Tuesday, 13 December 2016

Cuba amalkan habatussauda

Habatussauda makanan sunnah.


Kenapa tetiba beli habatussauda ni yea. Ceritanya begini dekat tempat kerja lama aku memang ada sebuah kedai makanan sunnah dan kegunaan mengikut syariat islam. Pertama kali aku tahu pun waktu aku tercari-cari berus gigi sawak yang kayu tu. Harga berus gigi tak ingat tapi murah juga. Lepas tu aku ada beli kurma maryami kat situ sekitar 1 plastik RM9, kurma maryami jenis kurma yang kering. Aku amalkan makan sebiji dua sehari bila teringat. Sampailah raya barulah habis stok seplastik kurma itu. Kalau nak beli jus pati delima gulsan pun ada sebotol RM14.

  • Aku memang amalkan minun pati delima gulsan bila fikirkan kebaikannya. Hasil amalkan pati delima gulsan mungkin tak nampak sekejapan ambil masa. Contoh yang diberikan kalau kita amalkan tubuh badan kita hari ini akan sama sepuluh tahun lagi setelah amalkan. Pati delima gulsan memang baik diamalkan untuk sistem badan. Khasiat buah delima aje banyak, amalkanlah. Waktu temankan member baik beli pati kurma dan delima ternampak habatussauda. Seperti yang korang sedia maklum habatussauda ni makanan sunnah yang baik. Ia sejenis jintan hitam yang panas. Kalau terasa panas bila mengunyahnya baik rendam dalam 5 ke tujuh biji dalam air dan minum di pagi hari. InsyaAllah aku cuba amalkan. Harganya sekitar RM12 sebotol dan kalau setakat ambik 7 ke 14 biji sehari mau setahun baru abis sebotol. CUBALAH amalkan juga kerana habatussauda ada banyak manfaat didalamnya yang kamu semua boleh search untuk pengetahuan. 

Sunday, 30 October 2016

Pengalaman cari kerja guna jobstreet

Assalamualaikum
Alhamdulillah satu fasa baru dalam dunia pekerjaan apabila aku dapat kerja melalui jobstreet. Apa itu jobstreet pada aku ia adalah laman sesawang/website informasi jawatan kosong di Asia. Tapi aku tetap pilih kerja di daerah Klang ini. Secara purata untuk dua bulan setengah ini aku cuma dipanggil temuduga oleh tiga buah syarikat iaitu di Shah Alam, Telok Gong dan Kapar. Akhirnya aku berjaya juga menempatkan diri sebagai staff baru di sebuah company manufacturing. 

Orang kata usaha tangga kejayaan, lantakla orang nak kata bukan mudah nak dapat temuduga jobstreet tapi hati kena kuat dan cekal untuk dapat pekerjaan di laman sesawang ini. Paling penting kaji tempat sebab selalunya jawatan kosong yang ditawarkan jobstreet terletak di kawasan perindustrian dan calon perlu ada kenderaan sendiri untuk ulang alik. Memang betul dalam tempoh dua bulan setengah ini lebih seratus kali aplly di jobstreet cuma tiga interview yang dipanggil.  Dua bulan menganggur akhirnya berjaya juga. Terima kasih jobstreet kerana informasi anda telah berjaya menarik company menemuduga saya dalam krisis kewangan yang baru bermula memberi impak. Semoga cabaran kos hidup dapat dihadapi dengan baik. 
Berbalik kepada permohonan kerja saya di jobstreet, sebenarnya saya dah tak impikan mengejar gaji yang tinggi, jawatan yang hebat mahupun overtime yang mengila. Saya dah lalui semua itu dahulu sebelum saya mencari jawatan work life balance iaitu kerja cuma isnin hingga jumaat dan wekend merupakan hari cuti. Itulah yang saya impikan dan dimakbulkan Allah SWT. Waktu saya aplly saya memang pilih waktu bekerja weekdays supaya ada kerehatan dua hari. Saya meletakkan expected salary lebih rendah dari jangkaan dan sewaktu temuduga mengisi form syarikat saya meletakkan permohonan gaji lebih rendah dari apa yang saya minta di jobstreet sebagai satu strategi untuk mendapat kerja. Yang menyuruh saya berbuat demikian adalah sifu saya aka kakak saya. Biarpun pengalaman saya sudah 8 tahun tapi tak semestinya saya perlu demand.
Jobstreet juga menekankan pengalaman kerja atau skill. Oleh kerana saya fasih sistem perakaunan syarikat maka kelayakan saya adalah lebih melalui pengalaman. Pengalaman akan memberi kamu satu bonus untuk senang dapat kerja. Oleh kerana saya sudah tak boleh lari bidang, saya tetap berada di bidang yang sama sewaktu memohon di jobstreet. Pengalaman saya yang mahir sistem kewangan membantu saya sewaktu sesi temuduga. Jangan sesekali putus asa dalam memiliki pekerjaan. Tanpa saya sangka jobstreet membantu saya memiliki pekerjaan kini walhal saya daftar akaun jobstreet sejak 2009 yang lalu cuma tahun ini saya mengunakan aplikasi informasi pekerjaan dari jobstreet. Buat semua pencari kerja, jobstreet adalah lubuk mencari kerja, jangan terlampau memilih disaat ekonomi negara tenat. Semoga berjaya juga hendaknya dan sentiasa positif. Sesungguhnya pekerjaan adalah satu ibadah. Jika beroleh kesempatan ingin saya meluahkan sebab saya berhenti kerja yang lebih kepada masalah ekonomi, kemerosotan sales dan profit menurun. Pesanan saya buat semua jobstreet adalah medan mencari kerja yang hebat buat kamu. Wahai adik-adik janganlah kamu memilih pekerjaan walaupun kamu mengenggam segulung diploma mahupun ijazah dan selepas memiliki pekerjaan perlulah berfikirlah untuk bekerja tetap dan sentiasa berusaha untuk bekerja dengan baik namun jika kamu dimaki dan dihina sebagai staff kamu mempunyai pilihan untuk meneruskan atau bertahan kerana rezeki dalam bidang kerjaya ini adalah di tangan Allah SWT. Apa jua ketentuan baik rezeki, ajal, jodoh dan pertemuan adalah dibawah kehendakNya. 

Sunday, 23 October 2016

Tiga puluh dua tahun

23 oktober 2016 genap 32 tahun menjadi manusia bumi di tahun masihi. Dilahirkan jam 5.25 pagi, semoga dipermudahkan setiap urusan dunia dan akhiratmu Azura.



Selamat hari lahir kepada semua yang scorpio team.

Sunday, 9 October 2016

Bulan Harijadi


Masuk bulan harijadi.
1438 hijrah dah bermula pada 2 oktober lepas. Nampaknya bulan oktober ini bulan harijadi buat aku dalam kalender hijrah dan masihi. Selalu bila masuk bulan harijadi yakni oktober, dah tergambar hujung tahun di mata aku. Hujung bulan ini hari lahir aku dan kebiasaan pada sekitar berdekatan hari lahir aku belanjawan Malaysia akan dibentang. Tahun ini memasuki fasa bajet 2017.
Bajet 2017
Apakah yang akan berlaku pada diri aku pada tahun 2017? . Entah aku pun tak tahu apa yang tersirat mahupun terkandung. Korang tahu ekonomi Malaysia sedang goyang dengan harga barang mahal. Sebagai contoh aku selalu pada wekend aku beli stok ikan dan ayam di kedai Acheh, selalunya ikan pelaling sepanjang tapak tangan dalam 6 ekor sahaja RM7.00 dan aku terpinga. Setengah ekor ayam pada kadar RM10 dan ikan kembung besar 3 ekor sahaja cecah RM10. Tapi sebenarnya kalau aku ke pasar pagi ikan pelaling sekilo RM3.00 sahaja apakah oh apakah. Cuma aku perlu sanggup ke pasar pagi bukannya ke kedai Acheh terdekat. Oh malasnya, mungkin aku tak berkeluarga besar hanya masak untuk diri sendiri sahaja nak dibanding jiran aku yang bermenantu dan bercuxu. Sejak ekonomi teruk aku dah mula pandai beli sekarung bawang besar, cili dan bahan kering di pasaraya borong paling murah ditempat aku. Hanya lauk basah sahaja aku beli di kedai berdekatan rumah. Setidaknya aku belajar berjimat. Walaupun lari tajuk tapi apakan daya.
Apakah yang aku harapkan di penhujung 2016 ini?
Aku harap mampu bayar kereta myvi aku secara tetap. Aku harap aku mampu bangun pagi untuk masak nasi dan lauk buat adik aku dan diri aku sendiri. Aku harap ekonomi aku semakin kukuh. Walaupun dalam dua bulan ini sedikit goyah ekonomi aku tetapi aku tetap kuat bertahan dan sabar. Aku harap segala yang aku hajat dan impikan dipermudahkan semuanya. Semuanya tak mudah. Sifat perangai aku yang macam harimau ini dapat aku perbaiki. Tergamam aku tadi bila maklong aku kata tadi mesti kamu naik angin bila satu benda tak jadi. Oh ya aku memang suka naik angin tak semena.
Jika kamu lahir di bulan oktober, kamu seorang yang memilih jalan tengah. Seperti aku juga mereka yang dilahirkan pada bulan oktober berciri kepimpinan. Aku dilahirkan sebagai anak ketiga yang berciri api, dilahirkan di bulan muharam yakni bulan pertama dalam kalender hijrah dan berbintang kala jengking mengikut zodiak barat yang menyengat. Itu semua melambangkan ciri peribadi seseorang tapi tidak sepenuhnya. Perasaan gagal memyebabkan aku agak jatuh tersungkur tapi gagah lagi untuk aku terus berjalan mempertahankan segalanya.
Akhir kata aku sendiri suka menghayati lirik lagu cinta digarhayu ini
Ku terima segalanya
Namun tak aku menyerah
Kupasti ada jawabnya
Kuterima segalanya
Semua dan sesungguhnya
Cinta digarhayu
Cinta kau dan aku.
.
Aku tertinggal naskhah ini di office lama. Tak mengapa biar ini dimanfaatkan oleh orang lain juga.

