Sunday, 28 December 2014

2014 tahun yang cepat



Dari segi kerja aku rasa tiba-tiba dah di  hujung tahun, staf berganti dan ada yang berhenti. Alhamdulillah ada dual staff perempuan yang dah berhenti tapi aku masih berhubung dengan diaorang. Kadang boleh rehat sama. Partner aku dah habis pantang dan ada office mate seorang dari bercinta dah kawin. Cepat betul aku rasa berlalunya tahun ini.
Dari sudut keluarga cuma yong aku buat penambahan ahli baru iaitu yeya anak buah perempuan sulung. Adik aku pula berpisah dengan bekas suami Dan bab aku kadang tak faham tapi mungkin dia nak kehidupan solo. Angah aku pindah ke Klang, sejak ada Angah rumah ini makin berseri ceriq. Sepanjang 2014 memang ada sedikit konflik keluarga tapi alhamdullilah segalanya ok.
INI yeya
Cerita soal diri, aku masih sendiri lagi, menumpang manisnya keluarga, hid up dikelilingi sahabat dan rakan sekerja. Tak ada apa yang pelik, semuanya OK OK sahaja cuma umur semakin bertambah. Kadang rasa juga sunyi tapi inilah yang terbaik di anugerahkan oleh Allah SWT buat aku. Ada kerja, hidup aman, tak diuji masalah yang berat dan semuanya nampak mudah dan jelas. Cuma aku belum berjaya beli asset untuk kediaman lagi. DOAKAN aku berjaya.
Dari segi USIA persahabatan dan dorongan untuk berniaga sendiri. Aku dan dua rakan dah buka perniagaan tudung untuk side income, modal kecil kecilan untuk permulaan. Moga kami kuat untuk berniaga.
Dari sudut negara, aku lihat fenomena banjir Pantai Timur amat mempengaruhi naluri kemanusiaan, lihat gambar Kuala Krai sudah buat aku mengerti kebesaranNya sedang aku di pantai barat juga diuji dengan bermacam rencah dunia. MH370 yang hilang di lautan Hindi Dan MH17 yang di tembak jatuh juga pesawat air Asia yang khabarnya hilang dari radar. Paling aku rasa bimbang menjelang 2015 adalah  nilai Wang, gst, dan banyak kepada nilai Wang. Mana taknya negara banyak mengalami defesit dan wang semakin rendah nilainya. 
Azam aku di tahun 2015 seperti biasa untuk hidup lebih baik dan beli rumah kumpul duit dan bersederhana, tak melupakan zakat, DOA moga projek tudung aku berjaya, soal jodoh aku usaha dan tawakal. Jangan prejudis dengan kehidupan orang lain.
Impian yang mustahil untuk aku capai adalah bercinta dengan orang yang aku cinta diam diam tanpa dia membalas cinta aku. Mengambil contoh min at aku pada jep sepahtu yang boleh buat aku cair tapi talk semestinya jika dia be nar wujud dalam hidup aku dapat melengkapi segalanya. Cukuplah aku anggap diri aku I'm sepahturious Dan jika berangan jadi awek jep dal am diam diam sudah.
Aku cuma ada ijazah perniagaan Dan kerja sebagai kerani akaun, tak pandai ddalam tanggungjawab sosial, sains politik mahupun perbezaan agama. Cukup sekadar ilmu asas INI member I erti dal am hid up. Mungkin pada aku kadang rasa tak adil dalam hidup sedang aku lupa Allah SWT ITU sebaik bail perancang.

