Dapat jemputan untuk ke Seminar gst hand holding pelbagai industri. Pada asalnya main company kami dijemput dan forward kepada anak-anak. So berbekalkan kebijaksanaan komunikasi dan dunia it, pertama aku call bahagian gst untuk pemberitahuan kehadiran, pegawai gst beritahu senarai kedatangan di perlukan untuk buat anggaran jumlah peserta. Aku email Detail peserta kepada pegawai gst tentang kehadiran dari email jemputan main company. Jadi seorang mewakilkan satu company. Email pun dibalas pegawai kastam terlibat. So kami pun sampai tepat waktu sarapan pagi. Lepas sarapan masuk dewan pegawai yang beri taklimat kata jemputan adalah terhad kepada syarikat yang mempunyai masalah dengan penyata 03 dan ia bersifat umum. Kira syarikat bermasalah adalah target seminar ini. Kitaorang dok pandang satu sama lain patutlah tak dapat jemputan rupanya. Tak tahulah dari mana main company dapat jemputan hand holding. Penekanan kursus adalah tentang pendaftaran, isi tax payer dan maklumat tentang pengecualian bercukai. Sesi accounting of gst beri taklimat asas pengiraan maksud. Sesi kedua berkaitan refund dan taxpayer sampai ke perkara mudah iaitu cara masuk website kastam. Simply basic bagi gst, main company pernah hantar penyata tersilap bulan tu yang masuk senarai bermasalah kot. Perasaan bila hadir kursus macam sirih pulang ke gagang. Dah 8 tahun tak jejak lepas paraktikal dulu. Dewan kastam pulau indah masih macam dulu. Oleh sebab yang handle seminar adalah pegawai gst jadi tak perasan kalo adalah pegawai bahagian pengurusan yang masih kenal. Lagikan pegawai Kastam selalunya selalu kena tukar bahagian. Kembali melihat tempat praktikal dulu memang mengamit memori. Satu alternatif yang baik untuk jangka masa panjang berkaitan gst.
No comments:
Post a Comment