Wednesday, 28 September 2016

Jejak Legoland 2016

Baru-baru ni aku dengan adik-adik aku dan anak buah dapatlah jejak Legoland atas sponser kakak aku yang sulung. Best memang best tersangat. Satu hari tak cukup banyak betul pitstop. Cuaca memang membahang dan harga makanan agak mahal. Minuman aje kami beli makan kat luar bila dah balik. Kami cuma makan combo ayam waktu kat waterpark dapatla air, kentang dan tiga ketul ayam. Sepanjang dalam Legoland asyik beli air. Haus tekak.
Bercinta juga nak ke Legoland ni, kalau google map tak membantu memang sesat sebelum bertemu jalan yang benar. Permainan memang terbaik, masuk je dekat depatment adventure memang jantung dup dap. Paling adventure bila korang masuk king of dragon memang dah macam roler coaster kat Genting. Kalau masuk studio dah macam dekat Icity dimana kuasa imiginasi 4D sangat best. Adventure dia lain macam. Pitstop main lego pun best. Budak-budak syok habis sampai nak masuk waterpark pun da pukul 5. 
Kita cerita pasal parking pula, agak jauh menapak tapi xla terlampau jauh. Parking RM10 kira okla. Budak-budak happy kami pun happy. Korang kena pergi untuk pengalaman sendiri.
Berpandu google map.

Serius seronok kat bawah aku selit gambar dari hp adik aku. Gambar di miniland legoland
Miniland Klia

Pelabuhan Tanjung Pelepas

Sehari tak cukup nak jelajah semua tempat. Jadi mana yang sempat kita cuba jejak. 
Jelas mereka gembira

Agak jauh juga legoland ni merentas Negeri Sembilan dan Melaka.  Tol sahaja dari seafield Shah Alam ke Johor Bahru RM43.++. Dua kali ganda balik Perak. Minyak myvi yang save pun pergi balik dalam RM90. Kalau nak ke sana bajet kena lebih dan berbelanja berhemah.







Monday, 26 September 2016

Dolsot bibimbap di Sweetree Ampang

Ke Ampang makan Koren style
Aku minta dolsot bibimbap beef with warn rice and paste pedas. Kejadahnya tak reti makan rasa nasi tu hangit pahtu tak tahu kena gaul dengan paste pedas sedap tu. Dok makan sohula, kimbab mix, jombroung dengan bermacam makanan korea aku bedal ajela labu. Sampai mengah nak makan air aku oder banana milk. Hahaha best gakla. After this tak jakun sangat masuk restoren korea.

Restoren ni dekatla gak dengan lrt Ampang. Sebabkan lrt Ampang ni last station susah gak nak cari. Price okla tak mahal sangat murah pun xla beb. Ok gerak dulu.

Akak-akak sangat

Sunday, 28 August 2016

Sayangku Kapten Mukriz

Salam ahad,

Sweet sokmo tengok sayangku Kapten Mukriz sampai berangan melayang-layang. Cantik betul Niena Baharun gaya shawl dia yang stail sweet. Terjebak jugala orang disini. Mana taknya ayu,cantik, kulit mulus dan muka matured sikit dari usia tapi memang terserlah keayuan. Ni Dato Seri Vida kalo buat jadi duta Pamoga Qu Puteh sesuai senegeri pulak tu. Tambah ayu pakaian dia labuh sama ada tshirt, blouse, jubah meme tertarikla nak bergaya macam tu juga. Cuma kak umur macam mu kak kecik molek la keding loni lonjak 10 kilo dah. Kak dok berangan nak beli baju cecantik macam dalam cerita ustaz Mukriz bila Ariana Dahlia bergaya sokmo cantik anggun.
Pergi demi tugas, pulang demi cinta ini meme quote atm tak kira darat, laut  mahupun udara. Semua orang pun tahu cerita drama ini adaptasi novel Anugerah Terindah. Aku pun terpaut tertaut. 

Sweet betul gandingan kali ini tak kenal terus terkenal. Mana nak carik suami beriman macam Ustaz Mukriz ni. 

Aku boleh jatuh cinta berkali-kali dengan lagu black Anugerah Terindah ini. Memang jatuh cinta sangat dengan lirik puitis melekat kat sanubari.

Cerita pun tahu bahawa semua orang tak sempurna. Tapi aku memang jatuh cinta dengan penampilan dan perilaku Niena Baharun dalam cerita ini cuma sebelum kawen yang gedik nakal tu tak semua perempuan berani buat. Tapi takla terlampau sangat kenakalan tu ditonjolkan. Ate doktor tak masuk duty ke selalu benor ponteng keje yea. Tu tak masuk di akal sangat. Kapten Ustaz Mukriz ni smart waktu beruniform sampai jatuh hati dengan keterampikan dan perwatakan dia. Back to realiti, aku bukan doktor dan bakal suami aku pun rasanya bukan title ustaz. Sikit lagi drama sayangku Kapten Mukriz akan hilang dari radar dan yang tinggal adalah memori sebuah drama yang meresap masuk ke jiwa. Perwatakan dan penampilan sebagai isteri solehah itu cantik dan menawan. Adaptasi novel tapi terkesan di hati. 


Saturday, 20 August 2016

Tan Wee Kiong dan Goh V Shem



Baru sebentar tadi sekitar jam 1.10 pagi 20.08.2016 aku melihat kekalahan pasangan beregu lelaki badminton rio 2016 dimana kalah dengan sangat tipis pada set ketiga 22-20 melawan beregu China. Perasaan sedih sangat bercampur baur dalam diri bila aku menonton dari set awal lagi. Mungkin tuah milik mereka yang berbaju merah malam ini kerana sebelumnya penentu final perseorangan wanita badminton dimenangi oleh Milan dari Spain yang berbaju merah. Itu cuma teori yang sengaja diandai oleh kakak aku sendiri. Pada aku mereka pasangan yang tidak diletak harapan tetapi memberikan perak yang cukup berharga di Sukan Olimpik Rio 2016. Satu lonjakan yang hebat buat mereka dan aku rasa perih payah mereka untuk cuba memberikan yang terbaik. Mereka hebat.
Sebenarnya aku sendiri tak ikuti perkembangan sukan negara. Oleh kerana aku mengharungi cuti panjang dalam sepuluh hari ini dan sepuluh hari mendatang, kesempatan inilah untuk aku menyaksikan atlet negara yang bersaing. Bermula dengan kemenangan Pandelela dan Jun Hoong dalam acara terjun seirama yang meraih perak tanpa harapan pingat, kejayaan Azizul Husni dalam berbasikal untuk pingat gangsa yang ditunggu-tunggu dan kejayaan beregu campuran badminton negara  Goh Liu Ying dan Chan Peng Soon yang meraih perak. Atas kejayaan beregu campuran ini banyak artikel utama dikecam masyarakat dengan meletak tajuk "hanya sekadar" atau kata-kata yang tidak memberangsangkan. Bila aku menonton beregu lelaki ini betapa susah payah mereka dalam set semua pencapaian atlet bukanlah "hanya sekadar" tapi kekuatan mereka adalah kebanggaan Malaysia. Baik gangsa, perak mahupun emas yang dinanti, atlet adalah penyumbang setiap kejohanan. 
Pagi tadi sewaktu aku menempuh jem dari Klang ke Shah Alam di atas fly over jambatan menuju ke Shah Alam melalui jalan persekutuan terpampang potret sebesar bangunan wajah beregu campuran badminton no.1 Malaysia yang dipaparkan di bangunan Lhdn Klang. Jika tidak kerana kejayaan yang diraih juga keringat usaha maka tidaklah orang cetek sukan seperti aku ini mengetahui bahawa atlet sukan negara makin cemerlang. Faktor kerja yang sehari hari juga tanggungjawab pada diri, keluarga dan orang di sekeliling menyebabkan fokus aku hanya tertumpu pada kehidupan harian. Paling aku ada masa cuma sekitar jam 7 malam untuk menonton slot Akasia sayangku Kapten Mukriz dan berita jam 8.00 dan selepas itu penumpuanku mungkin lebih kepada kerja rumah dan istirehat. Jika kamu tidak melonjakkan nama kamu sebagai nama besar dalam liputan berita semasa semestinya aku tidak mengikuti perkembangan seperti ini. Aku sedikit kecewa bila melihat Pandelela tidak menang madel untuk individu tetapi bila aku fikir bertapa sukar papan anjal dengan beberapa kali difficult road untuk diatasi seeloknya ayat yang perlu ada "dontgiveup please" disampaikan padanya melalui instagram miliknya. Untuk sukan badminton aku sendiri merasa kagum dengan atlet Malaysia. Sukan sangat menyatukan rakyat. Dato Lee Chong Wei adalah nama besar yang mengkagumkan dan aku sangat suka dengan personalitinya. Dapat mengalahkan Lin Dan tadi di semi final memuaskan hati kita semua. Dibahu Dato Lee Chong Wei masih ada sinar emas buat Malaysia jika luck menyebelahi kita. 
Menonton secara langsung beregu lelaki badminton akhir antara Malaysia melawan China tadi sangat mendebarkan dengan setiap mata berharga. Seolah Tan Wee Kiong dan Goh V Shem memberi mata mudah kepada China tetapi untuk berada di tempat mereka beraksi dengan pencapaian tidak mengaku kalah itu membanggakan. Kalah dengan sangat bermaruah dan membanggakan rakyat Malaysia. Olimpik Rio 2016 ini sangat bererti buat Malaysia kerana pungutan pingat terbanyak dalam sejarah negara setakat ini memecah rekod. Aku betul-betul mengharapkan luck pada pasangan beregu lelaki tadi tapi buat Goh V Shem dan Tan Wee Kiong hayati lirik lagu kesukanan ini
Andai engkau jatuh
Jangan engkau lemah kerana hidup mengajar kita jangan pernah mengalah
Bina yakin diri
Mampu kita lakukan tiada yang mustahil segalanya boleh
Kita bersama meraikan Malaysia