Wednesday, 17 December 2014

2015 dan kekuatan

Salam hujung tahun,

Usaha sebelum tawakal, tawakal sebelum redha. Usaha 2014 harus dituai, menjadi hasil profit tinggi kerja keras, harapan, matlamat dan target. Tak semua usaha boleh dituai, kadang hasilnya rosak, terbantut dan mungkin tak cukup usaha. Mana yang berhasil manislah senyuman dan tercapailah cita-cita. Kadang usaha yang tak pasti membawa kepada tawakal taraf tinggi, terpinggir sendiri berfikir mana hilangnya segala usaha. Masalah datang kadang tak tentu masa, pemikiran pun kadang tak menentu.
Mengambil contoh kekuatan Harimau Malaya kebanggaan Malaysia, tewas kecundang takkan patah semangat, melihat pertahanan Malaysia yang kacau bilau menahan maruah negara di arena sukan bola sepak takkan sekali menyalahkan kekalahan mereka, mengapa menang sorak, kalah putus asa. Usaha Harimau Malaya untuk menyandang juara di mana piala sekalipun, dengan matlamat dan visi. Tawakal semua penyokong mahupun team itu sendiri memerah segala usaha untukmendapat gol, mengekalkan formasi, taktikal dan penguasaan. Akhirnya redha dengan setiap keputusan sama ada menang atau kalah. Takkan pernah putus asa untuk bangkit lagi dan lagi.

2014 hampir ke penghujung, setiap jalan cerita hidup di harung segala kekuatan untuk kekal di posisi yang sama, kejayaan yang lebih banyak, pengalaman yang lebih mencabar dan iman yang perlu utuh. Langkah takkan pernah berhenti sepanjang hayat. Semoga terus kuat dalam hidup ini.

Thursday, 20 November 2014

Alasan Ponteng Kerja

Senaraikan alasan ponteng kerja. Kalau saya selalu beri adalah personal, ataupun kurang sihat. Kalau saya nak balik setengah hari saya akan beri alasan kurang sihat ataupun ada hal. Sebenarnya apa jua alasan, kalau memang ada hal mahupun perlu rehat maka cutilah emergency leave, kadang kita memang tak kuat nak menghadap kerja hari itu kan.
Satu hari yang relax untuk redakan tekanan, cuba rendam kaki dengan air garam suam. Pasti melengakan tekanan dan buat hari cuti kamu sedikit segar, memang segar bila boleh tidur lebih sedikit terlajak ke depan. Mungkin sekadar alasan ponteng kerja tapi baik cuti dari berhenti kerja. Nak buat sebarang keputusan perlu jelas dan benar, jangan buat keputusan sebarang.
Kata kata berbentuk motivasi sangat memberi kesan.
Fikirlah.

Sunday, 26 October 2014

1 Muharam 1436 Hijrah

Salam 1 muharram 1436 hijrah,

Alhamdulillah dah masuk tahun baru Islam 1436 hijrah. 1 muharam detik permulaan, sempena 1 muharam 1436 hijrah, kawan sekolah cum business partner aku bertunang. Jadi sebagai rakan baik aku berada disisi juga, berteman Anim yang BFF. Aku rasa bangga punya sahabat yang baik dari keluarga yang baik baik. Suka aku lihat mak ayahnya, yang aku kenal sejak zaman sekolah menengah lagi. Kalau ikutkan, memang waktu sekolah menengah kitaorang jenis kenal mak ayah kawan. Cuma ada seorang mak kawan aku terkilan tak dapat kenal arwah mak aku sebab awal sangat mak pergi. Ingat lagi mak kawan aku tanya arwah mak ada tak pergi kuliah dekat masjid ke surau dekat kawasan dia tak. 
Seronok bila kita punya kawan yang baik dan keluarga mereka juga baik, sekarang bukan setakat adik  beradik rakan malah kakak ipar mereka pun sporting juga. Tahniah sahabat, selangkah ke arah baru.

Selamat bertunang sahabat puteri14, peminat tomok sejak zaman newboyz dulu dulu, fanatik warna pink, suka dengan hikayat penglipurlara. 

Thursday, 23 October 2014

30 Tahun Yang Dipinjamkan

Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka
Tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan

Syukur ke hadrat Allah SWT atas usia 30 tahun yang dipinjamkan..
Terima kasih abah atas segala nama keturunan, asuhan, didikan, belaian, keringat, kasih sayang dan segala yang abah limpahkan.
Terima kasih buat mak yang dah dulu pergi meninggalkan kami atas setiap air mata, mengandungkan, mengasuh, mendidik, kasih sayang, dan segala yang takkan pernah cukup untuk dijunjung tinggi.
Terima kasih abah atas doa yang tidak pernah putus dan terus berada disisi.
Terima kasih buat adik beradik yang sentiasa ada dalam susah senang, kadang berkelahi kadang berbaik, cicanglah ia takkan putus.
Terima kasih buat setiap doa kalian yang mengelilingi hidup ini.
Salam Maal Hijrah.

