MUNAFIK
MUNAFIK
Sekadar pendapat untuk dikongsi.
Start sahaja filem ustad Adam sedang kemalangan dan dari jauh dia lihat isterinya Zulaikha terbaring di jalan raya. Dengan kepayahan dia keluar dari kereta dan ke arah isterinya, di ajar isterinya mengucap dua kalimah syahadah.
Terus ke tiga bulan kemudian, ustaz Adam ziarah kubur isterinya bersama anaknya Afiq dan diperhatikan oleh penjaga kubur disitu dengan wajah curiga. Penjaga kubur itu menegur ustaz Adam dan bertanya sudah lama tak merawat orang kampung tapi tak dijawab lalu pergi. Sekadar permulaan memang tak fahamlah azan subuh berkumandang dan ustaz Adam terkejut anaknya ada dalam bilik dok cakap bila ibu nak balik dan berkalilah si ayah cakap ibu dah tak ada. Ustaz Ali pun minta Adam terima qada dan qadar akibat kematian isteri dan jawab Adam dia masih tak redha dan ustaz Ali cakap kalau kita redha maka Allah akan beri ganjaran lebih besar dan tak kita jangka. Takkanlah ustaz Adam tak fahamkan. Ayah Adam datang ziarah anaknya, kata ayahnya sekadar melawat dua tiga hari namun kelihatan muka ayahnya risaukan sesuatu. Sudah tiga bulan dia tidak merawat orang kampung. Arwah isteri Adam pernah datang dalam mimpi minta redha akan situasi yang menimpa dia sekarang.
So masuk bab Maria pulak mukanya risau aje dan mak tiri dia dok risau tengok anak tiri dia. Pekin pun sebagai rakan pejabat perasan Maria makan ubat penenang ditegur dan tak putus asa ajak Maria kahwin. Waktu tu dekat pejabat waktu Maria turun lif jadilah adegan lampu dimain-main berlari dia masuk kereta. Nak jadi cerita tayar Maria pancit dan dia risau tengah malam ternampak bola dilantun budak dan bola melanton -lanton tup-tup dah kat umah. Pekin tolong bawak balik rumah dan tanya lagi dekat mak tiri Maria tentang pinangan dia tak berjawab.
Maria dirasuk dan mak tiri dia minta ustaz Adam ubatkan. Ustaz Adam setuju dan ubatkan Maria bersama Fizz Fairuz maaf nama Fizz Fairuz dengan Pekin dalam cerita aku lupa. Part berdialog dengan jin perh tak pandai aku nak cerita. Mak tiri Maria minta lagi ustaz ubatkan sebab anaknya asyik meracau. Sampailah part malam mak tiri Maria call minta datang bila ayah Maria yang hilang dah jumpa sekali itu cuma halisunasi ustaz. Dalam perjalanan balik dia dapat call dari Fizz Fairuz beritahu yang ustaz Ali meninggal kemalangan dan dia syak kes Maria ada kaitan. Anak dia dok call cakap mama balik teman dia kat umah bertambahlah stress ustaz Adam sebab anak dia tak faham yang mak dia dah tak ada. Dalam stress tu dia mimpi buat tindakan luar akal dengan korek kubur isteri dia dan bawak balik biar anak dia tengok. Dia cakap kat anak dia tengok, tatap dan peluk puas -puas dan jangan sebut lagi yang mak dia ada. Anak dia kata ayah dia gila dan aku rasa memang gila pun kalau tindakan tu dia buat tak masuk akal nasib cuma mimpi ketika stress. Ustaz Adam pun ke hospital tapi tak jumpa Maria hilang. Dia pulangkan kotak tangkal yang dia jumpa tempoh hari kepada mak tiri Maria. So aku pun tak tahu mak tiri Maria ni baik ke tak sebab ada satu part waktu ayah Maria hilang dan Maria buat giler tanya soalan yang dia tak faham kenapa dalam AlQuran nama Allah SWT itu Aku dengan Kami walhal ketika tu diorang dilanda musibah dan mak tiri Maria jawab Kami itu melambangkan kebesaranNya dan aku rasa mak tiri Maria bukanlah wanita yang mengamalkan ilmu sihir dan dia sekadar menyimpan tangkal. Oh itu sekadar pendapat sebab aku tertanya tanya juga keimanan dia.
Kemudian Maria call ustaz Adam minta datang dekat banglow usang nak beritahu satu rahsia. Datanglah ustaz ke sana sebelum tu ayah Adam ada nak beritahu perkara penting tapi diendahkannya. Maria beritahu tak jumpa jalan pulang dan mohon maaf pada ustaz Adam sekali dia ditarik ke satu tempat pemujaan. Adam nampak Maria jatuh dari tempat tinggi dan ke arah Maria dan Maria beritahu dia sebenarnya yang melanggar kereta ustaz sekeluarga dan menyebabkan kematian ahli keluarga Adam. Adam pun memaafkan Maria dan ayah Maria ada kat situ dia pun mengaku yang dialah penyebab segalanya sebab dia ada buat perjanjian dengan syaitan untuk menyesatkan orang beriman. Perjanjian itu buat dia kaya raya dan apabila Maria enggan menolong dia lagi maka Maria mendapat nasib buruk kerana ingin bertaubat. Dengan kebesaran Allah ayah Maria disambar kilat. Datanglah ayah Adam dengan penjaga kubur memberitahu satu hal yang buat satu panggung terkedu bila ayah Adam beritahu cucunya iaitu anak Adam sebenarnya dah meninggal bersama isterinya Zulaikha. Barulah Adam seakan tersedar apabila dia tidak redha dengan pemergian anaknya. Barulah aku tahu yang Adam sebenarnya tak redha kematian anaknya bukanlah isterinya. Dia seperti terlupa yang anaknya sebenarnya dah tak ada. Pengajaran filem ini banyak salah satu yang aku dapat ialah seorang ustaz pun bila diuji dengan dugaan dia menjadi lemah dan tidak redha dengan ketentuan dan berimanlah kita dengan qada dan qadar. Seorang keimanan kita semakin tinggi dengan adanya cerita islamik seperti ini.
Ini sahaja olahan aku dan aku ambil pengajaran bahawa kita kena redha dengan qada dan qadar. Diselitkan sifat munafik itu sendiri dan permainan watak seorang manusia yang tidak redha dengan takdir hidupnya. Disitu kita dapat lihat pentingnya orang di sekeliling dan kejiranan yang mengambil berat antara satu sama lain. Tak ada siapa yang dapat lari dari ujian kehidupan. Maaf ini sahaja yang mampu dihuraikan. Artikel dah dibuat tiga minggu awal cuma dilewatkan untuk buat korang yang tersesat di blog aku nie suspen.
Ini sahaja olahan aku dan aku ambil pengajaran bahawa kita kena redha dengan qada dan qadar. Diselitkan sifat munafik itu sendiri dan permainan watak seorang manusia yang tidak redha dengan takdir hidupnya. Disitu kita dapat lihat pentingnya orang di sekeliling dan kejiranan yang mengambil berat antara satu sama lain. Tak ada siapa yang dapat lari dari ujian kehidupan. Maaf ini sahaja yang mampu dihuraikan. Artikel dah dibuat tiga minggu awal cuma dilewatkan untuk buat korang yang tersesat di blog aku nie suspen.
No comments:
Post a Comment