Dan

Jika kau fikirkan kau boleh
Kau boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu usahamu tidak menentu

Selamat malam Malaysia dari sudut aku yang sedang bercuti panjang ini semoga atlet Malaysia maju terus maju.

Terima kasih Pandelela Rinong
Terima kasih Cheong Jun Hoong
Terima kasih Azizulhasni Awang
Terima kasih Goh Liu Ying
Terima kasih Chan Peng Soon
Terima kasih Tan Wee Kiong
Terima kasih Goh V Shem
Terima kasih Dato Lee Chong Wei

Terima kasih buat semua atlet Malaysia di kejohanan Sukan Olimpik Rio 2016.

Dalam apa jua bidang dan tanggungjawab kita akan menempuh susah senang, jatuh bangun, kekalahan juga kemenangan. Sikap positif dan persekitaran positif akan membantu kita untuk tidak berputus asa dan kuat.

Nota kaki: do no why, aku suka tengok penampilan Liu Ying sebab aku rasa dia cute, cantik dan manis. Nak berangan sekali imbas nampak macam Liu Ying versi gadis melayu mix cina. Aku suka tengok muka dia x ada riak stress and maintain cute dan comel. 

Monday, 8 August 2016

Restoran Kukus Sungai Bertik Klang


Susur tepi sungai Klang area Sekolah Menengah Hishamudin lama ada sebuah restoran baru dengan konsep klasik zaman bujang lapok. First ajak member try satu set tempoyak ikan patin bahagian badan rm13 menjadikan mataku terbeliak dengan kuantiti makan dua orang. Cungap nak habiskan dan member pekena set nasi kukus ayam goreng rempah rm6.50. Set ini air teh ais foc. Suasana restoran macam senibina kedai lama dari pelbagai sudut. Kerusi mejanya dari kayu papan, staff pun pakai songkok tinggi, ada congkak disediakan, air gas dalam botol kaca dan aneka barangan klasik dipamer dengan alunan lagu klasik. Esoknya bawa family pula nak kasi abah merasai nikmat restoran stail kampung ini.
Reaksi abah sangat kagum, mengamit memori zaman kanak-kanak abah waktu tinggal di rumah arwah onyang lelaki dan perempuan dulu. Abah teringat arwah atok dan opah yang banyak membesarkannya. Abah order set roti dan kari kaki ayam rm3.50 tapi bila tengok kami makan set nasi kukus ayam rempah selera abah pun datang juga. Bertambah kami order dua mangkuk kari kaki ayam lagi. Kata abah susunan dinding papan mengingatkan abah pada rumah arwah mertuanya yakni ibubapa arwah mak tapi suasana dalam restoran itu sangat mengamit memori rumah lama arwah moyang. Ada juga sisi yang seolah kedai cina zaman dulu. Airmata abah juga bergenang teringat arwah moyang dan arwah atok. Kalau arwah atok ada mesti seronok ke sini. Percaya tak korang yang roti kari kaki ayam dah macam cerita bujang lapok tau yang waktu rumah diorang terbakar dan bujang lapok makan roti cicah kari kat tepi jalan tu. Kata abah mujur tak hidang macam cerita bujang lapok kari letak dalam tin susu.
Baru 4 bulan beroperasi dan waktu malam ada menu tambahan yang lain. Kata abah makanan persis chef masak kami makan bukan tahu menilai pun.
Penghias muka depan kali ini Kudin (anak buah) dan Acu (adikku)

Tak sangka restoran baru buka 4 bulan ini mengamit memori zaman budak-budak abah. Abah cuma muda sedikit usia dari Dato Lat kampung boys yang berasal dari Kota Bharu Perak itu dan kampung abah pun berjiran dengan Kota Bharu. Jika nak cari kelainan dengan harga berpatutan, datanglah ke Restoran Kukus.

Tuesday, 26 July 2016

Amyra Rosli 2016

Ada -ada saja.
Sebenarnya aku cuma terasa nak bercerita tentang Amyra Rosli yang cantik lawa. Bukan nak cerita mengkritik tapi cerita tentang usia si gadis. Korang tahu umur 24 ke 25 ni memang cantik manis. Patutlah ramai mengorat waktu tu. Jujur bila Amyra buat pengumuman bertunang aku ikut sokong. Pasaipa sebab memang waktu tu sesuai kawen umur macam tu. Kalau aku boleh ulang umur macam Amyra. Aku pun terima balik pinangan yang dulu eh bukan, aku akan terima seseorang yang aku kapaikan.
Pada kemuncak kerjaya, dia decide kawen beb kira memang dah jumpa orang yang sangat betul. Well done adik Amyra. Semua orang tak sama kisah hidup cuma aku nak korang tahu peritnya kita menolak dan tertolak. Perempuan macam aku yang ada sejarah menolak seseorang rasanya memang pahit bila seseorang menolak kita pula. Jadi kalau dah jodoh kawen cepat. Semoga Amyra success dan semoga pilihannya tepat Amar Bahrin tu kan. 

Saturday, 23 July 2016

Ice Bucket Aeon Shah Alam

Assalamualaikum,

Cerita cuti plan ke ice bucket Aeon Shah Alam. Ice bucket ni agak viral kat facebook akak jadi nak juga merasa. Alkisah kena susun jadual nak ke sana kalau wekend takut kempunan. Bff jauh datang menjengah, semestinya inilah peluang kami. Susun silang kata juga nak ke sana. Since bulan puasa hari tu tak dapat nak merasa ice bucket. Kita postpone di hari bulan yang mulia ini.
Sampai kami order fruit mix. Ok memang betul elok datang 3 ke 4  orang sebab korang kena bayangkan bucket. Lagipun ice kan cepat cair so memang membazirlah kami berdua. Yang best target nak merasa ice bucket tu tercapai sudah lebih-lebih lagi kalau pergi dengan bff kan. So layan sejuk-sejuk.
Price satu bucket RM29.90 include gst (goverment service tax). Ada juga disediakan menu lain western ala Malaysia dan menu kita yang biasa. Bawala yang tersayang ke sini yea.

Monday, 11 July 2016

Team Raya Perak

#teamrayaperak
#salam 6 syawal 1437H

Campak belakang sikit.

Malam raya berbuka di padang Setia Alam Convention Centre. Alkisah masih ada keperluan raya tak lengkap. Lepas berbuka dah ada kedai tutup ofcoz malam raya. Bertolak dari Setia Alam jam 9 malam. Lebuhraya PLUS kan jem siap letak singboard "gunalah laluan alternatif Slim River" atau Sungkai". So memang sedia maklum highway Sungkai dua line dicide masuk Slim River sangat lancar dan sampailah ke kampung halaman.

Pagi raya lepas dah beraya ke rumah opah sedara menu laksa, rendang , ayam masak merah semua sedap. Lepas zuhur baru ikut team pakcik makcik ke Gopeng beraya. Malam raya sambung beraya sampai tengah malam. 

Kebiasaan rumah abah tempat beraya dan berborak sampai tengah malam. Bunga api dengan mercun merdeka diorang dok pasang berdentum. Karaoke pun ada, kampung meriah sungguh. Berborak sambil makan brownies. 

Pagi raya kedua tambah meriah mee goreng basah laku keras. Ada pulak lontong dengan rendang kerang menjadik. Tenghari pula beraya di rumah kakak di Kampung Gajah. Alkisah raya memang rasa tak nak balik pekan dah. Seronok sakan dan petang raya kedua kebisaannya dah ramai ke rumah mertua dan yang dari rumah mertua balik kampung pun ada. Team raya Perak memang ohsem tak sama kot kalau beraya di tempat lain.