Tuesday, 21 October 2014

Mossy Forest Cameron Highland

Tetiba cerita tentang Mossy Forest, percutian tahun lepas dengan geng 8C. Sebenarnya aku pun tak tahu kewujudan Mossy Forest dekat puncak gunung Brincang. Kebetulan kami geng naik bus bercuti, jadi turun bus kami ambil travel agen, sangat kebetulan dapat masuk Mossy Forest dengan tourist Korea dan Singapore. Perasaan sampai ke Mossy Forest, macam cerita kayangan dan terus teringat dekat Filem The Lord Of The Ring. Bila aku search internet, memang ada terselit kenyataan bahawa Mossy Forest pernah dikenali sebagai The Lord Of The Ring, sejauh mana benar, terpulang kepada sejarah kerana sejarah ditulis oleh mereka yang menang. Maka sejarah kadang tersembunyi akibat kalahnya sebuah peradaban. Mengambil contoh Kerajaan Ayuthya Thailand yang telah meleyapkan Peradapan Khmer. Jika ingin mengetahui sejarah, bacalah di blog sejarahwan, saya cuma pencinta sejarah.
Memori bersama best team 8C, di sebalik kabus hutan berlumut-lumut, jalan sipi benteng sahaja sebab kabus menutup jurang hutan. Kalau agaknya tak ada kabus, gayatlah. Orang Korea, Singaporean dengan pelancong lain dok dengar pemandu pelancong cerita pasal kacip fatimah, kami Malaysian dok bergambar sakan. Inilah dalam sejarah aku tahu Malaysia ada Mossy Forest, memang macam pelancong yang sama team dengan kitaorang lah excited. Time pemandu pelancong tunjuk akar kayu tongkat ali dengan kacip fatimah berserta keterangan panjang lebar, sebagai rakyat Malaysia yang memang berpengetahuan luas tentang tumbuhan hebat itu, geng kami tangkap gambar sepuas hati. So, akak belanja gambar Model Mossy Forest sekeping. 
Apa kau buat disini budak
Tahukah ertinya mara bahaya
Lama tak nampak budak sebaya
Seusia kau remaja
(Feeling lagu Filem Magika)
Duduk termenung dalam hutan, gaya spontan waktu itu. Tengok aku pakai selipar tak ada masalah jungle tracking, sebenarnya aku memang tak sangka kena masuk hutan. Seingat aku memang tanah merah itu lecak, tersadung gakla sebab licin tak pakai sport shoe. Permandangan Mossy Forest memang indah macam alam fantasi. Sebab itu Mossy Forest digelar Fantasy Forest. Rugi kalau bercuti di Cameron Highland tak singgah ke Mossy Forest. 
Saya tak mampu nak bercuti jauh jauh, teringin juga pergi Pulau Juju tapi  tak sampai lagi, teringin nak pergi Tembok Besar China belum lagi sampai, yang penting saya tetap bercuti dengan cara saya sendiri ikut kemampuan. Paling best adalah kepuasan bercuti.

