Friday, 23 October 2015

Tiga puluh satu tahun yang lepas

Lahirnya bayi perempuan jam 5.45 pagi selasa di hospital besar klang. Hari ini aku dapat kejutan kek hari lahir dari kakak sulung berserta belon, sekarang kan ada khidmat delivery present kek atau celebrate untuk surprise. Tapi surprise tak berapa menjadi time kakak sulung aku call opis nak confirmkan aku ada kat opis atau tak dan aku memang balik awal tadi sebabnya aku bercuti. Semalam Abah call tanya balik kampung tak sempena hari jadi, memang balik cuma lewat sikit balik kampung sebab kena tunggu adik aku yang tak dapat cuti. Serius rasa macam dimanjakan lagi. So surprise delivery dihantar ke opis kakak aku then semua adik badik berkumpul dekat restoran mertua kakak aku. Tak sangka adik badik aku plan kekonon success tapi terharu juga. Bukan sebab kek besar atau mahal tapi rasa special dihati diorang. Hari ini hari jumaat dan berada pada 10 muharram. Pagi tadi aku hadir kelas pengajian di opis sebelum aku balik pukul 11 tadi, ulangtahun kelahiran ini bukanlah satu sunnah ikutan walhal ulangtahun nabi kita Muhammad SAW pada tanggal 12 rabiuawal masih boleh disanggah, sebab tahun hijrah bermula pada zaman pemerintahan Khalifah ArRasyidin kedua yakni Umar Al-Khatab. Maka sebelum Umar Al-Khatab melaksanakan sistem perkiraan kalendar hijrah tak wujud bulan bulan Islam. Itu selingan ilmu yang aku belajar dalam majlis ilmu. Selagi ia tidak melanggar hukum agama maka mana yang tak salah bolehla dilakukan. Mengembirakan hati orang juga dituntut oleh agama.
Alhamdulillah masih bernafas di bumi, masih cuba untuk memperbaiki setiap kesalahan diri. Masih lemah dalam disiplin masa dan banyak kelemahan diri. InsyaAllah aku cuma menjadi manusia yang berguna buat keluarga dan orang sekeliling. Doakan aku berada sentiasa di landasan yang benar dan tidak bangga diri. Doakan yang baik baik.

No comments:

Post a Comment