Paling best konvoi raya, terjah rumah sedara mara berkumpulan. Ini cerita raya penulis blog, raya korang kisah korang la kan. Banyak betul hashtag #clan #team #sg. So inilah #sweetazuraclan #sweetazurasg #teamrayaperak. Syukur ke hadrat Allah SWT atas kurniaan keluarga besar kami, nikmat hidup, kegembiraan dan segalanya yang indah. Semoga aidilfitri kamu semua juga penuh keindahan di bawah lindungnNya.

So, back to routine dan selamat kembali ke pejabat. Selamat mencari rezeki yang halal dan semoga dipermudahkan segala urusan. 

Salam sayang dari #teamrayaperak

Tuesday, 5 July 2016

29 ramadan 1437 Hijrah

Salam aidilfitri


Tahun ini berbuka pun kebanyakkannya beli dekat bazar ramadan. Memasak memang tak larat penat. Waktu kerja memang busy rehat pun buat kerja tak sempat nak rehatkan badan. Bagi company forwarding untuk bulan beginilah job banyak untung.

Esok 1 syawal, ramadan meninggalkan kita sekejapan setelah sebulan datang ziarah. Cuaca mendung hari ni rasa seronok sebab nak beraya. InsyaAllah petang karang gerak balik Perak. Kebiasaan malam raya berbuka di atas jalan raya. Jadi siap-siap bawa juadah berbuka puasa dalam kereta mana dan nanti kita iftar. Malam insyaAllah sampai kampung.

Untuk korang semua pembaca semakin kita matang semakin kita tak kisah kalau tak ada kasut baru atau aneka barang baru. Pada aku tahun ini dapatlah menempah dua pasang baju, shawl pulak rezeki tahun ini hampir 30 shawl bos kasi lambak. Kayalah adik beradik aku bershawl belit-belit. Alhamdulillah semoga bos dan company aku dimurahkan rezeki. Juga semoga rezeki kita semua di murahkan.

Saturday, 18 June 2016

Pengalaman menjadikan kita matang

Entah terfikir bila tengok quote
Ilmu itu bernilai sangat. Kalau tak ada ilmu tak pandaila kita.

Pengalaman mematangkan kita bukan usia. Sebagai contoh kadang orang muda memengang pangkat tinggi dalam satu pasukan dan dia perlu berjiwa matang dan tegas. Ataupun kalau dia anak lelaki last tapi dia sorang aje lelaki dalam adik beradik maka tanggungjawab dialah paling besar kan.

Sabar sabar sabar orang sabar memang ada power. Orang yang sabar ini memang ada kuasalah.

Berkerja keraslah untuk capai sesuatu. Tanpa keje keras takkan bergolek ilmu di dada kan.

Haha ni ayat dari facebook dimana keboleh tahanan maki itu penting dalam kebanyakkan situasi
Guru paling baik adalah kesilapan yang kita perbaiki kan. Yakinla pada diri sendiri.

Tuesday, 14 June 2016

Salam ramadan hari ke 9 1437H

Salam ramadan

Alahai lemau, semalam berbuka di secret recipe jadinya sebab dah lemau memasing. Nak masak pun ke laut dalam. Kakak tak larat aku pun lemau jadinya cadangan aku lepas berbuka baru masak. Entah mana datang idea nak makan dekat secret recipe tesco. Berbuka ala kadar air dan kurma, solat dan ke tesco kita. Pekena tomyam ketiaw udang tu penangan puasa kongsi aje. Gambar tidak dilampirkan menghormati bulan puasa.
Datang idea lagi, balik dan tido bersahur mamak kita. Kononnya 4.00 pagi ke mamak mungkin sebab tengok jam pukul 4.00 sunyi je tak jadi kot ke mamak so tido balik. Sekali 4.30 katil kena gegar ke mamak kita. Oleh sebab nan cheese tak ada kita makan nasi jugala. Alkisah puasa kali ini kepenatan melanda. Mungkin tahun ni tak buat kot berbuka beramai-ramai sefamily ajak sedara mara memasing penat letih lesu. Ok update sesekali berpagi-pagi.

Sunday, 5 June 2016

Short Vacation Icity School Holiday

Ke Icity kita buat short vacation.


Icity tempat menarik untuk dilawati seisi keluarga juga umum kepada semua untuk keseronakan seharian. Ini juga tempat percutian menarik di Selangor. Terletak di seksyen 7 Shah Alam dan sempadannya Bukit Raja Klang. Icity dah bertambah menarik untuk dilawati.
Kami bertolak awal pagi dari rumah parking dekat area hotel icity dan cari kaunter. Kaunter terletak di ruang legar red carpet icity. Ambil pakej cuti sekolah dengan harga sangat berpatutan. Kami masuk water world icity orang memang ramai. Mandi dekat bahagian ombak tu memang best dengan muka bebudak sangat ceria. Pelampung adalah percuma mengikut tempat mandi. Lama kami mandi sekitar 3 jam, makanan boleh bawa masuk tak ada halangan. Loker biasalah RM10 kena belila kalau semua terjun masuk air. Semua tu kena pakai icard.
Dah mandi fasiliti yang baik. Kami masuk snowalk main salji yang memang termasuk pakej. Masuk sahaja beku beb main slide gelongsor ais. Bebudak seronok sakanla main gelongsor ais naik biru. Ate camne nak pergi Korea nak oi mak dia cakap. Aku sebagai mak sedara cakap "abang macam mana nak belajar luar negara nie". Besar harapan nak di bahu kamu.

Dah reda sejuk snowalk kami masuk adventure studio madagaskar naik train melayan bebudak. Kami naik juga ikan paus atas air tu nama tempatnya under the sea. Syarat naik satu paus tak boleh lebih berat 70 kilo. Korang bayanglah akak naik juga beb melayan bebudak. 

Ok, kami ke fun drive untuk bebudak bawak kereta belajar driving school. Kira bebudak belajar memandu, ikutkan kami yang besar boleh memandu tapi malaslah akak nak drive beb. Biar diorang heppy muka memasing happy giler.

Kat blok tersebut ada submarine 5D studio Korang boleh tengok konon masuk kapal selam beb siap imiginasi klcc bawah air dalam jangka masa beratus tahun yang dulu. Percayala kuasa imiginasi, masuk kapal selam beb. Boleh kata kami saing dengan family india dengan cina sepakat aje. Then adventure studio bawa kami masuk 5D wayang pulak imiginasi dengan siap kerusi bergoyang. Korang bayanglah betapa seronok bebudak.

Sebelah 5D ada storm area tapi aku tak tahu nama rasa submarine so mari tengok kilat siap pakai baju hujan. Merasai macam mana kilat petir hujan dalam kapal kot. Haha basah kami siap tanggal kasut. Keluar dari situ bahagian mainan padang dah bukak merasalah bebudak main sekejap.

Kami turun ke 30 jungle train. Maka naiklah kami jungle train baru buka time tu. Sejujurnya kami naik giant ferris wheel perasaan time tu rasa menyesal naik beb tapi depan bebudak tunjuk berani sangat. Sebab wheel tu lambat gerak. Pengalaman.

Konon bebudak nak masuk house of horror kejadahnya aku mana pernah berani masuk rumah hantu. Erm beranikan diri aje dengan bebudak nasiblah masuk dua keluarga korang taulah memacam benda pelik dalam tu dah la gelap. Akak tak suggest bawa bebudak beb. Lepas tu ada adventure studio naik tangga beb tengok kapal angkasa lepas tetiba ada transformer kuning tu. Boleh pulak ada train kena tembak dulu baru ke next station. 


Barulah masuk red carpet bergambar dengan Mr Bean, Tuanku Abdul Rahman dan Mr and Mrs Smith memang bestlah beb ceria hati akak. Trick art museum pula memang bestlah bebudak kemain bergambar. Bahagia betul diorang padahal kaki kami dah sakit mana taknyer semua studio ken naik tangga.

Meronta si abang nak tengok city of digital light. Misi kami kali ni bukanlah jalan-jalan tengok lampu tapi merasai permainan yang ada dekat icity. Nak naik juga space walk adventure kemain aku bukan berani sangat tapi naik jugalah temankan si budak. Diorang nak naik twist boat ok kita naik. Pastu moon jelly yang terbang tu ok naik dan kuda pusing ok naik juga. Yang motor dance ride tu bebudak tak boleh aku tengok orang besar naik pun seram. 
Korang bayangkan dengan pakej cuti sekolah RM75 hengget semua tu all pakej siap ada yang kami tak pergi sebab tak cukup masa. Tak sangka icity menceriakan short vacation kami seharian. Sampai makan pun roti aje kejar masa.


Tuesday, 31 May 2016

Selamat Datang Jun 2016

Rasa macam nak bagi salam, assalamualaikum.

Perasan atau x esok dah terpengahan tahun 2016 dan kalau ingat tahun lepas kita akan jumpa banyak cuti hujung minggu kebetulan minggu ini pun cuti sempena besday Agong. Wah tambah nak sambut puasa sudah kita.
Permandangan dari meja penulis yang kial-kial lagi memikir wah tengah tahun sudah. 
Salam ramadan dari diriku ini.
Nak cerita banyak tapi banyaknya kerja, menung, berangan dan senyum sendiri.