Wednesday, 24 September 2014

Patah ranting dicermin usia

Aku tercari cari maksud patah ranting dicermin usia. Sebaris ayat ini aku jumpa dekat intagram Jep Sepahtu tujukan buat sahabatnya Shuib Sepahtu. Kebetulan juga hari lahir seorang sahabat jatuh pada hari ini, aku belek facebook, tak ada sekeping gambar pun kami berdua, oh. Patah ranting dicerminan usia, rasa sudah dewasa, meniti usia. Lebih kurang tiga minggu lepas aku hilang sorang sahabat zaman sekolah rendah hinggalah akhir usianya. Arwah Zai seorang rakan yang baik, tak tergambar sedihnya hati melihat kubur rakan baik sendiri baru dikebumikan dan saat itu tak tahu nak mengambar rasa sedih. Sayu ditemani rakan baik, walaupun dah tak serapat dulu dan cuma bertegur sapa di facebook, mana mungkin memori ponteng sekolah agama untuk pergi mandi di wet world dapat di ulang kala ini. Maut tak mengenal usia dan ia pasti.
Kalaulah Sungkai itu dekat, nak saja aku selalu ziarah dan bersembang panjang tentang cabaran mengharung dunia kala ini. Takkan pernah aku lupa setiap sahabat yang sanggup berpayah bersama aku dulu dan kini. Selamat hari lahir sahabat, selagi hidup kita semai erti sahabat. Walau jauh mana kita pergi tak akan mudah aku lupa engkau dalam hidup. Sila, terima kasih sebab jadi sahabat aku, sanggup bersusah payah untuk aku dulu, jadilah isteri solehah di samping suami dan bersamalah kita menjadi wanita solehah. Alhamdulillah aku punya sahabat yang baik disisi walaupun dah ramai juga ke haluan berbeza tapi ada yang masih setia dan silih berganti orangnya. Aku doakan yang terbaik buat sahabat.

Sekeping gambar penghias seri yang tak mungkin kalah dalam memberi seribu erti. Zaman persekolahan yang dah lama berlalu, bila dibelek gambar ini teliti, hari ini ada 2 anggota Polis, seorang pegawai Imigresen dan seorang pagawai ATM. Siapa sangka seberjaya ini dapat dikecapi, semoga persahabatan terjalin menceriakan dan memberi erti. Walau antara kita sudah makin jauh dalam kehidupan masing masing namun kita pernah menjadi sahabat.

Saturday, 13 September 2014

Tempahan Qurban 2014 di Kemboja

Raya haji dan dekat, maka tempahan untuk ibadah qurban juga dibuka di sana sini. Buat anda yang ingin membuat tempahan secara online untuk ibadah qurban di negara Kemboja yakni sebuah negara yang mempunyai minoriti umat Islam di sana, equrban yakni sebuah badan dengan nama syarikat Equrban Resources Sdn Bhd yang di alamat 87A, Jalan 8/1, Seksyen 8 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor menjalankan ibadah qurban di Kemboja saban tahun. Tarikh tutup tempahan adalah pada 30 september 2014 memandangkan Hari Raya Aidiladha jatuh pada 5 Oktober 2014.

Maklumat tempahan melalui online boleh di buat di laman ini (klik sini) dimana saya juga merupakan salah seorang rakan niaga equrban. Bagi 1 bahagian lembu berharga RM280, satu ekor lembu yakni 7 bahagian berharga RM1960, untuk satu ekor kambing berharga RM550, satu ekor kambing Mekah berharga RM400 dan satu ekor kambing Indonesia berharga RM550.
Untuk maklumat lanjut sekiranya berminat boleh terus ke laman web equrban pada banner di atas atau klik link equrban ini. Tarikh tutup tempahan adalah pada 30 september 2014, jika anda membuat tempahan, setiap urusan tempahan dan bayaran di buat di laman wen equrban dengan mudah, sijil pengesahan juga akan diberikan bagi pihak anda dan ibadah qurban adalah dituntut oleh agama kita. Equrban juga sepanjang masa menyediakan ibadah akikah di Kemboja. Semoga niat murni anda akan mendapat syafaat.

