsp korang secara tahunan. Sis boleh hadam lagi bab tu cuma sekadar belajar sedikit sedikit. Bagi aku, kwsp penting untuk kita yang tak ada pencen ni.
Jangan nanti korang kecewa kwsp korang sikit setelah lama baru nak insaf. Satu sis nak pesan jangan berhenti kerja suka hati, bertahanlah demi masa depan, kalau peluang elok depan mata barulah usaha ke hadapan lagi. Tak sangka kwsp boleh bantu banyak hal dalam hidup bukanlah tunggu umur capai 55 tahun.

Saturday, 23 February 2019

Terima kasih blog atas setiap catatan kenangan

Assalamualaikum.

Aku ada, masih ada menaip catatan kenangan. Tadi terasa nak baca coretan lama yang aku dok bebel di blog ini. Segaja aku tukar nama blog untuk lari dari sesuatu. Eh sesuatu apa tu, biasalah kadang kita menaip ikut keadaan mood yang waktu itu kita hadapi. Alhamdulillah banyak juga kisah suka duka hidup aku catat dan baca semua. Banyak juga gambar lama yang tak akan dapat di cari lagi masih ada dalam file memori blog ini. Aku suka draft dan delete post dan memang semua orang pun akan lalukan perkara sama.
Hidup masih yakin bahawa setiap kerdipan mata dan hembusan nafas berada dibawah naugan Allah SWT. Setiap suka duka hidup itu perlulah diterima qada dan qadar kerana setiap hamba adalah hamba, dan ini adalah dunia sementara iaitu alam persinggahan kita sebagai mahluk Allah SWT. Bila kita diuji barulah ada kesedaran nyata atas setiap lalai leka alpa. Selalunya insaf datang sekejap dan mula rasa dunia melebihi akhirat. Mesti kita macam tu sifatnya, akhir zaman.
Kalau ikut nak cerita riaknya bercuti, bestnya makan-makan dan happynya hidup ini tapi sesekali sahaja dapat bercerita dan mencatat disini. Walaupun sekadar memori yang sedikit tapi tetap berterima kasih pada blog atas catatan kenangan. Terima kasih blog, usia blog pun since 2008 sememangnya tuan punya blog dah pertengahan 30an. Selagi nyawa dikandung badan banyakkan catatan amalan pahala ke negeri akhirat.