Monday, 23 May 2016

Tumit kaki pecah-pecah

Ah sedih tengok tumit kakiku. Berat makin bertambah mana taknya badan tak mampu menampung beratnya. Kaki saiz 5 badan overweight aishh. So rasa malu pulak kalau ada yang memerhati macam kita ni jenis tak jaga kebersihan diri. Maka mari google cara atasi pecah tumit. Memang pecah tumit aku makin teruk meh la mencuba sesambil kurangkan lemak di perut, didagu, dipipi atau lelemak sekelian.



Google yang mudah sahaja. Oh kurus untuk raya macam tak sampai target. Asalkan kurus sikit dahla below 60kg kan.

Tuesday, 10 May 2016

Terima kasih google adsense

Alhamdulillah,
Berjaya daftar google adsense dua tiga hari lalu. Wah rasa berjaya korang bayangkanlah percubaan selama ini gagal sokmo sekali lulus senyum sokmo. Dulu beli website bagai sekarang tak apa dok kat blogspot pun rasa boleh jana pendapatan sampingan.
Problem aku sekarang tak reti letak iklan sahaja puas la cuba tak keluar beb. Hua hua kebil-kebil akak. So kita tengok la performance google adsense akak progresif atau represif iye idak sebab akak pun buat trial and error dulu.
Ok akak nak godek-godek iklan google adsense ni nak belajar sesikit. Mudah mudahkan boleh menjana side income.
Kalau tetiba baca keluar iklan kat mobile phone tu google adsense lah yea.

Monday, 25 April 2016

Mendarat di Klebang Original Coconut Shake

Pendaratan berjaya.
Kami otw balik dari party besday anak bos dekat Jasin. Jadi rasa macam nak jalan tengok pantai susur la ke Pantai Klebang yang tak berombak itu. Pantainya indah dan damai panas tak panas musim pencemaran udara dan elnino ini. 
Indah kan pantai klebang selama belajar bertahun kat Melaka jejak pantai Klebang pun tidak tapi tahun ni aje dah jejak dua kali. Tekak yang kering harus dibasahkan dengan air sejuk. Untuk tidak menyesal di kemudian hari maka jejak juga ke Klebang Original Coconut Shake yang padat cari parking ke dalam kekonon nak duduk sambil menikmati coconut shake dengan kuih keria famous. Walaweh padat jadinya kami beratur ajela nak beli coconut shake ini lagi pendek dari beratur nak makan jadinya otw patah balik ke kereta dapatlah permandangan di bawah ini.
So candid sajela dijalanan itu. Harga coconut shake spesial rm2.70 so berbaloi tak mahal mana dan memang sedap lahai minum sambil drive dari Klebang sampai Alor Gajah baru habis sedut sampai terlepas simpang tol plus uturn kat Stadium Hang Tuah. Melaka sangat tak jem kali ini. Mudah sahaja perjalanan tanpa sesak di jalanan. Cuti singkat dengan bajet cincai sahaja dan jadilah buat kami yang single ini. Memang Klebang Original Coconut Shake ni ramai orang sangatlah famous seantero sampai ada jalan alternatif nak pergi pantai Klebang tak perlu lalu depan coconut shake tapi buat kami yang sukakan kepuasan dan enjoy bercuti.

Sunday, 17 April 2016

Shell Out dalam cafe Dyse Gallery

Inilah dia shell out menu per pack. Shell out dalam butik tak besar pun ada tiga empat meja kalau ramai baru buka dekat kaki lima butik. Suasana pun exclusive diam dan aman. Ekceli kami jumpa shell out harga berpatutan kawan atas kawan so why not try. Tempat ni area johan setia Klang kira dari pekan Port Klang jauh jugaklah. Memang agak ke dalam untuk masuk berhadapan pasaraya CLC ofkoz aku pun first time dengar. Kawasan ini Bandar Putera 2 memang bagi yang biasa dengan area Klang rasanya boleh sampai. Makanan memang sedap dan memang repeat lagi lepas ni.
Officemate memang dah lama cari kat mana shell out bajet. Kami pernah nak try shell out dekat Klang RM25 tapi selalunya tak boleh main terjah. Kena booking sehari awal. 
Menu ketam sweet sour, kepah lada hitam, udang buttermilk dan sotong goreng tepung air foc. Harga per pack RM16 per individu ada juga pek mahal ikut bajet kita. So far pek RM16 memang puas hati. Butik pun orang melayu kita yang punya lagikan menyokong usahawan wanita. Kalau rasa teringin search aje Dyse Gallery Bandar Putera2. Sekarang aktiviti dengan kawan office atau member memang cari port makan terbaik dekat Klang. Makan sambil borak.  Kami cari yang harga berbaloi dengan bajet kami. 

Saturday, 16 April 2016

Try steamboat & grill D'Raja Kampung Raja Uda Port Klang

Dah try steamboat n grill D'Raja Kampung Raja Uda Klang. Ok we set time after balik keje dalam pukul 6.30 gitu just terus datang tak booking pun. Oleh kerana kami bertiga sahaja tetap orang buffet kasi makan terus. Terbaik kambing grill makan ke lagi-lagi. Kami pilih kuah tomyam yang ohsem.
Kami decide ketam, kepah dengan udang masuk dalam kuah tomyam dan grill kambing, sotong dan udang. Ada juga kawan ambil fish ball bagai tapi kuantiti sedikit. Aku kalau ikutkan sejarah bersteamboat n grill mesti tak termakan kaedahnya. So memang tak ambil. Penuhla tomyam dengan cendawan pelbagai cendawan memang terbaik. Dua pinggan kambing aku grill dan makan walah dan sepinggan udang grill.
Oleh sebab kosong makan dengan senang hatinya. Port makan terbaik dan sikit masa lagi akan jadi tempat makan best dekat klang. Wekend kedai ni memang penuh cuma hari biasa tak penuh sebab baru buka dalam awal tahun orang ramai tak tahu lagi.
Harga RM19.90 per person
Time open 6.00  petang
Macam mana nak pergi, terletak bersebelahan Sekolah Rendah Agama Kampung Raja Uda Pelabuhan Klang.

Tuesday, 12 April 2016

Membanting tulang mencari rezeki

Ekonomi sekarang merundum rasanya. Nampaknya banyak company resize dari besar ke kecil. Dengar sana sini company buang orang. Aduh kami yang membanting tulang mencari rezeki ini sedikit terkesan dengan krisis ekonomi. Mana taknya company kami pun semakin kurang staff dan struggale untuk survive. Bukan senang nak senangkan. Jadinya perlulah berhempas pulas keringat membanting tulang empat kerat ini.
Tadi aku screenshoot maksud membanting tulang. Yakni berhempas pulas seakan maksudnya. Sekarang kena banyak sabar dengan kos hidup. Dari pagi ke petang menyelak payment voucher bulan 3 untuk siapkan submit gst hujung bulan. Entahla cukai barangan dan perkhidmatan ini releven atau tidak. Aku bukan pakar ekonomi jauh sekali penganalisis. Cuaca agak membahang sekarang dan aku mula amalkan air kosong sebagai sulaman. Bulan rejab dah sampai sedikit lagi syaban dan seterusnya ramadan. Puasa wajib diganti berlegar rancangannya dikepala. 
Berfikir sejenak akan maksud membanting tulang mencari rezeki dan hidup hari ini. Semoga kita semua dapat harung segalanya. Entri berfikir sejenak sambil menunggu waktu pulang.

Wednesday, 6 April 2016

Tabung kancil Bank Bumiputera

Adalah satu hari aku skroll facebook terjumpa gambar tabung kancil bank bumiputera. Korang mesti tak tahu aku antara yang ada tabung ini waktu kecil tak silap aku darjah 6 abah bukakkan aku akaun bank bumiputera kat sekolah. Tabung ni kalau masuk duit ada lagu so nostalgia. Oleh kerana dah terlampau lama memang tak adalah tabung ini yang ada buku akaun yang aku pun cuma simpan. 
Memang tak akan dapat balik kenangan tapi itulah kenangan.
Aku rasa ramai member darjah 6 mawar 6 ada tabung ini. Mereka pun dah ada kerjaya dan keluarga sendiri. Mereka tetap rakan sekelas yang membahagiakan. Ada yang masih dapat dicari di facebook, ada yang entah tak tahu dan ada juga yang dah meninggalkan kita semua. Indah betul memori. Kalau aku budak zaman sekarang banyak tabung ada upin ipin, gajah, monyet tersangkut keluaran rhb.
Aku screen shot untuk mengamit memori korang sekali.