Wednesday, 3 September 2014

Penat tak kerja makan gaji

Waktu kerja saya jam 9.00 pagi hingga 6 petang. Selalunya awal pagi saya ambil masa 15 minit untuk baca berita di internet, kemaskan kemasan tudung, dan bersedia untuk mula kerja hingga ada waktu senggang perut pun lapar, saya makan biskut, roti atau apa sahaja sarapan yang saya bawa contohnya esok pagi saya dah siap sedia goreng pisang, atau bawa nasi goreng semalam, atau biskut yang ada di rumah mahupun coklat untuk alas perut ke tengahari. Kalau menu saya berat jam 10 lebih saya dah tak sabar sarapan. Itu adalah rutin saya.
Kerja saya banyak tapi saya sistematikkan iaitu memberi sedikit masa senggang saya untuk berborak dengan teman office sebab jika saya dah busy, memang payah bergerak dari tempat duduk.
Saya seakan sedar dengan beban kerja yang banyak buat saya bekerja walau hampir waktu pulang. Namun selalunya saya akan bebaskan diri dari beban kerja pada sejam sebelum pulang kerana saya agak penat bekerja. Saya hampir salah mengira jumlah bayaran perkeso bulanan, saya silap tulis bayaran zakat staff secara tersalah orang dan paling benar saya boleh salah tarikh mohon cuti half day, itupun bos saya yang tegur. Adakah saya penat kerja makan gaji dan anda juga rasa begitu. Kadang saya putus asa juga dalam bekerja tapi itulah tempat kita cari makan. Tak ada pekerjaan yang mudah sebenarnya.
Untuk bekerja kita perlu motivasi yang kuat supaya tidak cepat mengaku kalah.

Tuesday, 2 September 2014

Fikirlah untuk bekerja tetap


Jika anda pernah membaca topik sebelum ini berkisar fikirlah untuk bekerja tetap bila saya bercerita mengenai kenapa gaji susah nak naik.   Harap terbuka hati adik adik untuk bekerja tetap.  Kejayaan tidak diukur dalam terpelajarnya kita ,  macam mana pandainya kita tidak menjamin bahawa kita beroleh kewangan yang baik pada masa depan.  Kalau dulu kita duduk di kelas 5 sains 1 sepuluh tahun lalu x menjamin bahawa budak kelas 5 sastera 3 lebih baik pekerjaannya dari kita.  Ia terbukti bahawa tinggi mana kita belajar bukanlah tiket berjaya pada masa depan tetapi rezeki masing masing.  Namun ilmulah yang dapat mengangkat darjat seseorang.  Tidak semestinya kamu lahir di bandar shah alam seketika dulu dididik oleh mereka yang berasal dari situ.  Pendidikan kita juga dididik oleh individu yang lain latar belakangnya bukan. 
Adakah saya tidak menggalakkan kamu belajar tinggi tinggi,  saya juga ke menara gading dan memengang segulung ijazah namun oleh sebab saya tidak bekerja tetap maka saya pada hari ini tidak sesuccess sahabat saya yang lebih berjaya.  Sudah 6 tahun saya habis degree,  cuma baru kali ini saya bekerja paling lama bertahan iaitu masuk tahun kedua.  Di mana saya 4 tahun sebelumnya,  sibuk merasa setiap pekerjaan tak sesuai,  nak cari kerja bagus,  tak risau sebab ada keluarga tanggung makan pakai dan bermacam alasan yang membazirkan masa.  Tapi saya berazam untuk kekal berjaya dan merancang kewangan saya,  sampai bila saya nak makan gaji. 
Ramai rakan saya yang hanya belajar takat spm dah berada di atas., pegang jawatan tinggi dan kumpul aset sedang saya masih berusaha ke arah itu.  Tapi ilmu memberi saya rasa sedar bahawa saya terdidik untuk berjaya. 
Dunia belajar adalah kenangan manis sedangkan dunia pekerjaan adalah cabaran hari ini.  Bersainglah untuk lebih berjaya, biar gaji rendah asal jangan kerja berpindah randah,  biar belajar dari bawah untuk tersenyum di kemudian hari,  manfaatkan setiap hasil titik peluh ke arah kebaikan dan kerjalah dengan niat yang ikhlas. 

Monday, 1 September 2014

Sambut merdeka peringkat negeri Selangor 2014

Alkisah pada 31 ogos 2014 yang lepas saya dan adik beradik bersama sepupu dan anak buah sekereta parking dalam perkarangan Masjid Negeri Selangor pada jam kira-kira 8.30 malam. Kakak sulung saya kebetulan beritahu kami tentang sambutan merdeka peringkat Negeri Selangor di padang bersebelahan Masjid Negeri dan berdekatan Muzium Selangor. Sambutan beserta makan-makan disediakan tanpa percikan bunga api .

