Abah I dah officially pencen now. Sebagai anak kebiasaannya seronok tengok life abah sekarang di samping family kat kampung dengan aktiviti sosial masyarakat. My dad memang bagus dalam pengucapan dan selalu jadi mc majlis. So abah balik sini sekejap setel income tax dan perlukan salinan degree cekai aku yang paras boarder. Balik keje nampak abah dah sampai rupanya tadi pegi income tax salah isi borang guna pen biru so kena pegi balik. Kakak aku suruh aku pegi pasar untuk makan malam tapi malam selasa memang tak ada pasar. So aku pun ajak abah makan kat Yok Mampir kebetulan aku pun dah gaji. Mulanya Abah nak makan dekat kedai makan area opis lama dia tapi aku ajak juga pegi Yok Mampir sebab aku suka tomyam poktek. Time gajila nak makan besar sikit dan first time aku bawak abah makan kat luar sejak Abah dah pencen sekitar bulan lepas. Yok Mampir ni terletak antara rumah aku dengan rumah mertua kakak sulung aku so Abah ajak kakak sulung aku join sekali tapi apakan daya panggilan telefon tiada jawapan dan wasap cuma dibaca waktu makanan tengah dihidang. Kalau kakak sulung aku ada lagi seronokla makan makan. Aku dengan Angah order tomyam poktek, kerang rebus, kangkung belacan, ikan kembung tiga rasa dan sayur campur dengan curly fries dan air kedondong, air epal, air belimbing dan kopi ais. Memang makan mak mertua lalu belakang pun tak perasan. Sebenarnya Yok Mampir tu western food yang kitaorang makan ni restoran sebelah Yok Mampir dan servis tip top licin. Saje bawa abah makan dinner sebab dekat kampung tak ada tempat makan tomyam macam dekat sini buat kata Abah yang ada mcd n KFC. Abah estimate bill kena RM120, angah cakap dalam RM60 dan aku cakap dalam RM80 sebab kitaorg berempat plus anak angah makan curly fries sajok. Time bayar hanyalah RM52.80 sahaja murah amat. Alhamdulillah nan ado gst. So for family makan makan dinner bolehla ke jalan shapadu rantau panjang area pasar malam.
No comments:
Post a Comment