Thursday, 31 March 2016

Review Filem Munafik arahan Syamsul Yusof 2016

MUNAFIK

MUNAFIK

MUNAFIK

Sekadar pendapat untuk dikongsi.
Start sahaja filem ustad Adam sedang kemalangan dan dari jauh dia lihat isterinya Zulaikha terbaring di jalan raya. Dengan kepayahan dia keluar dari kereta dan ke arah isterinya, di ajar isterinya mengucap dua kalimah syahadah.
Terus ke tiga bulan kemudian, ustaz Adam ziarah kubur isterinya bersama anaknya Afiq dan diperhatikan oleh penjaga kubur disitu dengan wajah curiga. Penjaga kubur itu menegur ustaz Adam dan bertanya sudah lama tak merawat orang kampung tapi tak dijawab lalu pergi.  Sekadar permulaan memang tak fahamlah azan subuh berkumandang dan ustaz Adam terkejut anaknya ada dalam bilik dok cakap bila ibu nak balik dan berkalilah si ayah cakap ibu dah tak ada. Ustaz Ali pun minta Adam terima qada dan qadar akibat kematian isteri dan jawab Adam dia masih tak redha dan ustaz Ali cakap kalau kita redha maka Allah akan beri ganjaran lebih besar dan tak kita jangka. Takkanlah ustaz Adam tak fahamkan. Ayah Adam datang ziarah anaknya, kata ayahnya sekadar melawat dua tiga hari namun kelihatan muka ayahnya risaukan sesuatu. Sudah tiga bulan dia tidak merawat orang kampung. Arwah isteri Adam pernah datang dalam mimpi minta redha akan situasi yang menimpa dia sekarang.
So masuk bab Maria pulak mukanya risau aje dan mak tiri dia dok risau tengok anak tiri dia. Pekin pun sebagai rakan pejabat perasan Maria makan ubat penenang ditegur dan tak putus asa ajak Maria kahwin. Waktu tu dekat pejabat waktu Maria turun lif jadilah adegan lampu dimain-main berlari dia masuk kereta. Nak jadi cerita tayar Maria pancit dan dia risau tengah malam ternampak bola dilantun budak dan bola melanton -lanton tup-tup dah kat umah. Pekin tolong bawak balik rumah dan tanya lagi dekat mak tiri Maria tentang pinangan dia tak berjawab.
Maria dirasuk dan mak tiri dia minta ustaz Adam ubatkan. Ustaz Adam setuju dan ubatkan Maria bersama Fizz Fairuz maaf nama Fizz Fairuz dengan Pekin dalam cerita aku lupa. Part berdialog dengan jin perh tak pandai aku nak cerita. Mak tiri Maria minta lagi ustaz ubatkan sebab anaknya asyik meracau. Sampailah part malam mak tiri Maria call minta datang bila ayah Maria yang hilang dah jumpa sekali itu cuma halisunasi ustaz. Dalam perjalanan balik dia dapat call dari Fizz Fairuz beritahu yang ustaz Ali meninggal kemalangan dan dia syak kes Maria ada kaitan. Anak dia dok call cakap mama balik teman dia kat umah bertambahlah stress ustaz Adam sebab anak dia tak faham yang mak dia dah tak ada. Dalam stress tu dia mimpi buat tindakan luar akal dengan korek kubur isteri dia dan bawak balik biar anak dia tengok. Dia cakap kat anak dia tengok, tatap dan peluk puas -puas dan jangan sebut lagi yang mak dia ada. Anak dia kata ayah dia gila dan aku rasa memang gila pun kalau tindakan tu dia buat tak masuk akal nasib cuma mimpi ketika stress. Ustaz Adam pun ke hospital tapi tak jumpa Maria hilang. Dia pulangkan kotak tangkal yang dia jumpa tempoh hari kepada mak tiri Maria. So aku pun tak tahu mak tiri Maria ni baik ke tak sebab ada satu part waktu ayah Maria hilang dan Maria buat giler tanya soalan yang dia tak faham kenapa dalam AlQuran nama Allah SWT itu Aku dengan Kami walhal ketika tu diorang dilanda musibah dan mak tiri Maria jawab Kami itu melambangkan kebesaranNya dan aku rasa mak tiri Maria bukanlah wanita yang mengamalkan ilmu sihir dan dia sekadar menyimpan tangkal. Oh itu sekadar pendapat sebab aku tertanya tanya juga keimanan dia. 
Kemudian Maria call ustaz Adam minta datang dekat banglow usang nak beritahu satu rahsia. Datanglah ustaz ke sana sebelum tu ayah Adam ada nak beritahu perkara penting tapi diendahkannya. Maria beritahu tak jumpa jalan pulang dan mohon maaf pada ustaz Adam sekali dia ditarik ke satu tempat pemujaan. Adam nampak Maria jatuh dari tempat tinggi dan ke arah Maria dan Maria beritahu dia sebenarnya yang melanggar kereta ustaz sekeluarga dan menyebabkan kematian ahli keluarga Adam. Adam pun memaafkan Maria dan ayah Maria ada kat situ dia pun mengaku yang dialah penyebab segalanya sebab dia ada buat perjanjian dengan syaitan untuk menyesatkan orang beriman. Perjanjian itu buat dia kaya raya dan apabila Maria enggan menolong dia lagi maka Maria mendapat nasib buruk kerana ingin bertaubat. Dengan kebesaran Allah ayah Maria disambar kilat. Datanglah ayah Adam dengan penjaga kubur memberitahu satu hal yang buat satu panggung terkedu bila ayah Adam beritahu cucunya iaitu anak Adam sebenarnya dah meninggal bersama isterinya Zulaikha. Barulah Adam seakan tersedar apabila dia tidak redha dengan pemergian anaknya. Barulah aku tahu yang Adam sebenarnya tak redha kematian anaknya bukanlah isterinya. Dia seperti terlupa yang anaknya sebenarnya dah tak ada. Pengajaran filem ini banyak salah satu yang aku dapat ialah seorang ustaz pun bila diuji dengan dugaan dia menjadi lemah dan tidak redha dengan ketentuan dan berimanlah kita dengan qada dan qadar. Seorang keimanan kita semakin tinggi dengan adanya cerita islamik seperti ini.
Ini sahaja olahan aku dan aku ambil pengajaran bahawa kita kena redha dengan qada dan qadar. Diselitkan sifat munafik itu sendiri dan permainan watak seorang manusia yang tidak redha dengan takdir hidupnya. Disitu kita dapat lihat pentingnya orang di sekeliling dan kejiranan yang mengambil berat antara satu sama lain. Tak ada siapa yang dapat lari dari ujian kehidupan. Maaf ini sahaja yang mampu dihuraikan. Artikel dah dibuat tiga minggu awal cuma dilewatkan untuk buat korang yang tersesat di blog aku nie suspen.

Saturday, 26 March 2016

Yayatun turns two

Besday to you yayatun turns two. Mak yang sayang yayatun ketat padat. Tak ada apa yang mak yang hadiahkan cuma kasih sayang tu memang tetap kamu yang lebih yea comel.
Anak manja mama dia kek besday pun mama dia sanggup beli dua tiga untuk budak tecik ni. Anak mama babah katakan nak pegang pun susah kuat nangis.

Saturday, 19 March 2016

Bersunat bergantung tali rapia




Alkisah anak buah dah bersunat, dah 2 hari bersunat barulah dua orang anak buah abang dengan adik balik ke Klang jadinya bergantung tali rapia memang suasana meriah, tengok diorang memang nampak sakit tapi budak ligat memang lincah. 
Yang kanan sekali tu budak tiga tahun yang sama nak bergantung kain pelikat dekat tali rapia. Mak saudara diorang nurse memang kena sental la dengan air garam nak cepat baik. Aku tengok pun ketap gigi kesian bebudak tapi diorang strong boy nampak sihat. Oleh kerana berpantang jadi bagi diorang makan buah buahan lebih. Nampak diorang patuh pantang. 
Semoga jadi anak bujang yang soleh kesemuanya. 

Friday, 11 March 2016

Potret Family Lukisan Budak 9 Tahun


Ni gambar dua minggu lepas anak buah dia lukis gambar jadi aku sebagai makcik minta abang lukis gambar aku. Aku suruh lukis cantik-cantik dan hasilnya buat aku senyum sebab dia lukis gambar aku hujung sekali kanan, lukis gambar dia dan adik dia, lukis gambar dua orang sepupu kesayangan dia. Gambar mama dia tu mama dia lukis sendiri.
Espresi aku wah ini adalah muka - muka orang yang dia sayang. Nama aku yang sedap sebab dia baca signboard kedai tulis yang sedap tu makanan. Macam seorang adik sepupu aku cakap aku Yang Berhormat. Yang adalah penanda wacana ye yang perlu kata hubung. Ok rasa rindu dekat budak itu. Rasa terima kasih sebab aku sebaris dengan orang -orang yang dia sayang.