Sampai sahaja ada seorang kakitangan pelawa kami maka nun jauh tepi padang, kami mulanya nak ke pentaa utama terus ke arah padang besar belakang bangunan umno. Menunya nasi impit,lemang ,rendang,kuah kacang, roti john,roti canai, nasi ayam, mee dan beberapa menu lagi. Airnya semesti air drinking water abass keluaran Kosortium Abbas sb dan air manis sejuk  serta panas. Jadi kami ambil port tepi padang makan atas rumput sempoi macam keluarga lain.
Tengok, kami sangat sempoi menikmati makan malam untuk rakyat Selangor. Waktu itu suasana tenang tanpa suara pentas utama kerana waktu itu solat Isyak kedengaran. Habis usai isyak barulah ada nyanyian di pentas utama. Hari pun hampir 9.30 usai makan kami pun menuju jalan raya untul saksikan pasukan kawad.
Sempat saya snap view Masjid Negeri Selangor yang indah. Kami pun ke check point kawad depan askar bawa bendera Malaysia, kawad bermula perbarisannya tepi masjid ke arah muzium dan depannya maybank, jadi peserta kawad mengelilingi padang tersebut. Hujan rintik rintik tapi tak renyai, nak menunggu mulanya kawad lama juga dalam pukul 10 baru mula dengan lagu negaraku. Skuad perbarisan pertama yang melintas adalah pancaragam Angkatan Tentera diikuti skuad atm yang membawa bendera Malaysia yang besar dan diikuti pasukan suk Selangor dan setiap majlis daerah. Paling tip top bila tengok seragam suk macam suk Johor bukan Selangor sebab pakai uniform biru tua. Malas nak komen sebab uniform lain pun lain-lain. 


Perbarisan kawad kaki yang baik bagi saya, diikuti basikal tua, motor, kereta, kenderaan rasmi mbsa dan konvoi kereta. Habis perarakan saya terus pulang sebab saya tahu tiada percikan bunga api akan dinyalakan. 

Disini lahirnya sebuah cinta, erti merdeka kepada saya adalah hidup bebas di sebuah negara yang aman merdeka. Selangorku adalah tempat kelahiran dan membesarnya saya. Meraikan sambutan merdeka di tempat yang sama saban tahun juga mengembirakan. Semoga lahir rasa cinta akan negara tanah tumpahnya darahku.

Anda bagaimana meraikan merdeka?d

Friday, 22 August 2014

Malaysia Berkabung Untuk MH17

Umum sangat tahu mengenai tragedi yang berlaku kepada penumpang dan anak kapal MH17 yang terhempas di Timur Ukraine atas perbuatan pihak yang masih enggan mengakui kesilapan mereka. Soal itu biarlah pihak berwajib menyelesaikannya, yang paling utama adalah menyempurnakan pengebumian jenazah dan mayat dengan segera.

Umum juga mengetahui bahawa bukan mudah kerajaan berusaha untuk membawa pulang setiap mangsa yang terkorban dalam tragedi MH17, akhirnya walaupun masih lagi dalam proses akhir pengecaman mangsa yang lain, kita perlu akur bahawa jenazah ini perlu disempurnakan segera mengikut agama anutan masing-masing. Bukanlah sengaja dilewatkan, ini tuntutan keadaan dimana setiap permulaan perlulah melalui proses pengakhiran.

Malaysia Berkabung Untuk MH17 dengan penuh rasa hormat dan bersyukur atas kembalinya kumpulan pertama jenazah penumpang dan anak kapal, layaklah mereka diberi penghormatan. Welcome Home antara kata-kata yang disebut-sebut rayat Malaysia yang menanti mereka. Semoga hari Malaysia Berkabung Untuk MH17 ini menyatupadukan kaum masyarakat Malaysia yang berbilang agama, bertakafur dengan cara ajaran agama masing-masing.