Saturday, 5 March 2016

Filem Munafik arahan Syamsul Yusof

MUNAFIK
MUNAFIK
MUNAFIK

Hari ini 5.3.2016 adalah hari sabtu. Sempatlah juga aku ke Space U8 Bukit Jelutong untuk tonton filem munafik. Memang aku dah target nak tengok dengan partner aku. Sehari sebelum hari kejadian aku dan usha cinema time watching sebab aku tahu filem ini pecah panggung kan. Kalau ikutkan aku boleh pergi GSC Bukit Tinggi dengan panggung besar dan gempak macam aku tengok Filem Khurafat 2011 arahan Syamsul dulu tapi aku tengok hari biasa waktu itu abah aku masuk hospital TAR. Jusco Bukit Raja pun aku takut penuh, pendek kata aku tak nak terlepas waktu terluang kali ini. So aku rasa Space U8 adalah panggung wayang yang tepat untuk waktu klimaks iaitu 2.40 petang sabtu.
Oleh sebab aku kerja half day, kenala pecut nak ke Space U8 dalam hati risau juga buatnya penuh. Isi minyak dan pecut belum lagi naik jambatan MPK Klang dah jem ke Shah Alam, still kuatkan jiwa raga dan kad touch n go missing in action so aku perlu bayar RM15.60 untuk kad dan isian RM5, itu harga yang perlu aku bayar jika melalui tol Sungai Rasah. Kenderaan bergerak perlahan hingga tiba di MBO jam 2.10, pemanduan yang selalunya setengah jam terasa agak lambat. Ternyata meleset pendapat aku MBO Space U8 ramai betul orang sampai ambil masa 10 minit nak beli tiket, beratur nak beli pop corn sekali aku tengok panggung 3 dah boleh masuk jadi aku tarik tangan partner aku cancel sahaja kudapan dalam panggung. Harga tiket seorang RM14.67 sen dan aku rasa ia harga yang berbaloi dengan input yang diberikan.
Saat mula sahaja sound kuat dan aku terima filem ini sebagai filem yang perlu ditonton. Oleh sebab Filem Munafik masih di pawangam aku tak nak review menyeluruh hasil tangan Syamsul kali ini. Akan ada entri Review Filem Munafik arahan Syamsul Yusof di entri akan datang. Penceritaan memang sangat confius sebab tak tahu siapa sebenarnya yang munafik dalam filem ini. Sebagai rakan sebaya aku ucap syabas atas pencapaian semua rakan sebaya dalam filem ini tentunya Nabila Huda, Syamsul Yusof dan Zarina Zainudin. Syamsul seringkali akan meletakkan watak berat pada diri sendiri dan rakan sebayanya. Keserasian itu buat kita senang bekerja dengan mereka yang sama kepala. Aku pun ikut memuji muji nama Allah sewaktu menonton filem ini. Ayat kursi pun berkumat kamit di mulut. Filem ini agak sarat penceritaannya tapi mesej disampaikan benar. Orang yang pura pura beriman tetapi dia kufur adalah ciri orang munafik. Dajal adalah musuh bagi orang mukmin. Sepertimana yang aku baca ramai beritahu ending unexpected memang betul aku tak jangka itu endingnya. Ustaz Adam seorang pengamal perubatan Islam pun boleh tidak redha inikan kita yang tidak seperti beliau. 
Akhir kata aku ingat lagi kata ustaz ustazah dekat sekolah dulu orang munafik ini tempatnya di paling bawah sekali dalam neraka sebagai kayu api kepada api neraka itu sendiri. 


Friday, 4 March 2016

Diet buah epal hijau dan pear

Epal hijau dan pear, jumlah 2 biji buah mengunyah macam makan nasi sepinggan tapi tak kenyang perut ni. Lahai bertabahla zura kalau angka naik satu tapi berat naik satu, dua, tiga jadi please repair your body before late. Cia cia cia.
Sekarang aku amalkan balik makan buah dalam menu diet harian, epal hijau sangat membantu mengurangkan berat badan dan kaya serat manakala pear kaya serat dan baik untuk penghadaman. Kombinasi dua buah ini buat aku sendawa dan buang angin. Bagi akula, dalam menu harian tambahkan sebiji epal atau pear atau buah yang korang suka. Macam aku memang suka makan jadi dengan makan buah boleh kurangkan kuantiti nasi, aku sangat suka meratah lauk baik ikan, kepah, kerang mahupun ketam. Ayam aku kurang sikit more tu kehidupan dalam air. 
Berbekalkan semangat juang yang tinggi, ayuh diet buah .

Monday, 22 February 2016

Februari 2016

22 Februari 2016

Pejam celik dah nak habis februari tinggal 7 hari dari sekarang. Matlamat 2016 pun tak habis fikir yang penting dipermudahkan segala urusan, kerja biar iklhas, tingkatkan ibadah dan banyakkan muhasabah diri. Dok perhati susuk tubuh sendiri ada satu sisi kelihatan tua di cermin. Matlamat nak dicapai juga banyak sebenarnya impian, harapan dan keinginan. Dari sudut berpijak di bumi realiti, ada satu ketenangan dalam kehidupan harian.
Lagi dua bulan genap 3 tahun aku kerja di company forwarding dan transportation ini dengan pelbagai pengalaman. Pencapaian dalam bidang kerjaya paling lama aku capai. Myvi aku pun dah masuk 3 tahun menemani bila perhatikan tinted kereta dah macam akuarium nampak ke dalam rasanya dah perlu ditinted semula. Bila kita stay dalam satu syarikat dalam tempoh lama barulah kita akan rasa kewangan semakin stabil. Hari ini boleh makan kerang, esok kepah dan lusa ikan pari. Rasa kepuasan diri, jika dulu hujung bulan duit makin susut nak menunggu gaji meminjam duit family atau kawan baik tapi sekarang rasa cukup. Alhamdulillah, sekarang aku faham bertapa pentingnya bertahan dalam satu kerjaya. Kerja semakin senang, makin senior dan makin professional dalam bidang yang tersebut. Ekonomi mungkin kurang stabil untuk mogok gaji tak naik atau pelbagai elaun dicatu tapi persekitaran kerja yang dah sebati itu menyenangkan waktu bekerja sehari- hari. Kalau ada rezeki lebih bersedekahla kerana sedekah itu menjamin pahala buat kita. Pahala kita tak nampak hari ini tapi hebatnyalah orang yang bersedekah lagi mengurangi beban hidup orang yang memerlukan.
Tengok rakan sahabat bahagia ada suami ada anak memang kadang ada juga terasa nak bahagia begitu juga. Manalah sama perancangan Allah swt pada setiap hamba, sabarlah tiba juga masa itu nanti. Yang merisaukan kini adalah berat badan yang makin menaik, mana taknya bab makan semuanya nak yang sedap dan lazat. Nampaknya yang itu perlu di control supaya dapat muat balik koleksi baju muda remaja dulu yang masih elok digayakan. 
Matlamat 2016 semoga segalanya dipermudahkan, setiap jalan cerita gembira dan duka diselit juga serba sedikit kronologinya di blog sweet azura ini. Sweet azura adalah nurkilan seorang kawan baik sekolah menengah dulu yang meminta saya menggunakan nama pena sweet azura sementara rakan baik saya menggunakan sweet september sempena bulan kelahirannya. Terima kasih blog kerana setiap catatan ini akan jadi kenangan buat penulisnya sendiri.

Thursday, 11 February 2016

Tiket Night Safari Zoo Taiping with gst

Terbaik zaman gst ni tiket night safari zoo Taiping pun include gst. Zoo Taiping ini terletak dekat Taiping bandar warisan. Terletak dekat taman tasik Taiping. Siangnya kami ronda2 mencari Zoo Taiping sebab malamnya nak merasai night safari. Tak jauh dari hotel lalu jalan perwira berderat kiri kanan jalan kem askar. Agaknya kami berada dekat kaki bukit. Ada dinding bertulis Taiping Bandar Warisan. Bila perhatikan belah kiri ternampak sign board MRSM Taiping dan Bukit Larut yang orang kenal sebagai Bukit Maxwheel yang dulu sebelum Cameron Highland jadi pusat tanaman teh tanah tinggi sebenarnya Bukit Larut dah senior sebagai pusat tanaman teh tapi sekarang cuma taman reakreasi. Nampak sangat akak minat dokumentari memang terbaik. Bukit Larut pun tanah tinggi dan sesuai untuk pecinta ketenangan. 
Malamnya kami parking dekat bahagian B dan tambah ilmu lagi aku rupanya seratas yang terkenal terletak berdepan Zoo Taiping. Kami parking depan lot parking seratas. Seratas buat akak teringat dekat seseorang. Tak silap seratas nama penuhnya Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah. Sekarang ada tersesat adik sepupu masuk seratas. Kalau tengok harga tiket rasanya berbaloi dengan safari yang disediakan. Masuk zoo ada gst kalian tahu ke tak. Beratur dalam 15 minit dapatla trak tengok night safari. Lebih kurang setengah jam naik trak penat mengenal binatang. Last ke zoo pun kat Melaka tahun 2005 kot. 
Inilah dunia esok sempatlah juga naik Cameron ikut simpang pulai jem kematu duduk dalam kereta. Harga baju dekat cameron juga yang murah lagi berbaloi. Best juga cuti cuti Taiping ni banyak pengalaman baru ditimba. Tak sempat ke mee udang femes pun tak apa lain kali naik Taiping lagi.

Tuesday, 9 February 2016

Bercuti ke Bukit Merah Lake Town Resort

Alkisah teringin ke Bukit Merah Lake Town Resort. Dari Kamunting hotel kami ke Bukit Merah Lake Town Resort tak la jauh mana 20 minit perjalanan. Gunala teknologi gps yang ada. Sampai dah pukul 10, beli tiket waterpark, ecopark dan skycycle kekonon promotion RM40. Loker RM35 pulang gelang semula dapat deposit RM20. Memang pentingla loker kalau semua main air kan. Dahaga dok cari air tin RM3.50 kaw kaw duit cair. Pelampung sorang pakai RM25 kot deposit RM10. Baru ngarok air keliling kaki peha dah macam rasa lebam berjalan dalam air. Letih rasa better mandi dekat Gold Coast Morib apartment dekat dan suasana syok. Waterpark Bukit Merah Lake Town Resort ni ada tiga tempat kolam, rasanyala sebab tak habis explore dah give up main air. 
Sejam lebih main air, keluar waterpark mencari ecopark plak, ecopark terletak belah kanan waterpark tepi tasik. Bercinta juga berjalan mau 10 minit nak sampai, tak pernah pergi kena cari map padahal map dah print kot sebelum datang tapi tinggal dalam kereta. Nak ke ecopark dengan skycycle kena naik jambatan kayu memang panas lit lit jenuh la. Paling berkelip mata bila tau skycyle kena kayuh guna tangan mana mampu den dengan anak kawan lagi stoller bagai jadinya ecopark sahaja destinasi di tuju tengah hari buta.
Ecopark ni ada banyak haiwan la kambing, ayam, merak, landak, angsa dan seangkatan. Tak adalah binatang besar macam badak sumbu. Rasanya buaya adala kot. Berdepan ecopark ada kampung api api angin dia sepoi sepoi. Tempat riadah yang damai, eloknya berehat rehat tapi kami memang out cepat sebab penat main air tadi. Oleh kerana kami datang Chinese New Year jadi memang tak ramai orang sangat. Kami tak naik bot ke Pulau Orang Utan tapi malamnya memang ke zoo Taiping merasai sendiri night safari. Kebetulan sangat zoo Taiping dekat dengan hotel kami. Pengalaman sendiri ke Bukit Merah Lake Town Resort ini rasanya agak terpencil kalau nak compare The Lost World Of Tambun kerana kawasan sedikit terpencil ke dalam walaupun kalau ikutkan tepi highway sahaja tempatnya. Sesuai jika nak beriadah seisi keluarga dan sewa hotel berdekatan. Makanan dan survenior agak mahal juga tapi itu bisa di atur dekat tepi jalan banyak tempat cari makan. Yang bestnya Bukit Merah Lake Town Resort ini permandangan cantik dan riadah santai memang bestla. Sambil itu pun kita dapat luangkan waktu berharga dengan yang tersayang. Buat pecinta ketenangan, ada mungkin sukakan suasana damai tepi tasik untuk riadah. Stress kerja pun hilang seketika, pengalaman pun dapat dikutip. 

Monday, 1 February 2016

Posing dengan jam Lazada online paid

Acah acah posing yea. Bercinta jugalah sebelum delivery ke opis rasanya ambil masa 3 minggu tapi puas hati kot. Memang bayar dulu transaksi supaya kalau time hantar bayar takut x ada cash time delivery. Berbaloi tak shopping online, rasanya berbaloi baloi. Besar dan cantik juga menarik.

Price lebih murah dari apa yang kamu jangka. Memang murah tapi nampak mahal, cantik dan glamour. Rasabpuas hati dapat apa yang di idam idamkan. 

Monday, 25 January 2016

Potret mencipta fenomena ajl30

Engkau bagaikan bintang bintang di angkasa
Hanya mampu melihat kamu terbiar
Jauh terbawa lukisan hatimu
Hilang mencari dimana kau pergi
Tinggal aku menahan luka ini
Sampai harusku pergi

Tak sedar menaip lirik lagu potret, bagi aku sendiri potret memang layak di ajl 30. Selayaknya sebuah lagu yang sangat popular dalam carta dinobat juara. Memang lagu potret lama betul juara carta meletop, carta muzik muzik dan carta yang lain. Carta hati peminat macam aku ni pun suka lagu potret. Teringat aku ada satu slot rancangan rasa aku meletop Akim beritahu The Majistret adalah kawan kawan dia sendiri. Nama Akim sendiri Hakim so cetusan majistret sebagai idea nama kumpulan. Lagu yang ada jiwa betul waktu Akim nyanyi live sama macam dengar dekat radio. Bagi aku no point memang tak syak lagi bila Akim buat setup macam kandang mahkamah team dia memang boleh menang persembahan terbaik. Satu idea yang magic, imiginasi yang baik. Bila dinobat juara aku memang agak Akim juara, ye ramai akan kata Faizal Tahir juara, sebab lagu Assalamualaikum trending worldwide. Aku pernah tengok lagu potret kalah dekat Anugerah Planet Muzik hujung 2015 dan lagu Assalamualaikum kaut trofi waktu itu. Betul lagu Assalamualaikum hebat, lagu Potret popular sebab itu Faizal Tahir kalah. Kita perlu tengok undian penonton for sure undi lagu Potret lebih ramai. Jadi aku sangat setuju dengan kemenangan lagu Potret. Memang Caliph Busker boleh menang satu tempat antara anugerah dan mereka betul jadi pemenang. Orang akan kata ajl30 hambar kurang menyengat jadi aku dok perhati lagu yang masuk final kebanyakkan lagu biasa sahaja. Lagu rentak slow dan lagu bersifat keagamaan kalau merujuk kepada lagu Assalamualaikum dan Hanya NamaMu. Lagu cinta itu lumrah, cinta itu anugerah, bukan yang lain tak boleh menang tapi lagu tak menyengat. Yang lain aku rasa macam lagu knock knock cincai aje dapat masuk final kenapalah tak letak terima kasih cinta Tasha Manshahar kan best. Kaka pun biasa, Stacy pun biasa power kat tarian suara tenggelam waktu menanyi. Its ok your future husband winner, the best. Aku perasan Fafau banyak tersasul first sekali dia tersebut Dato Siti menang tahun 1986 kot. Rasanya ajl start 1986 dan sesekali tersasul tapi takpe, agak slow ajl kali ini kerana lagu agak slow banyak dipertandingkan. Paling sempoi Noh hujan angin kencang so sempoi. Memang terbaik setup lagu Potret. Kedewasaan akan membawa seseorang ke alam dewasanya.
Mungkin inilah yang dinamakan cinta lirik lagu Akim zaman keluar AF dulu sekarang nampak kematangan dalam lagu. Macam Tomok dulu lagu kau bagaikan bidadari waktu nak tukar title to be husband dulu. Sekarang lagu aku tahu kau pasti pergi, aku tahu kau akan aku kebumi memang mendewasakan aku sekali. Nampak kita tak boleh nak agak dan meramal masa depan. Ada rasa yang mendalam dalam lagu Potret ni, sesuai untuk orang yang memahaminya. WARNA  PELANGI HIASAN TERINDAH.
Hazama lagu sampai mati aku suka chorus dia Andai dunia hancur binasa ku setia sampai mati cintaku tak kan ku menyerah hingga kau buat diriku tahkta di hatimu cuma jangan kita melebihi cinta Allah SWT.
Satu lagi MENENUN KASIH DALAM SEPI YANG TERASING aduh macam mana nak tenun kasih, METAFORA sungguh jadi jatuh cinta aku dengan lagu Potret ni.

Thursday, 21 January 2016

Anggaran Penyata Aliran Tunai - Cash Flow

Mari buat anggaran cash flow company. Rasa macam teringat dekat cikgu prinsip akaun form 4 dan form 5 tetap cikgu yang sama Puan Normah, cikgu prinsip akaun ni mengajar tapi student blur je kadang cikgu ajar buat sekali ledger akaun kat papan hitam tak tally sampai ada kala menitik air mata cikgu. Adala budak cina dengan rasa tangunggjawab sukarela betulkan ledger akaun kat papan hitam untuk dapat sama tally. Serius ini perkara betul berlaku, cikgu kadang dibantu budak cina kelas time tu. Otak aku pun sama bebal prinsip akaun, aku rasa penyata aliran tunai ni aku belajar dengan Puan Normah entah tetiba ingat kat dia. Jadi kegagalan aku dalam prinsip akaun SPM adalah salah aku sendiri. Tuisyen bagai berjemaah dengan kengkawan aku gagal. Kegagalan itu bukanlah penamat bidang aku dalam perakaunan. Tetapla terus pengajian perniagaan. Siapa sangka aku tetap kena duduk bidang kira mengira sampaila kerja sekarang. Bila aku tadi kena buat anggaran cash flow, rasa macam mengamit memori zaman persekolahan waktu zaman nakal belajar dulu. Mulanya aku rasa macam give up gak nak buat sekali approve mungkin sebab aku pandai buat anggaran sama macam bank statement kot. Tarik nafas lega sangat. Kalau ada yang nak jadikan cash flow aku contoh silakan. Aku pun puas gakla search contoh cash flow kat google. Nak up blog sendiri tu tukar nama company.

Saturday, 16 January 2016

Beli apa dekat ikea

Ini cerita ikea lagi. Tiada belian yang banyak pun, yang ada cuma 3 barang.

Alahai sikitnya membeli di ikea. Buat syarat je, dah makan meatball pun cukupla jejalan, nanti ada bajet ari lain boleh datang lagi. Bekas buat ice cream tu RM6.90 tak perasan pulak termasuk atau tidak termasuk gst. Tiga serangkai senduk tu RM1.90 memang murah dan sudip besar tu RM3 lebih. Kalau kira kos minyak tambah tol semua memangla kena genggam duit juga jangan tiris. Kalau shopping bajet boleh dekat sini furniture murah dan cantik. Nak deco rumah anda bolehla cari idea disini.