Jika saya adalah seorang yang berkuasa, ingin saya ucap terima kasih kepada Kerajaan Malaysia atas kerja keras organisasinya dalam membawa pulang MH17 dan seisinya kembali ke tanah air juga usaha menyelesaikan tragedi ini dalam menentukan pihak yang bertanggungjawab. Semoga Jumaat 22 Ogos 2014 kali ini memberi erti kepada setiap rakyat Malaysia tentang erti sebuah kedukaan dan memupuk nilai kemasyarakatan. Semoga pihak bertanggungjawab di bawa ke muka pengadilan, mungkin kita leka dan lali dengan kesenangan hari ini dan peristiwa ini memberi pengajaran buat Malaysia.



Malaysia berkabung
Selamat Pulang Warga MH17
Bersemadilah dengan aman
Berikan Malaysia sedikit masa
Untuk membuktikan salah mereka
Andai terlepas di dunia
Azab tetap menanti di sana

Sunday, 17 August 2014

Usaha yang perlu saya capai

Syukur, saya dah 1 tahun 4 bulan berkerja di sebuah syarikat kecil milik orang beragama Islam. Satu pencapaian yang membanggakan, inilah pekerjaan paling lama saya pegang selepas guru sandaran dulu, paling membanggakan dengan menjadi kerani akaun, saya dah berjaya beli myvi yang semampu saya. Kini saya nak melangkah setapak lagi untuk memiliki aset tetap yang lebih bernilai yakni kediaman, tak kira apartment, flat, dan teres asal saya punya aset tempat tinggal, saya merancang untuk hidup saya dan sebaik-baik perancang itu maha Pencipta Allah SWT sebaik-baik perancang.

Saya terfikir untuk isi myhome rumah mampu milik swasta, baru-baru ini saya telefon unit myhome di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan atas isu upload tak lepas, bila saya minta penjawab panggilan lihat maklumat diri saya, penjawab panggilan itu berkata pada saya "saya beritahu awal, jika gaji bawah RM3000 permohonan sebenarnya tak layak", saya kata padanya bahawa saya usaha isi. Waktu itu rasa sangat hampa tapi buat kata kawan saya "kita tawakal", saya belum berkahwin jadi saya tak boleh nak bagi gaji suami isteri untuk pendapatan isi rumah. Saya fikir masa depan, takkan saya nak tinggal dekat rumah orang tua-tua dah tua nanti, atau nak tunggu saya kahwin baru boleh aplly myhome atau seangkatan atau tunggu gaji saya RM3K ke atas baru layak, jadi dimana kelayakan wanita mahupun lelaki bujang, tolonglah lihat faktor umur juga kerana saya bukan muda lagi, jika hasil pendapatan suamiisteri  isi untuk kelayakan myhome1 itu RM3 ke RM4k, jadi kenapa fikir wanita mahupun lelaki bujang tak layak. Cuma sedikit pendapat, entah macam mana jika pendapatan suami isteri bawah RM3K, mungkin kerajaan patut pandang serius. Kalau myhome tak fikir mendalam mahupun buat statistik dari segi umur, gaji, pekerjaan, kemampuan mampu bayar, keadaan, persekitaran maka tak tahulah apa sebenarnya matlamat myhome.

Sekarang saya rasa saya dah mula stabil dalam ekonomi saya, dengan matlamat supaya saya boleh habiskan pinjaman pelajaran saya dengan konsisten, cuba sedaya upaya bayar ansuran bulanan myvi tepat masa, balas jasa abah yang besarkan saya, kamana lagi nak dibalas jika bukan ke abah sebab mak saya dah tak ada. Pada kakak-kakak dan anak buah, saya cuba gembirkan mereka. Mengembirakanahli keluarga adalah keutamaan sebenarnya. Soal jodoh, buat masa terdekat ini memang tak terlintas lagi soal nikah kahwin, yang ada cuma angan-angan, fantasi, rekaan semata-mata. Doakan saya bertemu jodoh dengan jodoh yang telah Allah SWT tentukan.

Kerja, inilah yang saya usahakan, berusaha untuk mencari rezeki yang halal walaupun sebenarnya bukan tugas wanita kerana setiap perempuan itu tanggungjawab walinya, takkanlah nak susahkan abah, pakcik-pakcik mahupun atok, selagi kerja itu sesuai untuk perempuan Islam maka saya teruskan. Apa lagi yang ingin saya capai, dah tak banyak yang ingin saya capai tinggi dan tinggi lagi. Matlamat yang saya nak capai sama seperti wanita Islam yang lain, itulah matlamatnya. Semakin berumur, semakin saya belajar erti sabar dan sabar. Saya cuba untuk mencapai azam saya, dah semakin dewasa.

Solat, saya usaha untuk jaga dan kadang saya lalai dan leka, puasa sunat entahkan tidak, jaga aurat, jaga perilaku dan semua soal muslimah. Ilmu yang saya ada sejak saya tuntut di sekolah agama dah banyak saya lupa, jika disuruh senaraikan sifat mahmudah pun dah tak ingat, fekah, tauhid, khot, dan banyaknya dah lupa. Tulisan jawi pun tak lancar mana, segannya saya. Bila saya berjumpa Ustazah saya yang merupakan jiran lama saya terus saya merasa sangat segan dan rasa rendah diri, sesungguhnya ilmu menangkat peribadi seseorang.

Kuasa, pangkat dan nama tak penting ke penting, kita kenal Ratu balqis pemerintah kerajaan Saba' yang angkuh dan menjadi isteri nabi Sulaiman AS. Jika contoh Malaysia, Tun Hasmah Ali isteri Tun Mahathir namanya akan tertulis dalam Sejarah Malaysia tidak seperti opah Hasmah isteri atok Rahim peneroka felda Amai-amai kan. 

sekian.


Tuesday, 1 July 2014

Berat Badan Lima Puluh Lapan Kilo Point Lima

 Memang berat bila ditimbang dengan kilo,
Berat Badan Lima Puluh Lapan Kilo Point Lima

Baru nak cerita soal berat badan sekarang
Motif, nanti lepas habis puasa nak tengok turun tak 10 kilo
kikiki

Ok by, mengantuk plak di rehat hari-hari puasa ni

Monday, 9 June 2014

Ikan Pekasam Opah

Da Dairy,

Kenapa tetiba teringat ikan pekasam opah yang nun kat kampung. Opah bukan calang-calang orang, masakan opah terhangat di pasaran, opah pun pandai buat ikan pekasam ikan talapia, dan ikan kering talapia. Air tangan opah memang urmm, tetiba rindu ikan pekasam opah buat. Ikan talapia/tilipia memang dah sinonim dalam hidup kampung kami, penuh ikan tilipia ternak mahupun liar dalam lombong.

Korang tahu tak apa itu ikan pekasam dan cara membuat ikan pekasam opah, yang perlu utamanya adalah ikan tilipia itu sendiri, rupa ikan talapia taklah manis mana tapi kalau ikan fresh wow manisnya isinya

Kata opah ikan talapia yang nak busuk dibuat pekasam, tapi selalunya tak sempat busuk dah buat pekasam. Busuk tu bukan terletak waktu proses pembuatan tapi pada proses peram dalam botol sebab ikan pekasam mana masuk peti ais, memang sengaja dibusukkan. Ikan yang dah siap basuh, wangi, fresh gaul garam kasar.


Haha, garam bukan letak secubit tapi segengam genggam. Dilapiskan dengan nasi sebagai bahan peram.
Maka berlapis-lapislah ikan talapia, garam dan nasi hingga penuh sebotol, Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan, bertapa busuknya bau ikan pekasam yang diperam hingga pepatah begitu keluar dari golongan melayu. Bau pekasam memang kurang menyenangkan bagi mereka yang tak reti makan tapi bagi orang kampung Perak khususnya, no hal. Sedap, busuk tapi sedap. Harum baunya bila digoreng dan dibuat masak lemak memang sedap tapi sedikit masin.

Nak balik kampung, teringin ikan pekasam opahku.